Sunday 31 December 2017

LOST AND LOVE

Assalamualaikum semua.... 

Alhamdulillah pembuka untuk tahun baru 2018 ini, aku buka dengan sebuah kisah LOST and LOVE.  satu kisah tentang  keperitan hidup seorang ayah yang kehilangan anak dan cerita disebalik keperitan seorang anak yang telah diculik...

antara perkara yang memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku melalui cerita ini ialah melalui :

1) Dialog 

" perasaan bersalah akan berkurang bila membuat perjalanan " itulah antara kata kata ayahnya yang sempat aku tulis dalam buku dan melalui kata kata itu aku dapat rasa emosi seorang ayah terganggu dengan kehilangan itu dan melalui setiap perjalanan itu, perasaan itu berkurang dengan harapan dia akan menemui anaknya. 

" tentu ibu bapa saya mencari saya seperti ini " itulah kata sang anak yang sebenarnya sedang memujuk hati yang sentiasa memikirkan kenapa dirinya boleh terpisah dengan keluarganya. Allahurabbi, berjauhan dengan mereka pun aku rasa  sedih inikan pula berjauhan sejak berumur 4 tahun hingga 19 tahun (kalau tak silap umur pemuda ini ) ... =(

#jadi lepas ini tolonglah hargai ibu bapa kerana mereka ini sebenarnya pinjaman dari Allah untuk kita dan Allah boleh ambil kembali bila bila masa jer. Tolong jangan abaikan mereka kerana tangisan mereka kita tak pernah nampak.
 
2) Sentuhan 

Setiap sentuhan antara mereka memberikan senyuman dalam tangisan. Sentuhan mereka ternampak ikhlas. Tambah tambah lagi part pemuda itu tidur di riba seorang ayah yang sangat merindui anak yang telah hilang. Perlahan lahan anak itu diselimutkan ... 
#jadi lepas ini, sentuhlah tangan tua ibumu dan bapamu. belailah mereka kerana melalui sentuhan itu kita dapat rasakan kasih sayang yang sangat mendalam... Allahurabbi. 

3) Gurauan 

Setiap gurauan mereka membuahkan senyum gembira di bibirku kerana aku tahu mereka merindui gurauan dari seorang anak dan gurauan dari seorang ayah. 

#jadi lepas ini luangkan masa bersama mereka dan berguraulah dengan mereka kerana saat melihat mereka tersenyum itu akan memberikan seribu keindahan dan ketenangan dalam dirimu. 

4) Saling Menjaga.

Kerana perjalanan itu hanya mereka berdua yang menaiki motosikal, jadi sangat jelas mereka ini saling menjaga antara satu sama lain. Tambah tambah lagi bila di pasar, bila seorang hilang  maka yang seorang lagi asyik memangil nama dengan suara yang besar untuk membolehkan mereka mencari yang seorang lagi. Bila jumpa masing masing membebel =D

#jadi, lepas ini akukena bangga   bila abah aku pangil nama aku kuat kuat dalam khalayak ramai kerana aku tahu panggilan itu dibuat kerana risau apabila aku hilang dari pandangannya. =(

5) Gengaman tangan 

Ini juga membuatkan air mataku tak berhenti mengalir kerana aku dapat lihat melalui gengaman tangan seakan akan mereka menyalurkan semangat antara satu sama lain. Mereka menyedari sebenarnya perjalanan itu telah membuatkan 2 jiwa menjadi 1 dan mereka sangat memerlukan antara satu sama lain. Gengaman tangan itu membuahkan sebuah keyakinan dan kekuatan untuk menempuh setiap ujian dan halangan di depan 

#jadi, selepas ini aku janji akan mengenggam erat tangan mereka berdua untuk menyalurkan rasa kasih sayang pada mereka ..

Rasanya cukup la 5 itu kerana kalau betul betul nak merasai emosi itu tengoklah cerita inii..Tapi ending cerita ini juga mengajar aku tentang:

Tak semua perkara akan berakhir dengan kegembiraan. Namun, fahamlah kerana setiap ketentuan itu adalah daripada Allah dan ketentuan Allah itu adalah terbaik... 

