Tuesday, 27 September 2011

27 SEPtembER 2011

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT ANA SEKALIAN.....

harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan yang paling penting sahabat-sahabat ana nie berada dalam perlindungan ALLAH.....AMIN....begitulah hendaknya.....

hari nie ana nak bercerita tentang tazkirah yang disampaikan oleh AL FADIL USTAZ GHAZALI BIN IBRAHIM.....sahabat2 ana tentu xkenal kan saper....tapi ALHAMDULILLAH mana2 muslimin dan muslimat yang mengikuti tazkirah tadi dapat mengenali ustaz ini....ana pun xberapa nampak muka ustaz nie..maklumlah duduk jauh.....hehehe....hensem atau tidak dia tue memang la ana xtahu tapi topik yang dibicarakan pada malam ini sangat best iaitu MUHASABAH  DIRI.....

dengan wajahnya yang memiliki sifat kebapaan itu beliau menceritakan tentang kepentingan seseorang itu muhasabah diri...(muhasabah diri tue apa????....muhasabah diri nie  memikirkan balik perkara yang kita lakukan seharian ...sekiranya perkara itu dirasakan salah maka pada hari seterusnya jangan lakukan lagi..DAN DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH DAN MENCARI KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH)..beliau juga mengatakan tentang kepentingan muhasabah diri nie.....antaranya kita akan rasa diri kita berharga...jadi bila rasa diri tue beharga maka kita akan menyayangi diri dan xkan melakukan perkara yang boleh membawa keburukan pada diri....betul tak sahabat...pada pandangan ana bila kita muhasabah diri nie kita dapat tahu apa kelemahan dan kekurangan kita..jadi kita baiki kekurangan itu supaya ALLAH memberi rahmat dan keampunan kepada kita.....

wahai sahabat-sahabat ana sekalian.....(dah boring ker???jap...kita layang gambar kiut2 dulu ek.....)

 

dah tengok gambar???tentu la kan....jadi jom kita sambung....

muhasabah diri juga melatih kita untuk kita menerima musibah yang akan datang.....sebab apabila kita selalu muhasabah diri nie kita akan terhindar daripada sifat mengeluh..(yer la...masa muhasabah tue kita dah nampah perangai dan kelemahan kita...jadi secara xlangsung kita sudah menerima hakikat dan berazam untuk memperbaiki diri)...sahabat-sahabat ana sekalian, mengeluh tue kan xboleh....ana pun kadang-kadang mengeluh jugak tapi bila fikirkan yang ALLAH nie xsuka kepada orang mengeluh maka ana mohon dan pinta kepada sahabat agar kita semua mulakana muhasabah diri ini bermula daripada sekarang.....

mulakan daripada sekarang yer....

Betapa ruginya jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah! Jadi kekerapan kita bermuhasabah diri menjadi landasan untuk kita terus mengingati Allah

Cara mudah muhasabah diri

Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.

Ingat Allah

Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.
Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Lakukannya dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.

Solat

Sesiapa sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.
Renungkan sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.
Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.
Solat juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak solat-solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah.
Insya allah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!

Selawat

Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW,  dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.
copy from http://cilihati.com/muhasabah-diri-mulakan-dengan-cara-mudah.html
berubah dari sekarang sebab kematian xmenunggu kita bertaubat dulu baru dia datang...dia akan datang bila2 masa sahaja.....semoga ALLAH mempermudahkan diriku....

mOOD MUHASABAH DIRI......

 
 
jumpeR lagi sahabat-sahabat ana semua...

ASSALAMUALAIKUM.........

No comments:

Post a Comment