Thursday 9 May 2019

Bolehkah kita bersalam ?

Alhamdulillah

Masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadan yang baru mendatang. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Sebelum melangkah masuk ke masjid, aku terlihat sekelompok kanak kanak sedang tersenyum dan dari jauh aku terdengar mereka sedang ketawa. Entahlah bercerita tentang apa namun begitulah dunia kanak kanak. Penuh dengan keceriaan dan senyuman.

Tatkala aku mendekat, berdiri seorang budak lelaki.

" Assalamualaikum cikgu, nak salam " Alahai comel pula awak ini sayang. 

"Waalaikumusalam. Sekejap lagi kita salam boleh sayang ? " Cikgu ada wuduk lagi ini. Aku bukan menolak namun tiba tiba aku macam terfikir budak ini umur berapa?  batal tak wuduk aku kalau salam dengan dia? boleh ker aku salam dengan dia?

Aku sendiri tidak pasti berapa umur dia. Aku rasa macam aku kenal dia sudah lama. Sudah dekat 6 tahun rasanya. Cuma kami jumpa sewaktu bulan puasa sahaja. Zaman dia kecil kecil dulu, aku selalu salam dengan dia dan cubit pipinya. 

Allahurabbi. Saat itu, sebak mula bertandang memikirkan ilmu agamaku yang sangat cetek itu. Terasa mahu mengalir air mata menatap sepasang mata yang masih lagi menghulur tangan. Lantas dengan botol air di tangan, aku lalukan di atas bahunya seperti mengusap memohon pengertian darinya dan saat aku melihat dia kembali tersenyum aku pun tersenyum padanya. 

" Nanti ya sayang. Kita pergi solat dulu. Selepas itu baru salam cikgu " mengangguk dirinya lantas ditinggalkan kawannya yang sedang ketawa saat aku mengatakan aku berada dalam keadaan berwuduk itu untuk masuk ke dalam masjid. 

Sambil dia pergi aku pun melangkah masuk ke dalam masjid membawa satu persoalan yang sangat besar dalam diri. Persoalan yang kalau aku tidak berubah sekarang, aku masih akan berada di takuk lama. 

Semua ini izin dari Allah. Allah menegur dengan pelbagai cara. Semoga aku berbuat sesuatu dengan kecetekan ilmu yang aku ada ini. Mohon doa dari kalian wahai sahabat yang baik. Ilmu agama ini kena cari dan mesti berguru. Baru ada keberkatan.

Jumpa lagi

Assalamualaikum 


Wednesday 27 February 2019

Doktor Yang Baik.

Apabila menyebut tentang hospital. Jarang sekali terlintas perkara baik dalam mindaku namun ku  gagahkan jua melangkah untuk temujanji bersama Doktor mata. 

Alhamdulillah, langkah hari ini dipermudahkan oleh Allah. Tatkala pintu ditolak perlahan seraut wajah sedang tersenyum menantik dan dengan lafaz Assalamualaikum Dr aku pun duduk berhadapan dengannya. Senyuman masih lagi terukir menolak jauh gusar di hati. 

" Macam mana mata, Okey tak ? " lembut sahaja pertanyaan itu dan dibalas dengan anggukan dariku namun anggukan itu tidak terlihat olehnya. 

Lalu kepalanya ditolehkan ke arah ku dan saat itu aku sudah merasa  selesa dan pemeriksaan doktor itu berjalan dengan lancar. Lembut perlakuannya ibarat menyapu pergi kenangan pahit bersama dengan seorang lagi doktor yang ku rasakan sedikit kasar melayaniku.

" Tahniah, mata awak dah ekey" Fuyoo, tatkala mendengar ucapan panjang tahniah itu kurasakan seakan dunia turut tersenyum bersamaku.

"Alhamdulillah. Waaaaaaaahhhh. Seronokkkknya " tu  dia aku punya seronok sangat sampaikan doktor itu siap bagi izin aku tepuk tangan lagi. Aku yang memang teruja itu pun tepuk la sehinggakan doktor yang disebelah itu pun turut tersenyum melihat telatah aku itu. Jarang sesekali aku menunjukkan kenakalanku kepada orang yang tidak dikenali. 

Namun, ianya berbeza dengan Dr Ahmad Mazwan ini. Dirasakan seperti seorang abang yang sedang merawat adik kecilnya yang terlampau penakut ini.Terima kasih doktor di atas kesabaran dan keprihatinan saat melayani aku sampaikan dia pun turut bertanya tentang abahku yang juga sedang diuji dengan sakit mata itu.

Begitulah manusia, ada yang baik dan ada juga yang tidak. Namun, jangan sesekali kita membuat perkara yang tidak baik kerana suatu hari nanti kita akan ditanya berkenaan dengan setiap perlakuan kita. Semoga kita dibangkitkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Terima kasih Doktor. Kebaikan dan keprihatinan dirimu akan dikenang selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah namamu mekar dalam doaku sepertimana doa seorang adik yang mengharapkan abangnya berjaya dunia akhirat. 

Banyakkan menyebut kebaikan orang lain kerana ianya memberi motivasi untuk kita menjadi lebih baik. 

Jumpa lagi

Jaga Diri

Jaga Hati

Jaga Solat. 

Assalamualaikum. 

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...