Sunday 25 December 2016

Aku dan Masa

Malam makin menginjak ke tengah malam...tengah malam pula perlahan-lahan menginjak ke pagi...ermmmmmm, masa semakin berlalu pergi....pergi meninggalkan daku sendiri dalam kegelapan malam sambil ditemani dengan mr lappy yang setia disisi saat diperlukan...

dalam sendiri ini aku berfikir  andainya masa boleh diundurkan tentu sekarang ini aku berada di sebelah ibuku, merenungnya, memeluknya dan lena dalam dakapan kasih seorang ibu..namun semua itu mustahil kerana masa yang sudah berlalu pergi tidak akan kembali jadi tolong gunakan masa yang ada ini dengan baik...gunakan masa dengan bermanfaat...gunakan masa dengan berfaedaah...

kerana MASA INI SANGAT PENTING... PENTING...PENTING

Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian...

erm....jangan dipandang sepi ayat itu kerana kita selalu diperdengarkan dengannya...  andainya diteliti dengan MASA ini sesungguhnya kita memang sentiasa dalam kerugian...

masa kita SIHAT jarang sekali kita nak ingat Allah.... masa bila kita sentiasa ingat Allah, masa kita SAKIT, betul tak sahabat sahabat sekalian ???? (haippp jangan angguk saja yer...mesti perbaiki diri lagi lepas nie )


itu  yang selalu  terjadi kan...agak agak ada lagi tak yang  lain ?

ADA

masa LAPANG sebelum kita SEMPIT....  ini memang selalu berlaku kerana kita bertangguh kerja..masa dapat kerja tue, kita letak tepi dulu dan cakap xpelah tarikh lambat lagi...huhuhu...sekali terlupa terus kerja tue..bila bos tanya mulalah menggelabah semacam dan saat itu kalau ada orang tegur pun kita rasa orang tue sedang permainkan kita...sebenarnya kita yang sedang mempermainkan masa.... adohai...masa tue kelam kabut la kita buat kerja, sampaikan tak sempat nak lihat sama ada kerja kita ada kesalahan atau tidak.... ( haipppp, jangan terasa tau..kalau perangai ini ada kita betulkan yer )


kalau nak cerita tentang masa ini memang banyak sungguh, aku pun tak mampu untuk bercerita kerana aku bukan pencerita yang baik namun aku ialah seorang penulis untuk diriku dan andainya ada sahabat yang membaca moga ianya bermanfaat untuk kita semua.....

apapun,

sebagai manusia yang telah ditakdirkan berada di atas muka bumi Allah ini sedarlah bahawa kita ini ialah khalifah yang memegang amanah untuk menyebarkan agama Allah ini...andainya tidak mampu menyebarkan agama dengan ceramah, penulisan, bengkel dan pelbagai medium lain berdakwah dengan peribadi kita...

jadikan peribadi kita semakin baik seiring dengan masa yang mendekatkan kita dengan kematian...


Tuesday 25 October 2016

....My First Baby PT3...

sayu rasa hati..sedih rasa hati...

kenapa sayu? 

kenapa sedih?

erm...sedih sebab nak berpisah dengan my first baby pt3...tahun nie last mereka kat sekolah...tahun depan mereka akan melakar sejarah sendiri kerana mereka perlu melangkah keluar dari keselesaan sepanjang tingkatan 1 - 5 yang sentiasa disayangi dan dimanjai oleh guru...

tahun depan mereka tak akan datang sekolah dah...tahun depan juga aku akan mencari senyum senyum mesra mereka...aku akan mula mencari wajah mereka yang mampu membawa seribu senyuman di bibir saya.... sekarang pun sudah mula mencari senyuman mereka..apatah lagi tahun depan.. =(

semoga perjalanan kalian makin indah wahai anak-anak semua.... kalian ialah last pelajar yang saya panggil my hero...kalian layak jadi hero  kerana kalian selalu menjaga hati saya..kalian sentiasa menyenangkan saya..kalian sentiasa berusaha untuk membuat saya  gembira...terima kasih to all my hero untuk kenangan yang sangat manis dan indah ini..

