Friday 16 July 2021

Rindu Itu Memenatkan

😢😢

Aku rasa sedih. 

Aku rasa pilu.

Aku rasa rindu.

Aku rasa letih.

Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke kampung berjumpa dengan insan yang aku sayang. Insan yang aku rindu. 

Berbulan-bulan aku di bumi Penang, hanya telefon menjadi penghubung dan sesunguhnya aku ingin sekali menatap wajah kedua ibu bapaku. Ingin sekali aku merasa tenang dalam dakapan mereka. Ingin sekali aku memeluk erat mereka.

Bukan aku tidak mahu mencuba untuk meminta kebenaran merentas negeri namun permintaan aku dibalas dengan permohonan maaf daripada polis kerana aku tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk balik ke kampung. Dua kali juga lah balai itu menjadi saksi air mata aku mengalir kerana tidak dapat berjumpa dengan mek dan abah aku.

Sungguh aku sedih namun aku tidak pernah salahkan pegawai di balai itu. Mereka menjalankan tugas mereka dan aku juga cuba menjalankan amanah aku sebagai rakyat dengan baik. Namun tatkala perasaan rindu itu datang menggebu, aku hanya tahu yang aku rasa sangat penat. Penat untuk menangis dan terus menangis.  

Apapun. Semoga keadaan menjadi bertambah baik. 

Semoga dipermudahkan urusan yang mendatang.

Semoga covid ini berlalu pergi. 

Semoga kita semua dapat balik menatap wajah orang tua kita.  

😢😢😢

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...