Wednesday, 28 September 2011

lelaKI Acuan AL Quran

 



ASSALAMUALAIKUM


Petang yang tenang dan damai ini ana nak bercerita dan berkongsi sedikit tentang lelaki ini...semua orang pernah jumpa lelaki kan...ana pun sama...tapi lelaki yang bagaimana yang ingin kita jadikan suami...jadikan iman dalam solat...jadikan ketua keluarga....buat sahabat ana yang perempuan fikir-fikirkan dan jom kita tengok isi seterusnya manakala bagi kaum adam pula ana nak adam2 nie baca baik2 dan renungkan setiap bait kata2 itu...sebab kaum adam memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin...pemimpin keluarga......

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

nampak tak bagaimana ciri lelaki yang dibentuk menggunakan al quran.....menggunakan al quran ini bermaksud lelaki tersebut mengambil sifat-sifat mulia dalam al quran dan mengamalkan dalam kehidupan ini. lelaki yang baik sentiasa berminat untuk mencari ilmu..bukan ilmu dunia sahaja yang menjadi rebutan tetapi ilmu agama juga turut direbut oleh mereka ini....mereka akan pergi ke semua pondok2 agama untuk mencari ilmu untuk dibawa bekal ke akhirat nanti dan sebagai panduan untuk menjadi mukmin yang soleh dan pemimpin yang baik..lelaki acual al Quran juga sentiasa menambah pahala yang dibuat dengan berbuat kebaikan dan meningalkan kejahatan. lelaki ini juga akan sentiasa menjaga solatnya.....


Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya
Adalah rumah sementara menunggu akhirat


 tengok...lelaki yang sebegini mesti dipilih oleh hawa untuk menjadi pemimpin keluarga....kerana lelaki yang sebegini akan menjaga keluarganya daripada siksa api neraka...lelaki begini dengan sabar akan mengejutkan isterinya untuk bangun bertahajud di malam hari...lelaki ini juga akan mengimani setiap solat kita....(jadi fikir-fikirkan yer)
 


 
 

dah2..kaum hawa jangan senyum lebih-lebih...nanti ana buat entry tentang kaum hawa...buat kaum adam yang baca entry nie sabar yer....nanti kita sama2 nilai....

ana nak kita semua fikir balik adakah kita layak untuk pasangan kita....adakah kita sesuai untuk dia...sebab banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum layak bergelar suami dan isteri....

 jadi....renung-renungkan dan selamat beramal...semoga suatu hari nanti ALLAH anugerahkan ana lelaki yang baik dan mampu membimbing ana ke jalan ALLAH....


AMIN.....
 

No comments:

Post a Comment