dan aku juga turut buat satu folder dengan nama First Baby PT3...nama folder baru dalam mr lappyku untuk aku simpan gambar aku dengan first baby PT3 nie...aku pilih nama itu sebab bagi aku mereka ini sangat istimewa...mereka macam baby..manja..baik..nakal..dan sentiasa membawa senyuman di bibirku...

aku dulu sangat berbeza dengan sekarang...
dulu, setiap kali aku masuk kelas hanya senyuman yang terukir di bibir dan kadang kala kedengaran suara ketawa aku bergabung dengan mereka...aku akan tinggalkan kelas dengan senyuman sampaikan KP aku tanya, awak pandai marah tak?

sekarang,

aku rasa senyumanku dah kurang dan aku lebih memilih berdiam diri..

:: hati seorang guru ini besar..ia mampu memuatkan semua pelajar di dalamnya dan setiap pelajar mempunyai ruang istimewa di hati guru..ruang istimewa itu akan diisi dengan keistimewaan pelajar tersebut ::

[ ada pelajar istimewa di hati guru bila dia menjadi pelajar yang baik, ada pelajar menjadi istimewa di hati guru dengan sikap hormat menghormati, ada pelajar istimewa di hati guru dengan kerajinannya, ada pelajar istimewa di hati guru dengan kematangannya, ada pelajar istimewa di hati guru dengan ketaatanya dan macam macam lagi ]

my first baby PT3, awak semua sangat istimewa dengan cara yang tersendiri..saya tak perlu cakap pun awak semua mesti sudah tahu kan..  semoga berjaya dalam SPM tahun ini...

|| paling penting awak tahu yang saya pernah menjadi pelajar yang istimewa di hati guru-guru saya ||

#life_cikgu_siti
#life_SAM




Friday 30 September 2016

Abah...Selamat Hari Lahir...

Assalamualaikum Cinta Hatiku....

erm...walaupun kak teh tahu abah tak akan baca tulisan kak teh ini tapi kak teh ingin juga menulis untuk puaskan hati kak teh...hihihi...sebab tadi tak sempat habis pun wish birthday sebab abah lorat nak beli ikan....hihihi...

kak teh :Abah, Assalamualaikum...kak teh nie (excited betul aku bila boleh bercakap dengan abah dan mek)

Abah : abah xdok rumah nie..abah dok kedai (hihihi...tentu dia malu nak melayan anak dia bila berada di kedai...almaklumlah anak dia nie karenah macam macam..ada sahaja benda nak di sakat abah dan meknya)

kak teh : oooo...okey...abah dok kedai gapo? (tengok betapa busy body nya anak dia nie...semuanya nak tahu )

Abah : abah dok kedai ikan nie...beli ikan sikit (ketawa dia ...tentu seronok dengar anak dia happy)

kak teh  : peeewwitttttt....beli ikan gapo..masak sedap la...lapar pulak kak teh..makan kek dok hari nie (huhuhu...mulut macam bertih jagung yang nak jadi pop corn tue....papapapapapa..tak berhenti)

Abah : mesti la makan kek.... balik la makan kek dengan mek dan abah (huhuhu...tersentap seribu rasa bila dengan abah cakap gitu dan dengan senyum sememeh ucap SELAMAT HARI LAHIR terus letak telefon)

|| Abah...Selamat Hari Lahir ||

Abah..Anugerah Terindah

Hadiah Dari Allah Untuk Kami Sekeluarga

Titik Peluh Abah Selama Ini Membesarkan Kami Akan Sentiasa Dalam Ingatan

Abah..Anugerah Terindah

Sentiasa Bersama Kami Saat Susah Dan Senang 

Abah...Anugerah Terindah

Terima Kasih Kerana Memilih Ibu Yang Terbaik Untuk Kami

Abah ...Anugerah Terindah 

Anak Sentiasa Didahulukan Daripada Dirinya...

Terima Kasih Abah...

