Tuesday 20 October 2015

akan berakhir

:: DETIK INDAH INI AKAN BERAKHIR ::

setiap pertemuan pasti akan ada  perpisahan dan aku dapat rasakan perpisahan ini sedikit berbeza kerana aku akan melepaskan anak yang sangat baik...seramai 35 orang pelajar-pelajar yang aku sayang akan mengorak langkah mewarnai hidup dengan melepaskan title pelajar sekolah.... 

anak-anakku yang baik...

seakan tidak puas lagi aku bersama dengan mereka...bergurau dengan mereka..merajuk dengan mereka...tersenyum dengan mereka...gelak dengan mereka...menasihati mereka supaya tekun dan gigih belajar dan banyak lagi memori indah yang boleh dikenang bersamamu wahai anakku yang baik dan comel....

tadi pun terasa separuh jiwaku tiada kerana tidak melihat kesemua anak-anakku...hanya 20 orang sahaja yang hadir dan lagi 15 orang study di rumah.... [ tadi pun dah rindu...apatah lagi semasa cuti nanti ..huhuhu...]

Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi 
di hati jangan lupa

Berdoalah kita
agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu 
dan hari berjumpa lagi

bye sayang...cikgu akan merindui kebaikan, kenakalan, kecomelan  kamu....

|| adat dalam hidup seorang guru...habis setahun dia akan berjumpa dengan pelajar yang lain pula..harapnya pelajarku yang bakal datang tahun hadapan baik hendaknya...Amin..Amin...Amin...||


:: Detik Indah Ini Akan Berakhir ::

Saturday 3 October 2015

farewell 5SC1

" cikgu, kami punya farewell sudah tukar ke Cititel Hotel Penang, Japenese & Western Theme Buffet" itulah mesej yang diberikan oleh student tentang penukaran tempat farewell....

atoiii.... kat mana pulak Cititel Hotel nie...macam tak pernah dengar saja... huhu..bukan tak pernah dengar tapi memang aku tak tahu....aku cakap jer duduk penang dah 3 tahun tapi kalau orang cakap tempat baru aku memang serius tak tahu...penang yang memang aku tahu ialah rumahku, sekolah dan bukit bendera... bukit bendera pun sebab view rumah aku bukit bendera....hihihi...

|| selepas perbincangan dengan kak juli kami memutuskan untuk menghadiri dan mencari bersama -sama Cititel Hotel itu ||

dalam pukul 7 petang kami sampai dan aku lihat hanya 9 orang studentku sahaja yang ada di lobi hotel( kalau dah cikgu tue memang cikgu la...walau dimana berada aku akan mengira bilangan mereka..hihih) .... kelihatan mereka segak bergaya dengan memakai baju bewarna hitam menyerlahkan lagi kulit mereka yang putih itu....

pukul 7.30 kami masuk dewan makan dan berpinar mataku melihat makanan yang dihidangkan dan aku tak tahu yang mana aku boleh makan.... saat itu juga aku membayangkan balik  jamuan nie aku akan masak.....hihihi

terus puding caramel dan puding roti aku ambil dulu kerana itu  yang kelihatan menarik.....

" cikgu, tak kan makan itu aja..ambillah yang lain" ujar pelajarku apabila melihat seperti aku berfikir untuk mengambil makanan...huhuhu..sebenarnya dia tak tahu cikgu dia nie suka makan kalau kena dengan selera boleh bertambah berkali-kali tapi kali ini memang tak kena dengan selera....

tapi untuk tidak mengecewakan hati anak-anakku itu,aku pun mengambil pinggan besar dan memuatkan nasi goreng, sayur brokoli, yang lain aku tak berani ambil kerana takut membazir...  hihihi...

|| apapun semua yang saya makan semalam sedap ||

terima kasih wahai anak-anakku 5SC1 untuk farewell itu...semoga lepas ini kita jumpa lagi dan semoga kamu semua berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang...terima kasih untuk kenangan yang indah sepanjang bersama...untuk kenangan yang tak indah itu buang tepi jalan dan kenangkan perkara yang indah sahaja..hihihi...