AMBILLAH PENGAJARAN DARIPADA  CERITA INI. SEMOGA BERMANFAAT

Semoga jumpa lagi... 

semoga tahun 2018 ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. 

''Assalamualaikum ''

Saturday 7 October 2017

Sucikan Hati

Assalamualaikum semua... semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah...

yehaaaa...hari ini tiba tiba dapat ilham untuk menulis...menulis tentang apa? 

hari ini aku nak tulis apa yang aku dengar dalam rancangan Tanyalah Ustaz hari ini... hari ini Ustaz Farhan bercerita tentang sucikan hati... menarik betul topik hari ini..kena dengan diriku yang mencecah umur 30 hari ini jika mengikut kalendar Hijrah...

antara bait bait kata yang indah dari rancangan ini tadi ialah :

'' manusia akhir zaman ini ialah manusia yang lebih banyak mencuci muka daripada mencuci hati " 

tersentap tak dengan kenyataan ini ????

tentu tersentap kan kerana ini yang banyak kali kita lakukan... tak percaya ker? ada tak yang masih menegakkan ego dengan mengatakan yang kita ini golongan yang banyak mencuci hati daripada muka ??? 

okey jom kita kira sama-sama berapa kali kita cuci muka ..

1 - selepas  bangun tidur

2- sebelum mandi 

3 - selepas balik kerja 

4 - sebelum tidur 

haaaaaaaaaa..... tengok..sehari 4 kali kita cuci muka...itu untuk orang malas macam aku la...orang lain aku tak tahu la berapa kali cuci muka itu...

Allahurabbi...tersentap dengan kelalaian itu...sedangkan muka yang putih berseri, licin berkilat, gebu itu tidak menjadi tempat yang Allah pandang pun... Allah memandang HATI kita...HATI kita yang sentiasa menjadi teman kita di waktu kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini... 

HATI itu tempat bersarangnya kebaikan dan juga bersarangnya keburukan...andainya HATI mu berada dalam keadaan yang baik maka baiklah kelakuanmu kerana HATI yang suci turunnya ilham dari Allah yang Maha Penyayang, andainya HATI mu sudah hitam maka bersaranglah bisikan syaitan dalam dirimu dan membuatkan semua tingkah orang tidak senang di hati kita... 

Ustaz Farhan pesan :

untuk sucikan hati ini, perkara yang paling kita kena buat ialah LETAKKAN PAGAR... 

PAGAR ?? 

PAGAR APA? 

PAGAR  HATI KITA ....

PAGAR HATI DENGAN APA??? 

PAGAR DENGAN BINAAN KONKRIT ... 

APA ?????????????????

BINAAN KONKRIT?????? 

jangan terkejut...macam mana lah kita nak konkritkan hati kita kan ?? kalau boleh konkrit hati tentu ramai dah pergi jumpa Dr untuk konkrit hati kan ??? hihihi

KITA KENA PAGARKAN HATI DENGAN SIKAP TAWADUK  (RENDAH HATI)

RENDAH HATI ini bukan bermaksud untuk kita sentiasa berjalan dengan menunduk.. kata ustaz tawaduk ini ialah kita  memandang orang lain lebih hebat ibadahnya berbanding dengan diri kita..jangan mengangkat kita ini yang terbaik dalam segalanya... andainya kita mengangkat diri kita paling baik maka kita tidak akan pernah ada sikap tawaduk ini... 