Untuk Cinta Dan Kasih Ini 

|| Selamat Hari Lahir Abah ||

Abah....Terima Kasih untuk segalanya...terima kasih kerana menjadi cinta hati kak teh...terima kasih kerana sentiasa bersama kak teh..terima kasih kerana sentiasa mendengar celoteh kak teh...terima kasih kerana sentiasa melayan kak teh...terima kasih kerana sentiasa menerima baik buruk kak teh...terima kasih kerana sentiasa ada semasa kak teh sihat atau tidak sihat...terima kasih untuk kasih sayang ini...terima kasih untuk semuanya....

PALING PENTING

Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana telah memilih ABAH yang baik untuk menjadi PELINDUNGKU.... 

semoga abah sentiasa sihat dalam jagaan Allah...semoga setiap langkah ABAH  berada dalam rahmat dan redha Allah.... Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam jagaan Allah....moga setiap langkah kita sekeluarga dipermudahkan oleh Allah.... 

kak teh sayang abah...sayang sangat.... 

#Life_Cikgu_Siti
#Life_SAM

Monday 5 September 2016

Sabarlah Sahabat

on Fb...baca status kawan kawan tiba tiba hatiku terasa tidak keruan melihat status seorang sahabat sewaktu di UPSI dulu.... 

simpati terhadapnya melimpah ruah melihat dia sentiasa dihujani dengan pertanyaan pertanyaan sentap daripada manusia yang kadang kala bercakap tanpa menggunakan hati dan perasaan ini iaitu 

Bila nak ada anak nie????

Allahurabbi...siapa sahabat saya tue yang langsung tiada ilmu alam ghaib untuk mengetahui bila dia ada anak...kalau dia tahu confim dengan bergaya dia akan cakap nanti _____/____/_____ saya akan dapat anak la....

Sabarlah Sahabat...

Walaupun tidak ditakdirkan sekarang awak mempunyai baby...tabahlah sayang kerana Allah itu ada..Allah bersama dengan orang yang sabar... In Sha Allah andainya telah tertulis kalian akan mempunyai baby, suatu hari nanti saat indah itu akan menjelma jugak...jangan berhenti berharap dan berdoa kerana Allah Maha Mendengar... Allah Maha Penyayang.... Ujian semua orang datang dengan pelbagai bentuk...sama ada kita mengerti atau tidak ujian itu... m0ga tabah yer sahabat....

sama lah konsep dengan saya yang tidak kahwin lagi...hari hari dihujani  dengan soalan  bila nak kahwin???

jawapnya senang sahaja... senyum senyum dan senyum.... kerana setiap kali jawap pun mereka tidak puas hati dan bertanya -tanya lagi... 

::: sahabat, awak perasan tak walaupun Allah tak bagi kita baby sendiri tetapi bila ada baby berdekatan dengan kita, nescaya mata baby itu tidak akan berkelip memandang kita...setiap perbuatan kita diintai oleh mata bulatnya...setiap senyuman dan lambaian kita akan dibalas dengan senyuman dan ketawa dari wajah indah itu.... Alhamdulillah nikmat itu pun dah terasa indah :::

|| Moga kita terus bersabar dengan perangai manusia yang prihatin nie ||

|| Moga lepas ini ada rezeki untuk kita ||

|| Yakin dengan janji Allah ||

|| Moga tabah dan kuat sahabat || 

|| Aku menulis bukan kerana nama., tetapi aku menulis kerana cinta ||




#life_cikgu_siti
#life_SAM

Monday 29 August 2016

Anak Kecil

Indahnya hidup ini bila ada anak kecil di sisi namun tak semua orang bertuah untuk merasai pengalaman ini kan...

apapun doa dalam hati tak pernah putus supaya satu hari nanti aku bangun dan di sebelahku akan ada anak kecil yang sedang tidur dengan tenang dalam pelukanku, hangat kasih anak kecil yang tidak mempunyai dosa...hangat bersama senyuman anak  kecil yang sangat membahagiakan..hangat dalam rangkulan kasih sayang yang Allah hadirkan dalam diri kita....

eh eh...macam berangan lebih jer....hihihi....apapun Allahumma Amin..hope one day.... 

sekarang nie nak balik rumah pun rasa excited sebab ada anak  kecil Aina yang sangatlah aktif...hilang habis semua kerisauan, hilang semua kegelisahan saat terpandang wajah si kecil itu....terasa berbunga dunia melihat si kecil ini ketawa...berbunga melihat dia melangkah dengan kaki comelnya.... semua tentang anak kecil ini sangat bestlah...sangat sweet..sangat indah dan semua sangatlah.... 