(terima kasih wahai anakku...semoga kalian semua berjaya dalam SPM)


||| adatlah bila saya berleter pada kamu...kerana saya mahu yang terbaik untuk kamu dan paling penting ialah Sayangilah Diri Kamu kerana Diri Kamu Sahaja Yang Boleh Merubah Masa Depan Kamu... Saya Hanya Boleh Menasihati Kamu dan Mendoakan Kamu Sahaja Wahai Anakku Sayang ||


jumpa lagi wahai anak-anakku yang segak bergaya

Assalamualaikum



Friday 2 October 2015

itu rezeki dia....

tut...tut..(bergegar telefonku menandakan ada banyak mesej masuk)

adoi...malam minggu nie siapa pula yang main mesej nie lantas dengan perasaan yang malas aku pun mengambil telefon dan melihat notification yang menunjukkan ada mesej di whatapp lantas aku pun membukanya dan sebagai silent readers yang sangat baik aku pun membaca dan terpaku seketika melihat satu gambar :

:: Kawanku dan bertunang ::

huhuhu...saat itu jiwa bergelodak dengan seribu rasa...

1) Rasa Gembira kerana tak lama lagi dia akan menamatkan zaman bujang dan rasa gembira juga kerana impiannya akan tertunai...

2) Rasa Cemburu kerana masing-masing bercerita tentang kemanisan rumah tangga masing-masing...

3) Rasa Sedih kerana selepas ini aku akan kehilangan seorang kawan.... huhuhu....

cukup lah tiga rasa yang mampu aku tulis...rasa yang lain itu aku tak boleh tafsir dalam bentuk penulisan dan juga dalam bentuk percakapan ...adatlah perempuan normal memang akan ada perasaan macam-macam apabila kawan yang kita dok call, yang kita dok jumpa, yang kita kenal akan jadi milik orang....

|| apapun sayang, semoga Allah mudahkan urusan awak dan semoga hubungan diredhai dan diberkati oleh Allah.....||

Wahai hati yang sedang sakit...jangan CEMBURU wahai sayang sebab ini semua ialah ketentuan dan rezeki dari Allah sayang....

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua
(Prof Muhaya) 

semuanya sudah tertulis wahai sayang...untuk insan yang sering bertanyakan soalan tentang jodohku tolonglah simpan pertanyaan seperti itu sepertimana aku menyimpan soalan yang boleh menghiris hatimu...kerana saat kau bertanya itu aku mampu tersenyum dan ketawa tetapi ketahuilah selepas kamu pergi aku akan bersusah payah memujuk hatiku yang sedang sakit saat itu.... 

aku siapa untuk menyoal kerja Allah kerana aku juga hamba dan sebagai hambanya aku kena ingat sewaktu aku di alam rahim telah ditetapkan untukku, jodohku,rezekiku, ajal dan maut....

|| Semoga dipermudahkan urusanmu wahai kawan ||

:: Teruskan Melangkah Dengan Penuh Yakin Terhadap Janji Allah ::

Assalamualaikum 

Farewell

bercerita tentang anak....hihihi...tapi anak yang mana ek??

ramai sungguh anak saya...ada anak saudara...ada anak kawan dan yang paling penting ialah tentang anak didikku yang sudah menjengah usia remaja dan tak lama lagi akan menjengah usia dewasa seperti mama mereka ini... 

adat student form 5 akan buat farewell tapi sayang aku memang tak dapat join farewell kelas yang aku pegang...5SA2..ini kerana waktu mereka buat itu sama dengan cuti sekolah..jadi bila cuti sekolah aku sendiri pun kalut nak balik kampung berjumpa dengan insan tersayang....huhu..cuti panjang jer sayang oiii boleh balik rumah kelantan....apapun saya nak abadikan cerita kamu dalam blog saya...ada masa saya tulis satu persatu tentang kamu semua.. 
https://jvyeap.files.wordpress.com/2015/09/image2.jpg







https://jvyeap.files.wordpress.com/2015/09/image1.jpg 
(Tengok...Rajin tak mereka??..gambar ini saya ambil dari blog ketua kelas. thanks Jay Vin

kelas 5SA2 ialah kelas yang sentiasa gamat dengan gelak ketawa dan apabila gelak ketawa kami bersatu maka ketawaku akan tengelam dengan suara gagah mereka ini...walaupun mereka ketawa dengan gagah, aku sangat sayangkan mereka kerana mereka ialah anak didikku yang baik...sopan santun dan banyak lagi nilai moral yang ada pada mereka...sejuk perut ibu bapa mereka mengandungkan mereka.... 

dalam kelas ini aku ajar Sivik dan Kewarganegaraan... masa kali  pertama  aku masuk kelas masing-masing tekun memandang meja, mungkin takut atau mungkin gentar melihat keseriusan cikgu mereka ini tetapi apabila kelas yang seterusnya mereka mula berdiri di pintu dan menunggu kedatanganku sehinggakan aku malu nak masuk kelas....