:: semoga kita semua berusaha untuk Sucikan Hati ini... perkara ini cukup susah kerana nanti akan ada kroni kroni syaitan yang akan datang dan menggoda kita untuk meletakkan titik hitam di hati kita ini..semoga Allah mudahkan perjalanan kita ini ::

|| jangan anggap aku menulis ini kerana hatiku sudah baik...tulisan ini adalah peringatan untuk diriku yang berusaha untuk memperbaiki hati dari hari ke hari...NAMUN  lumrah setiap perjuangan atau perjalanan menuju kebaikan yang kadangkala kita akan terjatuh di lembah dosa andainya dibisikkan oleh syaitan ini .. semoga kita semua kuat untuk membersihkan hati ini..semoga hati kita yang menjadi pandangan Allah ini suci bersih...Allahumma Amin ||  

[ semua ini kerana cinta ]

Jumpa lagi 

Assalamualaikum



Sunday 24 September 2017

Bisik Pada Langit

Pada mulanya aku macam tak berminat sangat dengan cerita ini ..sebab pada aku cerita melayu ini lebih pada berkisar tentang cinta, makan, bergaduh dan cinta balik... TETAPI memandangkan aku baca komen daripada orang yang sudah menonton cerita ini membuatkan terdetik di hati untuk tengok cerita ini dan akhirnya kami berdua menapak ke Bukit Jambul untuk melihat tayangan ini kerana di Quensbay tidak ditayangkan cerita ini...

AKHIRNYA

Kami berjaya menontonnya dan ditemani dengan 8 orang pengunjung lain...ternyata di panggung ini begitu selesa kerana tidak ramai orang berbanding Quensbay...

 Hanya air mata menemani di saat menonton cerita ini...hanya Allah yang mengetahui apa yang bermain di fikiranku pada saat dan ketika itu..saat itu terasa aku mahu berlari ke pangkuan mek dan abah untuk membisikkan sendiri kata sayang ini, mahu memeluk erat mereka sebelum terpisah jasad dan roh, mahu menenangkan mereka dengan kepergianku menghadap PENCIPTA... Saat melihat Hajar, aku bagaikan melihat aku yang berada di situ kerana aku tergolong dalam golongan yang sentiasa dimanjai abah. walaupun abah tak pernah mengungkapkan sayang namun aku dapat merasai sayangnya melalui perlakuannya, melalui pandangannya, melalui senyumannya, melalui tingkahnya.. semua itu sayang seorang abah untuk anak perempuannya yang sudah dewasa..walaupun mencecah umur 29 pada pandangannya aku masih lagi anak kecil yang mesti dimanjai, ditegur, dinasihati, dimarahi .. manakala kasih seorang mek pula tiada tolak bandingan apatah lagi merasai pipi gebu aku dicium olehnya..terasa pergi semua kerungsingan saat bersama dengan mereka... mek insan yang hebat..sepanjang umurku 29 tahun aku tidak pernah melihat wanita hebat ini mengeluh, marah, keletihan , yang aku nampak ialah kegigihan, kekuatan, ketenangan, kelembutan dalam setiap sentuhanmu.. NAMUN di hatimu siapa tahu kan mungkin dirimu sarat dengan kerinduan kepada permata hatimu yang jauh di mata tetapi dekat di hatikan...
    



Wahai anugerah terindah : ketahuilah aku sangat bersyukur memiliki kalian sebagai ibu dan ayahku...terima kasih untuk semua pengorbanan dan jasa kalian dalam membesarkan aku...semoga aku menjadi seorang anak yang solehah yang mampu mendoakan kalian berdua ..semoga keluarga kita dirahmati dan diredhai oleh Allah...  



        



Saturday 29 July 2017

Semusim Di Barzakh...

Image may contain: one or more people and text 

first time tengok tajuk itu terasa menggigil juga...namun gagahkan juga diri beli buku ini sebab buku ini antara buku yang mendapat perhatian ramai..tentu ada perkara yang menarik dalam buku ini kan...dan Alhamdulillah..sangat berbaloi buku ini... best..menusuk kalbu...

setiap cerita ada maksud yang tersendiri...setiap perjalanan yang dialalui oleh rakan penulis ditulis dan membawa diriku ke satu daerah yang belum pernah aku alami..daerah yang sempit..daerah yang hanya ditemani dengan amalan baik untuk meneruskan perjalanan menuju syurga Allah...