Apapun, semalam anak kecil ini dah mencecah umur setahun...esok bateh pulak mencecah umur tua bateh..semoga kita berdua diberkati dan diredai oleh Allah yer sayang..... 

wahai anak kecil...

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah yer sayang...semoga menjadi anak yang baik...semoga menjadi anak yang hebat untuk mama dan abah awak yer sayang... 

wahai anak kecil.....

bila besar nanti, hadapilah hidup ini dengan tabah kerana banyak dugaan yang menantimu..banyak halangan yang perlu awak tempuhi yer sayang.... tabahan hati kerana mama dan abah awak ada di sisi...kuatlah dan tabahlah wahai sayang...andainya jatuh..bangunlah semula kerana itulah penguat kita yang sebenarnya... 

Aina tidur, bateh menulis kan...banyak sebenanrya bateh nak pesan kat Aina...hihihi...tapi memandangkan Aina  belum pandai membaca nanti bateh tulis lagi yer....bateh sayang Aina..sayang sangat...Terima kasih kerana datang dalam hidup bateh yer wahai anak kecil ..... . 

untuk ibu dan ayah di luar sana :

0_0   jagalah permata hati anda dengan baik kerana mereka merupakan aset anda di akhirat nanti

0_0   jagalah permata hati anda kerana mereka adalah amanah Allah untuk anda...jangan sia-siakan amanah ini

0_0   jagalah permata hati anda kerana merekalah lambang cinta kalian berdua...

semoga kawan kawan yang mempunyai permata hati bersyukur dan sentiasa mendoakan yang baik baik untuk permata hati kalian..... 

Assalamualaikum semua....

#life_cikgu_siti
#life_SAM  

 

Saturday 20 August 2016

PT3

huwaaarghhhhhhhhhhhhh....bila nak siap tanda nie....

terasa sekejap jer masa berlalu..tanda tanda dan terus  tanda tapi sampai sekarang pun tak siap lagi...bila nak siap nie...bila nak siap nie...

hari hari itulah soalan yang melanda mindaku...sehinggalah aku dah lupa segala aktiviti ku di masa lapang kecuali tengok cerita cina tv8 jer aku tak lupa...sibuk macam mana pun aku akan luangkan juga menonton cerita kegemaranku.....hihihihi...

2 minggu ini dok sibuk tanda PT3geografi student...sebab nanti ada pentaksir nak datang...tetapi memandangkan pelajar aku ramai aku pun tak tahu bila aku akan siap....  tapi aku yakin dengan pertolongan Allah, In Sha Allah akan berjaya aku siapkan sebelum pentaksir itu datang.... 

Dalam penandaan ini, ada masa 

- Aku sedih kerana melihat anak-anakku melakukan kesalahan yang aku sudah bagithu dan sudah tulis pun di papan putih....

Dalam penandaan ini, ada masa 

- Aku nak marah bila mereka tidak mematuhi permintaanku...permintaanku itu bukan untuk diriku tetapi juga untuk markah mereka...aduhai anak, kalau awak tak mahu dengan cakap cikgu yang cantik jelita nie, awak nak dengar cakap siapa lagi sayang oiiiiii....

Dalam penandaan ini juga, ada masa 

-Aku tersenyum melihat tulisan tulisan yang cantik, kemas dan teliti....mereka juga menulis mengikut panduan yang aku berikan...untuk anak yang ini, tahniah, kalian memang anak yang baik.... 

Dalam penandaan ini juga, ada masa 

- Aku bangga kerana ada anak-anak yang mengikut jejak langkah tulisan aku walaupun berkali-kali sudah ku pesan...tolong jaga tulisan...jangan tiru tulisan aku yang cukup CANTIK di depan.... huhuhuhu...