" sayang-sayang, comel sungguh kamu semua"

part yang paling best ialah bila kamu sporting....disuruh berlakon kamu berlakon, disuruh nyanyi kamu menyanyi, disuruh baca kamu baca..memang hidup la kelas sivik kita....apapun sorry saya memang tak boleh nyanyi depan kamu...huhuhu...nanti la kita nyanyii...

part yang  best juga  ialah jawab teka teki....asyik Nicholas saja yang kena jawab..kenapa Nicholas sebab dia kan selalu tanya soalan yang pelik-pelik  dalam kelas.....hihihi...jadi saya pun tanya soalan2 pelik la....

okey..nanti saya sambung lagi...terima kasih untuk kenangan manis sepanjang tahun 2015...huhu..jujur wahai anak yang saya sudah mula merindui kamu semua....semoga kamu semua berjaya dalam SPM nanti....




Saturday 1 August 2015

Selamat Hari Lahir Adikku

Assalamualaikum adikku sayang...

Wahai adikku sayang, selamat hari lahir...

dah dewasa pun adik kak teh nie...tahun ini dan bulan nie Din dah dewasa satu tahun, sudah mencecah usia 25 tahun....

zaman kanak-kanak kita sudah lama berlalu dan bila masing-masing ada kerjaya nie jarang ada masa untuk kita berkumpul dan bermain seperti kanak-kanak dulu....

Namun, andai ada masa bersama yang Allah izinkan kita berkumpul  kita semua tidak pernah bazirkan begitu sahaja... dan itu juga kenangan yang kak teh bawa dalam perjalanan musafir ini...

ada saat kita ketawa bersama, ada saat kita senyap bersama dan ada saat kak teh suka jeles dengan Din...

sebab

sampai sekarang walaupun Din dah berusia 25 tahun, mek masih gaul lagi nasi kerabu untuk Din kan...hihih...hari-hari kena usik jadi anak kesayangan mek kalau  kita semua berkumpul...

Alhamdulillah Din, moga usia yang Allah bagi ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan semoga Allah mudahkan perjalanan kita semua untuk menuju Rahmat dan Redha Allah...

|| Selamat Hari Lahir Adikku ||

:: jangan lupa ucap terima kasih pada mek dan abah ::

Park Avenue, Sg Petani

Assalamualaikum sahabat...

Alhamdulillah...ogos datang lagi..

semoga ogos ini lebih baik dari ogos sebelum ini....

Insya Allah...

okey...jom...nak bercerita kisah di Park Avenue, Sg Petani...

isnin hingga rabu lepas saya p kursus kat tempat ini

KURSUS KEBERADAAN GURU

sangat menarik dan banyak info yang dapat sepanjang kursus ini...

yang paling menarik sekali ialah

" cuba buat sesuatu di sekolah, biar sekolah terasa kehilangan dan kepentingan kita di sekolah" Tuan Pengarah PPD Timur Laut...

dengan teknik penyampain yang baik...aku menelan kata itu dan meminta sekeping hati itu ingat akan perkataan ini kerana one day aku akan jadi  orang yang penting di sekolah....aku akan buat sesuatu dan menjadi tonggak kegemilangan sekolahku....

semoga aku BERJAYA  menjadi guru yang baik dan penyayang...

banyak benda yang harus aku buat untuk menjadi guru yang baik...guru yang hebat...guru yang penting di sekolah...

Doakan aku wahai sahabat-sahabat semua....

|| Aku sayang kerjaya ini.... ||

:: Semoga Dipermudahkan Usahaku ::


Friday 15 May 2015

Air mata

Cerita hari ini....

setitis air mata jatuh ke pipi mengenangkan pelajar yang semakin lama semakin pelik...kalau  yang lepas aku dapat rasakan betapa bertuahnya aku kerana dikelilingi my student yang sangat baik, sweet, prihatin, sopan dan macam-macam lagi....

walaupun kita berbeza agama, jantina,umur dan latar belakang  negeri yang xsama tapi kalian cuba membantuku untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu....dan Alhamdulillah perbezaan itu tidak menghalang untuk kita semua bergelak ketawa, bergurau bersama, berjalan bersama dan tengah-tengah saya selesa dengan kedamaian itu tiba-tiba tahun ini sedikit tergugat sehingga tahun ini ada AIR MATA yang mengalir dari pipi gebu ini..

namun ku tahu AIR MATA itu untuk apa...


