Friday 16 July 2021

Rindu Itu Memenatkan

😢😢

Aku rasa sedih. 

Aku rasa pilu.

Aku rasa rindu.

Aku rasa letih.

Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke kampung berjumpa dengan insan yang aku sayang. Insan yang aku rindu. 

Berbulan-bulan aku di bumi Penang, hanya telefon menjadi penghubung dan sesunguhnya aku ingin sekali menatap wajah kedua ibu bapaku. Ingin sekali aku merasa tenang dalam dakapan mereka. Ingin sekali aku memeluk erat mereka.

Bukan aku tidak mahu mencuba untuk meminta kebenaran merentas negeri namun permintaan aku dibalas dengan permohonan maaf daripada polis kerana aku tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk balik ke kampung. Dua kali juga lah balai itu menjadi saksi air mata aku mengalir kerana tidak dapat berjumpa dengan mek dan abah aku.

Sungguh aku sedih namun aku tidak pernah salahkan pegawai di balai itu. Mereka menjalankan tugas mereka dan aku juga cuba menjalankan amanah aku sebagai rakyat dengan baik. Namun tatkala perasaan rindu itu datang menggebu, aku hanya tahu yang aku rasa sangat penat. Penat untuk menangis dan terus menangis.  

Apapun. Semoga keadaan menjadi bertambah baik. 

Semoga dipermudahkan urusan yang mendatang.

Semoga covid ini berlalu pergi. 

Semoga kita semua dapat balik menatap wajah orang tua kita.  

😢😢😢

Monday 12 July 2021

Layanan Yang Menyedihkan

Assalamualaikum semua.

Semoga sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

Ermmm😔😔 dari petang semalam cerita ini bermain di minda aku. 

Aku belum pernah kecewa sedemikian rupa. Kecewa sehinggakan aku keluar dari pejabat pos dengan linangan air mata. 

Hadiah ini

Cerita bermula dengan keseronokan aku ke pejabat pos untuk pos barang kepada seseorang. 😀😄 Teruja dan seronok semua ada. Seronok bila membayangkan keseronokan penerima nanti. 

Lantas dengan Bismillah, pintu aku tolak dan soalan pertama aku ialah kena tekan nombor tak? Sebab aku tengok hanya aku sahaja di situ.

" Sekarang kami tak isi borang, sekarang online sahaja" terus ditunjukkan kertas cara download app padaku.

Lantas kertas diambil dan aku pun install app tersebut. Sambil menunggu selesai aku pun memandang sekeliling mencari bungkusan yang sesuai. 

Sekali dia cakap 

" kami tutup pukul 3 tau " kedengaran kasar di telinga lantas pandanganku beralih. Namun topeng muka menghadkan pandangan aku. 

" Baik, saya tahu saya sudah check tadi" aku mengerling jam baru menunjukkan jam 2.45. Masih ada 15 minit lagi. Masa itu aku dah hilang mood melihat sikap dia.

Siap install, aku pun tunjuk padanya dan dia minta aku isi maklumat semua dan paling mengejutkan telinga aku dia boleh cakap.

" kami pos macam ini sahaja tau. Tiada bungkusan" ujarnya.

" kenapa tiada, nanti kotak kena hujan , rosak, macam mana" soalku dan siapa yang kenal aku memang tahu tahu intonasi comelku itu.

" bungkusan ada, tapi kami jual secara set " jawabnya. Masa ini aku tak tahu kekuatan aku datang dari mana terus aku cakap. 

" saya nie bukan peniaga online. Saya nak buat apa bungkusan banyak  banyak. Kalau gitu saya pos esok la. Saya balut dulu " Keluar terus nada cikgu aku. Senafas sahaja aku tembak dia. Terhenti terus pekerjaan semua orang. Memandang aku. 

" Tolong buat kerja baik-baik. Terima kasih banyak-banyak " dengan ucapan itu hadiah itu aku ambil dan melangkah keluar dengan perasaan kecewa. 

Kalau lama lama aku di situ mesti aku nangis depan pegawai tersebut. 

🥺🥺.

Aku tidak tahu kenapa dia melayan aku sebegitu rupa. Setiap pekerjaan ialah amanah, lakukan kerja sebaik mungkin. Bukan semua orang yang jumpa kita ialah orang yang bijak pandai. Jarang orang dia tahu semua bidang. 

Apapun, walau dalam keadaan penat macam mana pun. Cubalah beri layanan yang terbaik kepada semua orang. Kerana saat itu kita tidak tahu macam mana emosi orang tersebut.

Jangan disebabkan kita, orang lebih kecewa. 

Semoga bermanfaat. 

❤❤❤

#jom_jadi_baik

#sebarkan_kebaikan 



Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...