rasanya hero cerita itu ialah aku..rasanya macam roh aku yang sedang berjalan melihad jasadku yang terbujur kaku..rasanya aku yang membuka peti di bilik mayat melihat nama Siti Asmaq Muhammad yang tertulis pada peti itu..menggigil lagi apabila melihad jasadku yang disambut dengan bacaan yasin daripada ahli keluarga... aku melihat tangisan daripada mata mereka dan aku mengelap air mata mereka namun sentuhanku itu langsung tidak disedari oleh mereka kerana aku hanyalah roh yang sedang menyaksikan perjalanan aku menuju tuhan... paling sedih ialah bila membayangkan jasadku dicium oleh ahli keluarga dan mula diusung keluar dari masjid dan di bawa dalam pengusung oleh adik dan abangku yang bertindak mahu menghantar aku ke pembaringan aku yang akhir ... terasa padangan makin gelap..makin gelap dan gelap saat ditingalkan sepi di pembaringan akhir itu... Allahurabbi...menggigil apabila membayangkan aku ditinggalkan di dalam kubur yang menandakan pengembaraan aku di alam barzakh bermula..

Adakah aku akan selamat...

Adakah temanku nanti di alam itu

Adakah tempat itu taman syurga atau sebaliknya...

semoga saat itu menjemput dalam keadaan Allah redha kepadaku...semoga kita semua dalam redha Allah dan Allah memandang kita dengan penuh rahmat...

|| ada masa bacallah buku ini kerana tak rugi pun kita baca buku ini keranan ianya mampu membuatkan kita tidak senang duduk untuk bersenang lenang kerana Allah dan takdirkan kita berada di sini sebagai khalifahnya yang menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran...jadi laksanakan perintah Allah dengan sebaiknya ||

| | kita tak tahu bila ajal akan menjemput...namun doakan semoga pengakhiran kita ialah pengakhiran yang baik.. jadi jom jadi baik..sebarkan kebaikkan...andainya engkau tak mampu mengembirakan orang lain...janganlah menyusahkan orang lain | |

:: semoga berjumpa lagi ::
 


Friday 14 July 2017

Marah

 Marah.... 

Itulah antara perkara yang sangat aku elakkan ketika berhadapan dengan pelajar .... sebab andainya perasaan ini berada dalam mindaku habis semua benda aku akan marah dan last sekali bila malam aku tak boleh tidur apabila memikirkan hariku yang berlalu dengan penuh  kemarahan itu...

Namun

Dua hari lepas kesabaranku teruji dengan ketidaksungguhan pelajarku dalam membuat kerja khusus mereka..selepas dua minggu masih ada lagi yang terkial kial nak buat draf, masih ada lagi yang bertanyakan potensi padaku , masih ada lagi yang bertanyakan tentang borang temubual.. Allahurabbi saat itu kemarahanku meletus dan kemarahanku meletus kepada pelajar yang sangat baik....

Allahurabbi...bersalahnya rasa melihat dia melangkah pergi dengan sehelai kertas sambil menundukkan wajahnya.. 

dan akibat daripada kemarahanku yang membara, dua malam lepas susah sungguh nak tidur... sebelum tidur teringat ingat wajah pelajar itu lantas ku bangkit dari tidur dan menghantar permohonan maaf untuk nya.. dan Alhamdulillah huluran maafku diterima..

||   " Nevermind cikgu it's okay I know u also stress bcoz kelas kami macam zoo 😆 "  ||| itulah mesejnya..

pergh...lega sungguh bila mendapat sebuah kemaafan ... 

[ aku cikgu biasa yang dilengkapi dengan semua perasaan. aku pandai marah..aku pandai tersenyum..aku pandai merajuk..aku pandai memujuk dan semua ini membuatkan aku berfikir untuk menjadi manusia yang hebat kita kena jadi lebih kuat untuk melayan perasaan negatif ini ]

| jangan layan semua perasaan negatif ini..kalau kita layan kita pun akan jadi seorang yang negatif |

semoga setiap langkahku makin dipermudahkan.... semoga aku jadi seorang cikgu yang baik...

