Friday 16 July 2021

Rindu Itu Memenatkan

😒😒

Aku rasa sedih. 

Aku rasa pilu.

Aku rasa rindu.

Aku rasa letih.

Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke kampung berjumpa dengan insan yang aku sayang. Insan yang aku rindu. 

Berbulan-bulan aku di bumi Penang, hanya telefon menjadi penghubung dan sesunguhnya aku ingin sekali menatap wajah kedua ibu bapaku. Ingin sekali aku merasa tenang dalam dakapan mereka. Ingin sekali aku memeluk erat mereka.

Bukan aku tidak mahu mencuba untuk meminta kebenaran merentas negeri namun permintaan aku dibalas dengan permohonan maaf daripada polis kerana aku tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk balik ke kampung. Dua kali juga lah balai itu menjadi saksi air mata aku mengalir kerana tidak dapat berjumpa dengan mek dan abah aku.

Sungguh aku sedih namun aku tidak pernah salahkan pegawai di balai itu. Mereka menjalankan tugas mereka dan aku juga cuba menjalankan amanah aku sebagai rakyat dengan baik. Namun tatkala perasaan rindu itu datang menggebu, aku hanya tahu yang aku rasa sangat penat. Penat untuk menangis dan terus menangis.  

Apapun. Semoga keadaan menjadi bertambah baik. 

Semoga dipermudahkan urusan yang mendatang.

Semoga covid ini berlalu pergi. 

Semoga kita semua dapat balik menatap wajah orang tua kita.  

😒😒😒

Monday 12 July 2021

Layanan Yang Menyedihkan

Assalamualaikum semua.

Semoga sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

ErmmmπŸ˜”πŸ˜” dari petang semalam cerita ini bermain di minda aku. 

Aku belum pernah kecewa sedemikian rupa. Kecewa sehinggakan aku keluar dari pejabat pos dengan linangan air mata. 

Hadiah ini

Cerita bermula dengan keseronokan aku ke pejabat pos untuk pos barang kepada seseorang. πŸ˜€πŸ˜„ Teruja dan seronok semua ada. Seronok bila membayangkan keseronokan penerima nanti. 

Lantas dengan Bismillah, pintu aku tolak dan soalan pertama aku ialah kena tekan nombor tak? Sebab aku tengok hanya aku sahaja di situ.

" Sekarang kami tak isi borang, sekarang online sahaja" terus ditunjukkan kertas cara download app padaku.

Lantas kertas diambil dan aku pun install app tersebut. Sambil menunggu selesai aku pun memandang sekeliling mencari bungkusan yang sesuai. 

Sekali dia cakap 

" kami tutup pukul 3 tau " kedengaran kasar di telinga lantas pandanganku beralih. Namun topeng muka menghadkan pandangan aku. 

" Baik, saya tahu saya sudah check tadi" aku mengerling jam baru menunjukkan jam 2.45. Masih ada 15 minit lagi. Masa itu aku dah hilang mood melihat sikap dia.

Siap install, aku pun tunjuk padanya dan dia minta aku isi maklumat semua dan paling mengejutkan telinga aku dia boleh cakap.

" kami pos macam ini sahaja tau. Tiada bungkusan" ujarnya.

" kenapa tiada, nanti kotak kena hujan , rosak, macam mana" soalku dan siapa yang kenal aku memang tahu tahu intonasi comelku itu.

" bungkusan ada, tapi kami jual secara set " jawabnya. Masa ini aku tak tahu kekuatan aku datang dari mana terus aku cakap. 

" saya nie bukan peniaga online. Saya nak buat apa bungkusan banyak  banyak. Kalau gitu saya pos esok la. Saya balut dulu " Keluar terus nada cikgu aku. Senafas sahaja aku tembak dia. Terhenti terus pekerjaan semua orang. Memandang aku. 

" Tolong buat kerja baik-baik. Terima kasih banyak-banyak " dengan ucapan itu hadiah itu aku ambil dan melangkah keluar dengan perasaan kecewa. 

Kalau lama lama aku di situ mesti aku nangis depan pegawai tersebut. 

πŸ₯ΊπŸ₯Ί.

Aku tidak tahu kenapa dia melayan aku sebegitu rupa. Setiap pekerjaan ialah amanah, lakukan kerja sebaik mungkin. Bukan semua orang yang jumpa kita ialah orang yang bijak pandai. Jarang orang dia tahu semua bidang. 