Dalam penandaan ini  juga, ada masa

- Aku malas, lalu aku on my lappy, aku lipat kain, aku tengok tv dan macam macam lagi....

okey...masa rehat dah tamat....sambung nanti pulak....

|| Jadi pendidik  nie kena tabah dari semua sudut...sebab kalau tak tabah kau akan tersungkur sebelum berjuang...jom berjuang....untuk teman seperjuangan semoga kita semua jadi pendidik yang baik || 

perjalananku masih panjang...semoga diberi kekuatan

#life_cikgu_siti
#life_SAM
#SAM


Sunday 22 May 2016

Lawatan Ke Hospital

Assalamualaikum....

erm....nak masuk bulan 6 sudah...macam sekejap jer masa berlalu...pejam celik pejam celik nak masuk bulan lain jer...rasa macam baru jer menyambut kedatangan mei nie.... apapun hari nie nak cerita tentang lawatan ke hospital....

------****-------

1) Berjumpa dengan seorang wanita hebat yang tekal dan hebat menerima dugaan dengan menjaga emaknya yang masuk hospital dan esok ayah dia pula akan masuk hospital untuk di operate.... dia langsung tidak susahkan adik beradiknya yang sedang berada di negeri lain untuk menjaga emak dan ayahnya

pengajaran : Walau apapun yng kita buat untuk ibu dan ayah belum tentu kita mampu membalas semua jasa mereka yang telah membesarkan kita hingga sekarang...dan tentu setiap saat mereka berdoa confirm kita sentiasa ada dalam hati mereka... jangan mengeluh andainya ibu nak kita yang jaga saat kita sakit kerana itu tandanya ibu selesa dengan kita...berbanding adik beradik kita yang lain...bertuah kan kita...semoga kita sentiasa jadi anak yang baik....

2) saat bergerak ke katil seorang mualaf, terpana seketika melihat dia yang terbaring sakit...dengan keadaan yang sangat kurus dan suka merajuk...suka dipujuk seperti baby...susah didekati tetapi bila dia selesa dia akan senyum dan mendengar setiap bait-bait kita dengan teliti...

Pengajaran : orang sakit ini banyak perangai...jadi banyakkan bersabar seandainya kita menghadapi masalah dengan orang yang sakit...kerana saat itu mereka pun sedang berjuang dengan emosi mereka yang sangat tidak stabil...kadang kala mereka suka dimanja, kadang kala mereka suka dibelai...kadang kala mereka suka bersendiri.... inisiatif kita ialah melihat dulu jenis pesakit itu macam mana...
 
-----***-----

Allah...Allah...Allah

saat kami semua berkumpul untuk buat refleksi hanya kalimah ini yang bermain di bibir sukarelawan sukarelawan Hidayah Centre Pulau Pinang dan Badan Kebajikan Hospital  Pulau Pinang.... kerana setiap pengalaman yang dikutip  ini menjadi guru yang terbaik untuk kami memperbaiki diri dari hari ke hari....

Bak kata seorang brother tue  "Mati itu pasti...jadi buatlah kebajikan atau kebaikan supaya nanti ia menjadi pembela kita di akhirat kelak"

semoga lepas ini banyak lagi peluang yang Allah hadirkan dalam diri kita semua untuk menjadi lebih baik...ambillah pengajaran daripada setiap apa yang berlaku dalam diri kita... 

:::: aku insan yang baru merangkak untuk mencari redha Allah...moga Allah permudahkan jalan yang ku pilih hari ini...moga Allah jadikan aku insan yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini :::



Saturday 16 April 2016

...Jalur Bahagia...