Monday 22 May 2017

Menanti Esok

Allahurabbi...terasa seakan lamanya  menantinya esok...

apakah yang akan berlaku esok..

apakah perkara yang menyebabkan aku menanti kedatangan hari esok...

erm...Hari Esok akan mendatang dengan membawa sekali pertemuan aku dengan Dr bahagian Fisioterapi..apakah situasi yang akan berlaku esok..apakah esok akan berakhir dengan senyuman ataupun esok akan berakhir dengan air mata dalam mencari keredhaan dalam setiap ujian yang Allah hadirkan... 

Tipulah andai aku kata aku menanti hari esok dengan penuh ketenangan kerana di sebalik setiap detik dan jam yang berlalu hanya Allah yang mengerti seribu rasa yang bermain di fikiran... Hanya Allah yang tahu perkara yang akan aku tempuhi esok..semoga semuanya berjalan dengan lancar....

Andainya esok tidak tiba untuk  diriku semoga sahabat sahabat yang membaca tulisan ini mengirimkan rasa sayang dan rindu ini untuk kedua-dua permata hatiku En Muhammad Bin Ibrahim dan Puan Sanah binti Ismail... semoga kalian berdua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah...terima kasih untuk semua kasih sayang yang kalian curahkan padaku...sungguh kak teh bertuah ada mek dan abah... doakan kak teh selalu...  



Tuesday 9 May 2017

Ujian Sakit

Assalamualaikum....

hari ini hati terpanggil untuk mencoret tentang ujian sakit....

 sakit..sakit apa?

itulah kebiasan pertanyaan setiap orang kepada pesakit... huhuhu...

Semalam Allah hadiahkan aku satu ujian.... ujian yang membuatkan kakiku melangkah dengan seribu perasaan...ujian yang membuatkan hatiku tak berhenti berdoa..ujian yang membuatkan air mataku boleh mengalir bila bila masa sahaja..ujian yang membuatkan aku tak betah lagi untuk berkata -kata...

NAMUN

walau apapun keputusan yang akan keluar dari Dr pakar nanti harapnya tidak akan mematahkan semangatku kerana Allah telah pilih aku menghadapi sakit ini.... Allah tahu aku mampu dan Allah mahu aku mengambil pengajaran dari sakit ini... semoga aku menerima dengan redha dan tabah ujian ini... doakan aku yer sahabat....

|| kebiasaannya, tatkala  aku melihat orang yang sakit, aku akan memegang tangan pesakit itu dan membisikkan ucapan kuat untukknya dan hari ini  terasa seperti ibarat mek dan abah, adik beradik dan sahabat datang membisikkan kata kuat untukku... InsyaAllah akan ada hikmahnya...setiap yang terjadi itu mesti ada hikmah...  ||

janganlah bersedih wahai hati...perjalanan masih panjang lagi..baru berapa hari Allah bagi sakit sedangkan selama nie Allah bagi kesihatan yang baik namun aku hanya mengabaikan nikmat sihat tersebut....


semoga dipermudahkan urusan selepas ini ...

Saturday 4 March 2017

Bingkisan Rindu

awak...

awak...

Assalamualaikum....

Allahurabbi...rindu sungguh saya kat awak..terasa lama kita tak mesej..apatah lagi bercakap..apatah lagi kita nak berbicara seperti dulu...

terasa jauh sangat pulak...apapun harapnya nama saya sentiasa meniti dalam doa awak..hari ini terdetik satu rasa untuk menulis untuk awak ..seorang sahabat yang terlalu istimewa di hati saya...hihihi..mesti awak cakap saya emo kan...hahahahaha..memang tengah emo pun nie..emo kerana sangat merindui awak... (opsss...tolong jangan beratkan kepala awak yer..lagi satu awak jangan mesej saya yer..sebab kalau awak mesej confirm saya nangis..huhuhuhu ) ...