Apapun, walau dalam keadaan penat macam mana pun. Cubalah beri layanan yang terbaik kepada semua orang. Kerana saat itu kita tidak tahu macam mana emosi orang tersebut.

Jangan disebabkan kita, orang lebih kecewa. 

Semoga bermanfaat. 

❤❤❤

#jom_jadi_baik

#sebarkan_kebaikan 



Thursday 12 November 2020

PKPB hari ke 4

Assalamualaikum semua.

Semoga berada dalam keadaan yang baik. Semoga sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

Jom tengok, apa aktiviti saya pada hari ini. 


Taraaa. πŸ˜€πŸ˜€



Mencabut rumput di sekeliling kawasan meletak kenderaan. Alhamdulillah keluar juga peluh. Kalau tidak duduk  di bilik sahaja. 


Hasilnya.


Bersihkan? 😍🀩😍🀩


Alhamdulillah. Berpeluh juga walaupun tidak banyak. Nanti hari lain kita sambung lagi  πŸ’ͺπŸ’ͺ.

Islam itu agama yang indah dan sangat menekankan kebersihan. Jadi sebelum tunggu orang datang bersihkan, apa kata kita bertindak dulu untuk pastikan keadaan sekeliling kita bersih.

Dalam menjaga kebersihan marilah sama sama kita bertanggungjawab. Lihat sampah kita kutip dulu. Lihat kotor kita bersihkan dulu. Perubahan itu bermula dari kita. 


#jom_jadi_baik

#sebarkan_kebaikan

Sunday 8 November 2020

PKPB HARI PERTAMA

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. 

Allah izin untuk aku masuk kembali dalam dunia penulisan ini selepas sekian lama aku tidak menulis. Perasaan seronok itu hanya Allah yang tahu.

πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Jom, aku bercerita tentang hari pertama PKPB walaupun hakikatnya hari ini belum habis lagi. 😁

Hari ini bangun seperti biasa jam 5 pagi. Kemaskan katil dan melangkah ke kamar mandi dan seterusnya solat dua rakaat dan bergegas bersahur dan selepas sahur seperti biasa sambil menunggu azan subuh aku akan membaca dan hari ini nikmatnya lain sedikit kerana diizinkan untuk meluangkan masa lebih lama berbanding hari sekolah. Hari biasa paling lama pun lima minit sahaja membaca. 😊

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 

Jam menginjak pukul 7, aku pun mengulangkaji pelajaran untuk membuat kelas secara maya bersama pelajarku dan Alhamdulillah penglibatan hampir keseluruhan pelajarku dan mereka memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah kasih sayang Allah itu luas sebenarnya. Dibuang jauh jauh perasaan sunyiku dengan kasih sayang pelajarku itu. Bising juga kelas dan ianya membawa tawa di bibirku. 

Habis kelas pukul 11.30 aku menelefon kakak dan habis bersembang aku pun membuka you tube dan menyanyi sepenuh hati. Boleh pening auntie sebelah rumah mendengar suaraku πŸ˜‚πŸ˜‚ Sambil menyanyi aku singgah sekejap di blog dan perasaan menggebu untuk menulis dan Alhamdulillah masih ingat password. Jadi boleh menulis dan terus menulis lagi selepas ini.

Itu sahaja aktiviti buat masa sekarang. Petang nanti belum tahu lagi mahu buat apa.

Apapun pesan aku. Jaga diri baik baik sepanjang PKPB ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Kita jaga kita dan kita mampu melandaikan lekukan jangkitan ini. 

Ujian Covid ini untuk kita semua menyedari yang kita tidak berkuasa. Semuanya adalah dari Allah dan bila bila masa sahaja Allah boleh ambil semua kemegahan, kemahsyuran, kuasa yang kita ada. Allah uji kerana sayang. Allah mahu dengar rintihan kita. Gunakan masa terluang ini untuk merapatkan hubungan dengan Allah. 

πŸ’“Jom jadi baik

πŸ’“Sebarkan kebaikan

πŸ’“Jumpa lagi 

πŸ’“Assalamualaikum

 


Thursday 9 May 2019

Bolehkah kita bersalam ?

Alhamdulillah

Masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadan yang baru mendatang. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Sebelum melangkah masuk ke masjid, aku terlihat sekelompok kanak kanak sedang tersenyum dan dari jauh aku terdengar mereka sedang ketawa. Entahlah bercerita tentang apa namun begitulah dunia kanak kanak. Penuh dengan keceriaan dan senyuman.