Itulah topik yang saya baca dalam buku solusi isi 89....

saya cukup setuju bila dia tulis 

||Hidup ini bukan satu pertandingan ||

yesss..... betul tuee...pertandingan untuk merebut kebaikan okeylah sebab itu membawa kebaikan kepada kita semua...namun berapa orang yang merebut kebaikan nampak macam banyak yang merebut kepada keduniaan sahaja.... 

awak tak percaya ek?

percayalah..betul saya cakap...meh sini saya tulis sedikit yang selalu kita tengok :

1) kita tengok kawan kita kawin, kita pun nak kawin sedangkan kita nie masih kosong tentang ilmu rumahtangga..ilmu memasak..ilmu menjahit dan lain lain... (ish, ini tiada masalah la..bukan dia nak kawin dengan chef kan) tentu itu terlintas di fikiran kita kan...namun kita kena ingat...masa kawin tue kita dh sedia ke untuk menerima kekurangan diri kita...adakah kita bersedia untuk ditegur oleh suami..adakah kita bersedia untuk menyenangkan hati semua.....

2) kawan beli kereta baru...kita pun mengigil nak kereta baru....kita pun pergi kedai tempah satu kereta baru...sedangkan kita langsung tidak melihat poket kita yang nipis atau tebal...

3) jiran beli perabot baru, kita pun bergegas ke kedai untuk beli perabot baru  sedangkan kat rumah tue tak tahu dah nak letak kat mana perabot itu.... 

hihihi...banyak lagi la awak contohnya...

cuma saya nak tanya la...kenapa kita buat semua itu...kita tak boleh tiru orang kerana jalur bahagia kita berbeza... Allah anugerahkan kita jalur bahagia berbeza...kebahagian kita itu terletak pada hati kita..andai hati kita redha dengan nikmat Allah yang ada...InsyaAllah kita akan merasa bahagia di dunia yang hanya sementara ini....

ada orang bahagia bila makan mahal-mahal...ada orang bahagia bila makan bersama keluarga walaupun berlauk nasi dan telur kicap sahaja

ada orang bahagia dapat melancong ke luar negara...ada orang bahagia dengan membawa keluarga ke sungai belakang rumah sahaja

ada orang bahagia bila boleh naik kereta mahal..ada orang bahagia bila bawak kereta biasa tapi didalam kereta mereka boleh ketawa bahagia dan kadang kala menyanyi bersama anak...

TENGOK

bahagia itu milik semua orang....dan jalur kebahagiaan itu berbeza antara satu sama lain....

selamat menikmati kebahagiaan...jangan merungut dengan nikmat orang lain...nikmati nikmat yang kita ada

jumpa lagi...

Assalamualaikum...


Friday 15 April 2016

mimpi kelakar

mimpi..

mimpi itu mainan tidur tapi sesekali saat mimpi itu bermain di fikiran aku boleh ketawa melekek lekek sebab memang kelakar mimpi semalam....

mimpi tentang along dan angah....

aku pun tak sangka aku boleh  mimpi tentang dua orang kanak-kanak...satu aku panggil along dan satu lagi aku panggil angah....

paling best bila aku dengar suara comel mereka 

" mama, acik nie nak panggil apa " aku lihat mereka menuding jari pada kawanku yang sangat rapat dengan aku...

selepas memberi tahu nama panggilan terus mereka pergi salam dan dari bibir mereka kedengaran

 "acik Juli, acik Juli"

lepas tengok kanak-kanak tue tersenyum aku pun tersedar dari tidur dan aku rasa saat itu aku pun tersenyum kerana aku rasa pengalaman yang menarik sangat....

apapun...

itu hanya mainan tidur....sebab aku lebih  suka panggilan ibu.... tak kan tiba tiba anak aku panggil mama kan...syaitan syaitan..pandai kau mencucuk jarum ke dalam hati manusia kan...dush dush...tumbuk kamu.... 

hihihi**** hihihii

part lagi best bila aku bercerita dengan kak juli tentang mimpi itu dan aku keluarkan statment...

" kak ju, saya rasa saya  kahwin dengan duda anak 2 ko..sebab saya dapat anak yang sudah besar tue"

bergegar kereta kerana gelak kami yang kuat itu....  hihihi...aku nie benda macam nie pun boleh bergurau...berat nanang sungguh la.... =D

|| Apapun urusan jodoh ini ketentuan Allah.....kalau tak jumpa di dunia nie InsyaAllah ada bahagian kami berdua  diakhirat nanti....buat masa ini Allah bagi ruang untuk kami bercinta dengan Allah...mengorbankan sedikit kesenangan untuk keredaan Allah ||

:: Moga Dipermudahkan Oleh Allah ::

p/s : Mimpi jangan dilayan, kalau dilayan boleh merosakkan hati ....

