MulaKan HARI mu DEngAN

Photobucket

Wednesday, 16 May 2012

niaT


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh

Alhamdulillah, hari ana beersyukur kerana ana masih lagi diberi kesempatan waktu oleh ALLAH untuk terus mencoret dan mencoret buat peringatan untuk diri ana dan juga diri sahabiah-sahabiah ana sekalian.

Hari nie ana ingin menulis berkenaan dengan niat. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertai dengan niat barulah semua perbuatan yang dibuat itu akan dikira oleh ALLAH. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“ sesunguhnya,amalan itu ditentukan oleh niatnya. Dan seseorang itu mendapat balasan daripada niatnya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari sabda itu dapat ana gambarkan betapa pentingnya niat dalam perlakuan sehari-hari kita namun adakah semua yang kita buat nie ada niat hanya untuk mendapat redha ALLAH. Ataupun untuk menunjuk-nunjuk?? FIKIR-FIKIRKAN....

Satu situasi yang ana nak semua orang fikir ialah mandi. Aik, xkan mandi pun kena niat kot lainlah kalau mandi wajib kan... mesti terfikir macam tue kan>>> erm, xkisah itu tapi nak beritahu bahawa islam itu indah sebab semua perlakuan akan mendapat pahala itupun sekiranya kita niat kerana ALLAH. Okey, berbalik pada mandi tadi, semasa kita semua mandi apakah niat sebenar kita mandi. Ada satu golongan yang mandi kerana mahu suci daripada kekotoran setelah seharian berhempas pulas membanting tenaga di tempat kerja, sekolah, dan boleh menghilangkan penat  dan ada satu lagi golongan yang niat mandi kerana mahu mensucikan diri untuk mengadap ALLAH dan mendapat keredhaan ALLAH. (agak-agak yang mana lebih baik daripada 2 situasi ini).

Jadi, untuk memastikan semua perkara yang dilakukan sehari-hari seperti makan, minum, senaman, tidur, rehat menjadi satu ibadah disisi ALLAH ialah dengan sentiasa berniat untuk meraih redha ALLAH. Hal ini kerana apabila kita sentiasa mengingati ALLAH dalam setiap pperbuatan kita maka akan lahiir pelbagai sifat terpuji dalam dirinya.

Jumpa lagi sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua sentiasa memperbharui niat kita dalam menuntut ataupun menyebarkan agama.

Terima kasih sahabat-sahabat.

Assalamualaikum ....