Tatkala aku mendekat, berdiri seorang budak lelaki.

" Assalamualaikum cikgu, nak salam " Alahai comel pula awak ini sayang. 

"Waalaikumusalam. Sekejap lagi kita salam boleh sayang ? " Cikgu ada wuduk lagi ini. Aku bukan menolak namun tiba tiba aku macam terfikir budak ini umur berapa?  batal tak wuduk aku kalau salam dengan dia? boleh ker aku salam dengan dia?

Aku sendiri tidak pasti berapa umur dia. Aku rasa macam aku kenal dia sudah lama. Sudah dekat 6 tahun rasanya. Cuma kami jumpa sewaktu bulan puasa sahaja. Zaman dia kecil kecil dulu, aku selalu salam dengan dia dan cubit pipinya. 

Allahurabbi. Saat itu, sebak mula bertandang memikirkan ilmu agamaku yang sangat cetek itu. Terasa mahu mengalir air mata menatap sepasang mata yang masih lagi menghulur tangan. Lantas dengan botol air di tangan, aku lalukan di atas bahunya seperti mengusap memohon pengertian darinya dan saat aku melihat dia kembali tersenyum aku pun tersenyum padanya. 

" Nanti ya sayang. Kita pergi solat dulu. Selepas itu baru salam cikgu " mengangguk dirinya lantas ditinggalkan kawannya yang sedang ketawa saat aku mengatakan aku berada dalam keadaan berwuduk itu untuk masuk ke dalam masjid. 

Sambil dia pergi aku pun melangkah masuk ke dalam masjid membawa satu persoalan yang sangat besar dalam diri. Persoalan yang kalau aku tidak berubah sekarang, aku masih akan berada di takuk lama. 

Semua ini izin dari Allah. Allah menegur dengan pelbagai cara. Semoga aku berbuat sesuatu dengan kecetekan ilmu yang aku ada ini. Mohon doa dari kalian wahai sahabat yang baik. Ilmu agama ini kena cari dan mesti berguru. Baru ada keberkatan.

Jumpa lagi

Assalamualaikum 


Wednesday 27 February 2019

Doktor Yang Baik.

Apabila menyebut tentang hospital. Jarang sekali terlintas perkara baik dalam mindaku namun ku  gagahkan jua melangkah untuk temujanji bersama Doktor mata. 

Alhamdulillah, langkah hari ini dipermudahkan oleh Allah. Tatkala pintu ditolak perlahan seraut wajah sedang tersenyum menantik dan dengan lafaz Assalamualaikum Dr aku pun duduk berhadapan dengannya. Senyuman masih lagi terukir menolak jauh gusar di hati. 

" Macam mana mata, Okey tak ? " lembut sahaja pertanyaan itu dan dibalas dengan anggukan dariku namun anggukan itu tidak terlihat olehnya. 

Lalu kepalanya ditolehkan ke arah ku dan saat itu aku sudah merasa  selesa dan pemeriksaan doktor itu berjalan dengan lancar. Lembut perlakuannya ibarat menyapu pergi kenangan pahit bersama dengan seorang lagi doktor yang ku rasakan sedikit kasar melayaniku.

" Tahniah, mata awak dah ekey" Fuyoo, tatkala mendengar ucapan panjang tahniah itu kurasakan seakan dunia turut tersenyum bersamaku.

"Alhamdulillah. Waaaaaaaahhhh. Seronokkkknya " tu  dia aku punya seronok sangat sampaikan doktor itu siap bagi izin aku tepuk tangan lagi. Aku yang memang teruja itu pun tepuk la sehinggakan doktor yang disebelah itu pun turut tersenyum melihat telatah aku itu. Jarang sesekali aku menunjukkan kenakalanku kepada orang yang tidak dikenali. 

Namun, ianya berbeza dengan Dr Ahmad Mazwan ini. Dirasakan seperti seorang abang yang sedang merawat adik kecilnya yang terlampau penakut ini.Terima kasih doktor di atas kesabaran dan keprihatinan saat melayani aku sampaikan dia pun turut bertanya tentang abahku yang juga sedang diuji dengan sakit mata itu.

Begitulah manusia, ada yang baik dan ada juga yang tidak. Namun, jangan sesekali kita membuat perkara yang tidak baik kerana suatu hari nanti kita akan ditanya berkenaan dengan setiap perlakuan kita. Semoga kita dibangkitkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Terima kasih Doktor. Kebaikan dan keprihatinan dirimu akan dikenang selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah namamu mekar dalam doaku sepertimana doa seorang adik yang mengharapkan abangnya berjaya dunia akhirat. 