Sunday 3 April 2016

Peranan Tudung

Maaf yer kalau tulisan ini menganggu ketenangan diri kamu semua yer....

sebenarnya aku terpanggil untuk menulis selepas melihat satu video yang menjadi viral dalam kalangan kawan2 FB ku...lantas aku pun menonton dengan penuh sifat ingin tahu....

semasa menonton video itu yang keluar dari mulut aku ialah  :

" eeeyyyyy...bakpow gitu nya....tudung tue bagi free ko? "

sayang2 semua kenapa perlu bersesak ini untuk sehelai tudung.... malu la kalau orang tengok...berebut rebut antara lelaki perempuan tanpa menghiraukan larangan agama...kita nie kan kalau laki perempuan duduk dekat2 pun tak boleh..apatah lagi duduk macam gitu kan....

pakai la tudung apa2 pun kakak kakakku sekalian....

sebab kita nie memang dah cantik pun...bukan sebab tudung tue kita nampak cantik kakak dan adik sekalian...saya pakai tudung akel biasa jer tapi student sentiasa cakap

" cikgu, u nie comel la "

see....

peranan tudung sebenarnya ialah untuk menutup aurat.....bukannya membuka aurat ....jangan berbangga andainya anda memakai tudung yang berharga  seribu tetapi bentuk dada anda menyerlah,...bila kaum hawa seksi kaum adam pun terseksa tau... kalau tak percaya try tanya laki masing-masing....yang xde laki cuba tanya kawan-kawan lelaki....

confirm dia jawab YESSSS...SAYA TERSEKSA.....

 jadi..jagalah diri wahai sahabat-sahabat semua....

dimana pun kita berada...jagalah agama...jangan rosakkan agama...kerana ramai orang memperhati perangai kita....biarlah setiap tindak tanduk kita mencerminkan keindahan islam dan menjadi asbab untuk menarik orang ramai untuk memeluk agama islam.



Saturday 5 March 2016

....perangai pelik...

Assalamualaikum semua...

tajuk hari nie ialah perangai pelik...aku pun xsangka aku akan mempunyai perangai yang pelik ini..aku sendiri pun pelik...kalau aku pun pelik tentu orang lain pun pelik kan...

huhuhu

meh nak cerita sikit...apa perangai pelik aku nie...

aku jadi tak suka tengok student jalan....kalau tengok jer student jalan aku mula la stress nak maroh lalu dan yang paling aku tak sangka ialah muka aku akan berubah terus....

aku ingat tiada orang boleh mengesan perangaiku itu tetapi ada seorang student nie tarik lengan baju aku dan cakap

" cikgu, u stress ker "

mendengar pertanyaan itu terus ku palingkan mukaku ke arah lain untuk mengambil sedikit ketenangan dan saat itu hanya nama Allah ku sebut lantas ku pandang student tersebut lagi sekali dan senyum padanya lalu mengelengkan kepala tanda menidakkan soalannya itu....

aku pun berlalu meningalkan pelajar itu dan mula memantau pelajar-pelajarku yang membuat latihan dan sekali lagi aku terpandang pelajar yang sedang berjalan ke arah depan dan tanpa sengaja aku pun meninggikan suara dan cakap

" awak nak kemana nie...kan saya cakap suruh duduk kat tempat " mula dah aku meraup muka menuntut sebuah kesabaran...

kelas menjadi sunyi sepi sebab aku memang jarang meninggikan suara dan kalau suara aku tinggi maksudnya tembok kesabaranku kian menipis dan tiba-tiba aku dengar suara

"cikgu, saya nak hantar kertas...saya dah siap..macam mana nie'' lirih sahaja suara dia lantas dia pun menunjukkan kertas itu padaku...

'' maafkan saya...mai sini '' aku pun menggamit dia ke depan mendekatiku...namun dia tetap tak bergerak dan masih tegak berdiri di situ sambil menunduk mungkin terkejut atau takut mendengar nadaku tadi...

