Monday, 12 May 2014

kerinduan bertamu

Assalamualaikum semua.....

erm..dah lama rasanya tidak singgah dan menulis di sini... mungkin kerana tidak mempunyai kesempatan untuk menulis dan meluahkan rasa .....

hari ini untuk keberapa kali kerinduan kepada sahabatku bertamu lagi.....sudah sekian lama tidak berjumpa dan sudah sekian lama juga tidak berhubung dengannya.... cinta kami terpisah antara beberapa negeri namun cinta kepada Allah tetap menyatukan kami.....dia ialah sahabat yang terbaik yang Allah hadirkan untuk diriku melangkah dengan penuh keyakinan di atas bumiNYA ini...

wahai sahabatku :

sebaik-baik seorang  sahabat itu ialah sahabat yang boleh mengajak kamu ke syurga Allah dan bukan sahabat yang boleh membawa kamu ke neraka....

terima kasih sayang di atas semua pertolonganmu dan semoga Allah merahmati dan meredhai persahabatan yang terjalin antara kita....dan semoga setiap orang akan dianugerahkan seorang sahabat sepertimu....Allahumma Amin....


wahai sahabatku, ketahuilah sahabat yang boleh membawa ke neraka senang dicari, manakala sahabat yang boleh membawa ke syurga sangat sukar  di cari....


semoga berjumpa lagi sahabatku....sesunguhnya aku menyayangimu kerana Allah....kerana Allah juga rasa ini bertamu...semoga akan ada pertemuan lagi antara kita... =D