Banyakkan menyebut kebaikan orang lain kerana ianya memberi motivasi untuk kita menjadi lebih baik. 

Jumpa lagi

Jaga Diri

Jaga Hati

Jaga Solat. 

Assalamualaikum. 

Tuesday 29 May 2018

Kereta

Hari ini terasa terpanggil untuk menulis tentang kereta. 

Siapa yang ada kereta? ( siapa yang ada kereta boleh angkat tangan. 😊 okey, bagus dah boleh turun tangan sudah πŸ‘πŸ‘)

Boleh katakan mana mana individu yang sudah bekerja mempunyai kereta kerana kereta seakan satu keperluan untuk memenuhi tuntutan kita ke sana dan ke sini.

Namun,

Pernah tak kita terfikir  tentang ini : 

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan baik ?

Atau

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan berbahaya ?

Atau 

Adakah dengan kereta itu kita membahayakan orang lain ?

Atau 

Adakah dengan kereta ini kita boleh menyombong di atas jalan raya 

Wahai Sahabat,

Seandainya dengan kereta ini, ianya mampu membunuh peribadi mulia ketika berada di jalan raya berhenti sejenak dan berfikirlah. Fikir dengan hati jangan fikir dengan nafsu. Kerana seandainya berfikir dengan nafsu kita akan rugi. 

Jom kita semak, adakah anda semua pernah berselisih dengan babyku dan membuat hal di hadapanku. Andainya pernah, mohon berubah kerana pemanduan kalian berbahaya kepada orang sekeliling anda. 

Jom tengok :

Cerita Pertama  : 

Pernah suatu hari,  aku bersama baby putihku di jalan raya sambil melihat alam ciptaan Allah ini tiba tiba myvi kuning meluncur laju sehinggakan aku di tepi beristighfar dan menggeleng kepala kerana melihat lori di depan juga sedang memberikan signal untuk ke kanan jalan raya dan Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah tiada apa apa yang berlaku. 

Andainya saat itu, anda ingin membuang hajat berhentilah di mana mana hentian rehat dan rewat. Jangan memandu kalut begitu. Kesian kepada orang yang sedang menanti kepulangan kita. 

Cerita Kedua :

Memotong tanpa signal. Allahurabbi, wahai sahabat setiap daripada kereta kita itu ada signal kan? Tolong lah selepas ini gunakan signal itu dengan betul kerana aku  tidak mampu membaca ke mana destinasi anda. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sehinggakan aku sendiri pun tidak pasti awak sebenarnya mahu berada di laluan mana. 

Atau 

Sewaktu awak ambil lesen dulu, cikgu awak tak pernah bagitahu tentang komponen dalam kereta. Sewaktu aku ambil lesen dulu, aku minta cikgu aku tunjukkan semua sampaikan hari pertama dia tinggalkan aku dalam kereta untuk mengenali komponen sahaja. πŸ˜†

Cerita Ketiga 

Pemandu yang tak sabar-sabar. Tak tahu lah apa yang nak dikejar. Lampu isyarat baru bertukar dan belum habis aku nak baca Bismillah, aku dah dengar orang belakang tekan hon sudah. Nasib aku ini Allah anugerahkan dengan sikap tidak melatah, jadi aku pun tukar gear dengan perlahan dan teruskan pemanduan. 

Ingat sudah habis dendamnya pada aku. Tiba tiba dia bawa kereta dan berada di tepi babyku dan pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang sahaja. Allahurabbi, apa ini kawan. Tolonglah berhemah sedikit. 

Okey, nanti kita sambung lagi wahai sahabat.

Andainya mahu ditulis semua, aku perlukan sekurang kurangnya seminggu untuk mengingat kembali memori memori itu. 

Semua memori itu perlu ditulis untuk membolehkan aku menjadi pemandu yang baik dan tidak menyusahkan

Namun,

Aku juga manusia biasa yang kadang kala terlupa dan terleka. 

Sama- sama kita pesan memesan supaya nanti kita boleh melahirkan pemandu yang bertanggungjawab dan dapat menuai pahala di jalan raya. 

Jumpa lagi

Jom jadi baik. Sebarkan kebaikan 

Assalamualaikum

Rindu Itu Memenatkan

😒😒 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...