" mai sini " lantas ku hulurkan tangan seperti meminta kertas itu dan senyuman manis tanda perdamaian ku hulur padanya dan disitu aku lihat dia membalas senyumku dan dengan penuh ceria dia datang padaku dan menghulur kertasnya padaku....

::: Aduhai anak..sensitif sungguh yer kamu sayang...siapa cakap hati budak lelaki sekeras batu...mereka sangat sensitif...marah sedikit mula la nak minta dipujuk...nasib kamulah sayang dapat cikgu yang cute dan comel nie... :::

maafkan cikgu yer sayang...cikgu pun tak tahu perangai pelik dari mana lah cikgu dapat nie....harap lepas nie tiada lagi mangsa seterusnya....

cikgu sayang kamu wahai sayang....

okey....jumpa lagi.... nak pergi ubah perangai...

jumpa lagi...

Assalamualaikum.....

Saturday 20 February 2016

sakitnya ku di sini

Assalamualaikum sahabat2 semua....

sakitnya ku di sini...

huhuhu...
tengok tajuk tue dah macam rupa lagu indonesia sudah....

yes...memang saya tengah sakit... 

sakit di mana...

sakit di sini..

yer la...

di sini tue di mana....

di sini la... sini sini (sambil menunjuk hati yang tengah sakit)


atoiii sayang, awat sakit hati pulak nie....cepat cakap siapa yang sakitkan hati awak nie...saya pergi dan sakitkan hati dia kembali....

huhuhu....

sebenarnya hati tengah sakit saat melihat sahabat dalam group bercerita tentang anak...bercerita tentang suami..bercerita tentang nak tambah anak.... dan macam-macam lagi.....(pelik kan saya nie...isu yang macam ini pun nak sensitif sangat...biarlah mereka nak ceritakan tentang apa pun..itu kan hak mereka...hak kebebasan bersuara)

hati sakit itu bukan sebab cemburu melihat kebahagian mereka....tapi hati sakit bila tiba-tiba terdetik Ya Allah bila nak tiba masa aku nie...hati juga sakit bila dia berbisik agak agak bila aku  nak ada zuriat sendiri...TENGOK, tak ke awak-awak semua kesian kat insan lemah ini sebab insan ini  nak kena pujuk hati sendiri .....masa tue hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaan kecil di hatiku,,,,terasa mahu undur diri sahaja daripada group itu kerana aku  tahu hatiku  nie xkuat.....

apapun...HATI YANG SAKIT mesti diubati dan mestii selalu dijaga.... ingat jangan dipersoalkan setiap apa yang terjadi kerana kita ini memang hamba Allah dan selayaknya kita diuji untuk membuktikan keimanan kita padaNYA......

semoga aku terus kuat dan terus kuat...

tiada perkara yang sia sia

jom cari hikmah di sebalik apa yang berlaku

Saturday 9 January 2016

Rindu mereka

dua minggu berlalu...

dua minggu sudah aku berada di Penang....

dan

dua minggu itulah aku merindui mereka berdua

Dua minggu aku menggalas tanggunjawab untuk mendidik anak-anak bangsa.... Dua minggu juga aku meninggalkan mek dan abah...terasa tak puas lagi bermanja dengan mereka untuk tempoh cuti akhir tahun 2015 sebulan yang lalu....

apapun 

seperti kata mek,aku kena kuatkan semangat...aku pergi bukan untuk bergembira tetapi aku pergi untuk mencari rezeki, membela nasib keluarga dan memang pantas aku bekerja kerana aku sudah tua bukannya kanak-kanak comel yang masih disuap oleh mek dan abah lagi....huhuhu....walaupun ada juga aku minta mek aku suap bila aku tengok makanan yang dia makan itu sedap...

 RINDU...RINDU...RINDU 

oh Cuti...datanglah...ku seru namamu cuti..... hihihi 


::: Semoga Mek dan Abah sihat sokmo, kak teh rindu sangat ko Abah dan Mek nie :::

 

 


Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...