Apapun jangan risau kerana di sebalik kesedihan yang Allah pinjamkan ini ada juga kegembiraan yang Allah hadirkan untuk saya...

khas untuk awak 

awak, 
awak sahabat pertama yang saya ikrarkan untuk melangkah ke syurga bersama

awak,
awak sahabat pertama yang saya sayang sepenuh hati 

awak,
awak sahabat pertama yang menerima saya seadanya

awak,
awak sahabat pertama yang mengelap air mata saya

awak,
awak sahabat pertama yang memperdengarkan  Al-Quran di telinga saya

awak,
awak sahabat pertama yang mengajar saya makan dalam talam

awak,
awak sahabat pertama yang mengajar saya erti rindu

awak,
awak sahabat pertama yang mengharapkan kebaikan dari saya

awak,
awak sahabat pertama saya yang sangat istimewa ....

semua kebaikan dan keikhlasan awak tak dapat ditulis...sangat banyak untuk dihitung dan ditulis..nanti penuh pulak post hari ini...huhuhu..

apapun terima kasih awak...terima kasih untuk semuanya... 

:: awak sangat istimewa sampaikan saya tengok gambar awak pun saya dah boleh tersenyum gembira...tapi tak boleh tengok lama lama kerana kerinduan itu memamah hati dan menyebabkan ada titisan mutiara akan muncul dan saat  itu lah syaitan datang berjoget joget dan mempersoalkan tentang ukhuwah kita ini...huhuhu..jahat sungguh la syaitan ini kan.. ::

apapun 

semoga semua urusan awak dipermudahkan ...semoga rindu ini akan membuahkan satu pertemuan dengan izin dan redha Allah... =D

Alhamdulillah...kurang sedikit rasa rindu..terasa macam dah cakap semua kat awak... semoga bertemu lagi di lain bingkisan rindu ..

Assalamualaikum awak...
 


Friday 24 February 2017

Aku dan Sivik

Sivik dan Kewarganegaraan....

huhuhu...itulah subjek yang pada awalnya memberi tekanan sedikit padaku..kerana itu ialah subjek baru yang mesti aku ajar tahun ini...huhuhu...mahu menangis juga pada mulanya untuk hari yang ada subjek itu....

lama kelamaan...

mula bertapak satu perasaan aneh kenapa aku dipilih untuk mengajar subjek sivik ini..ini kerana aku suka bercakap dan aku sangat suka bercerita tentang perkara yang terjadi sekarang pada pelajarku dan bermula detik itu aku mula melangkah penuh keyakinan untuk subjek ini...aku boleh senyum dah untuk subjek ini kerana melalui subjek ini aku boleh mendidik mereka..aku boleh membawa mereka kepada realiti sebenar sekarang.

topik hari ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga....bila bercerita tentang tanggungjawab terhadap keluarga aku tanya mereka tentang bukti kasih sayang yang terdapat dalam keluarga mereka dan mereka mula menyenaraikan satu persatu...antaranya ialah :

1) Makan bersama
2) Bersukan bersama
3)Berkomunikasi bersama
4) Membuat kerja bersama-sam...

semua jawapan mereka dapat dihuraikan dengan baik dan aku mampu bersyukur kerana mereka dapat menunjukkan kasih sayang yang diberikan ini dalam keluarga mereka lantas pesanan aku pada mereka 

" awak kena selalu berkasih sayang dengan keluarga...sebab kebiasaannya orang yang kurang kasih sayang ini lah yang akan mengakibatkan kita semua berada dalam ketakutan... mereka yang kurang kasih sayang sanggup membunuh kita..mereka sanggup merompak kita...mereka sanggup mencederakan kita... di manakah kasih sayang mereka saat memperlakukan orang lain macam ini "

" kesian tak pada mangsa " aku menyoal mereka dan mereka pun ramai ramai sebut 

" kesian cikgu " pastue ada la yang berlakon buat buat muka sedih....adohai comel sungguh la kalian nie wahai anak...

|| apapun mereka ini masih  lagi remaja yang mencari personaliti..moga mereka memilih untuk menjadi yang terbaik..menjadi orang yang baik dan menyebarkan kebaikan kepada orang lain ||


:: jadi pendidik ini bukan senang..kita kena ubah diri kita dulu baru kita boleh ubah orang lain ..moga aku terus diberi kesempatan oleh Allah untuk menyebarkan ilmu yang ada..semoga semuanya dipermudahkan semua urusan kita semua.. ::

#tolong_doakan_aku
#life_cikgu_siti
#life_SAM

Friday 3 February 2017

Geng Cuci Masjid

Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua...semoga sihat sentiasa yer... 


Alhamdulillah hari ini aku telah berjaya menghabiskan buku ini....huhuhu..ambil masa 3 minggu juga nak habiskan buku ini... (huhuhu...ingat senang ker nak habiskan setiap buku yang kita beli) 3 minggu itu terlalu lama kan... hihihihi...namun tidak mengapa kerana akhirnya berjaya juga aku habiskan..

|| buku ini memang berbeza ||

tak rugi pun baca perlahan buku ini kerana setiap lembarannya berjaya mengusik hati yang sentiasa mendahagakan perubahan ..dan Alhamdulillah melalui penulisan ini, penulis berjaya menjentik halus rasa dan paling penting buku ini menekankan tanggungjawab kita sebagai seorang islam..tanggungjawab mengejar keredhaan Allah dan tanggungjawab menyebarkan agama Allah...paling penting betapa manisnya sebuah ukhuwah  sesama agama dan sesama manusia...

Perjalanan 3 bersaudara ini  selama 239 hari, perjalanan 3 bersaudara ini mengunjungi 140 masjid di seluruh semenanjung Malaysia dan perjalanan 3 bersaudara ini di 11 buah negeri sepanjang 2353 km  sentiasa disambut dengan penuh perasaan gembira daripada insan insan yang mulia...Alhamdulillah Allah takdirkan mereka berjumpa dengan orang orang yang baik... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah....

terasa kerdil diri saat penulis menceritakan pengalaman mereka yang diberi pertolongan oleh Allah saat mereka memanjatkan doa dari Allah...memang betul janji Allah kalau kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita ...jadi teruskan perjuangan untuk agama Allah ini..jangan berhenti andai ada orang yang membenci...jangan terasa lelah andai ada orang mengutukmu...kerana ramai lagi orang yang menyukai pekerjaan yang dilakukan olehmu... paling penting ialah pandangan Allah berbanding pandangan manusia.... Allah pandang hati kita, ingat...Allah pandang hati kita..Allah pandanga hati kita... jadi bersihkan hati yer... 

|| Dalam buku ini juga aku temui jawapan untuk masjid yang ingin dikunjungi oleh ibuku...dia selalu cerita tentang masjid berkembar ini, masjid yang dipisahkan dengan sebatang sungai..dan Alhamdulillah teka teki itu berjaya diselesaikan dalam buku ini yang menceritakan tentang Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Ismail yang terletak di Tanjung Agas di daerah Ledang... InsyaAllah satu hari aku akan bawa mek dan abah ke sini...kami akan solat di sini..doakan aku yer sahabat sahabat semua ||

|| kebersihan ini perkara mudah dan itu jugalah yang sering diambil mudah - kata penulis || 

....semoga impian kalian untuk mengembara di sabah sarawak dimakbulkan oleh Allah..walaupun aku tak mengenali kalian bertiga namun aku kagum dengan semangat kalian bertiga..semoga suatu hari nanti aku mampu singgah di masjid yang kalian singgah dan saat itu aku akan tersenyum indah kerana aku pernah berada di masjid yang pernah kalian bersihkan...masjid yang memberi kalian ukhuwah yang sangat indah....

[ buku ini akan ku simpan dalam kereta..senang untuk rujukan nanti... senang andainya aku mengembara dengan mek dan abah akanku singgah ke semua masjid dan hidupkan obor perjuanganmu wahai sahabat ...dan setakat ini aku sudah singgah di masjid Kapitan dan Masjid Negeri Pulau Pinang... itupun sebab aku bekerja di area penang ] 

nak tahu lebih lanjut bolehlah beli buku ini....tak rugi pun...

semoga dipermudahkan...tolong doakan aku...

semoga bermanfaat...

Assalamualaikum...



Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...