::: menangis itu bukan tanda aku lemah.... tapi menangis itu melepaskan beban yang terdapat di hati.... menangis kerana risau nasib mu wahai sayang...menangis itu tanda bukan sedikit sayangku untukmu...sayangku untukmu wahai anak sangat luas...sehinggakan aku sanggup menutup kemarahanku dan tersenyum saat melihat kau tersenyum untukku :::

aku sangat sayangkan mereka.....

moga lepas nie, akan dipermudahkan oleh Allah....


Monday 11 May 2015

Deman Rindu

" adoi....dah seminggu lebih deman nie..macam mana nie" bisik hatiku.

kalau deman nie mula la nak merengek macam-macam. Padahal sikit jer Allah uji, itupun xsabar dan xreti bersyukur yang sakit itu kifarah dosa kan...

bak kata mek,

|| deman rindu la tue ||

sungguh, kalau fikir balik pun mungkin betul sebab memang dah lama sungguh aku xbalik kampung menjenguk mereka... banyak sangat aktiviti kat sekolah bulan 4 hari tue...sepanjang minggu hari sabtu digunakan untuk buat aktiviti....bulan 5 pula xbalik lagi..... hari itu free pergi johor.... xbalik juga berjumpa dengan mereka...

sekarang merasalah deman rindu pada mereka berdua....

tapi kalau cakap rindu pada mereka, mek suka cakap

|| rindu ko mek atau rindu ko masakan mek ||

hihihi...ada sajo karenah mek yang membuatkan aku tertawa gembira....bersama mereka berdua merupakan saat yang  paling indah. Hanya senyum gembira menghiasi bibir dan pipi serta badan bagai dipam-pam

kalau deman macam nie,

mek dengan abah akan berada di sisi.... mereka turut berada di sisi tilamku kerana mereka tahu aku jarang deman dan bila dah deman itu tandanya aku memang memerlukan perhatian dari mereka...kalau aku sakit merekalah paling risau...

kalau aku sakit perut, mek akan meletak ubat dan mengurutku sehinggalah aku terlena....saat itu mintalah apapun bubur, nasi keras, nasi minyak semuanya akan terhidang depan mata....


kalau aku mual, abah akan bawa aku ke bilik air dan baringkan aku depan bilik air jadi bertapalah aku di situ sehingga hilang mual2....kalau kecil boleh la dia dukung tapi badan besar macam anak gajah terpaksalah dia papah jer..hihihi....tapi aku tahu kalau keadaan memaksa dan saat itu abah masih gagah  abah akan dukung aku kerana aku pernah menjadi saksi, abah mengengdong abangku yang tidak sihat balik ke rumah tanpa bantuan sesiapa.

  :::: hish, banyak lah memori kalau mahu dikenang ::::

{ sepenat mana mereka pun...demi anak-anak mereka tetap berdiri gagah dan menghulurkan bantuan ketika kita memerlukan, adakah kita pun begitu juga melayan mereka saat mereka memerlukan kasih sayang kita }

aku akui aku tidak sesabar mereka....Namun aku akan cuba untuk jadi anak yang baik....

apapun

aku rindukan mereka sangat-sangat..... semoga mereka baik-baik sahaja dalam jagaan Allah....







Saturday 9 May 2015

Rindu Ini Untukmu

Assalamualaikum sahabatku sayang....

alamak...macam nak nangis saja sebelum sambung menulis....

erm....rindunya pada awak...rindu nak cakap dengan awak...rindu nak sembang dengan awak..rindu nak dengar kata-kata nasihat awak....

bak kata rindu semuanya tentang awak....

apapun saya nak minta maaf sangat dengan awak...

|| mesej awak yang cakap yang awak tidak akan berubah tue saya dah delete pun...xtahu kenapa mungkin sebab saya sedih kot awak xcontact saya langsung..... ||

saya delete tue bukan sebab apa...sebab saya xmahu hati kecil yang berharap untuk kembali seperti dulu  dengan awak ini akan terluka.....(kesian hati kecil saya nie...kalau dia merajuk xde orang yang nak pujuk dia...akhir sekali saya juga yang kena pujuk dia kan...jadi itu sebab saya jadi macam nie) 

Hanya Allah yang tahu apa rasa hati ini...apapun positive thinking itu perlu dalam memastikan kasih yang Allah titipkan ini terjaga rapi...semua ini aturan Allah...

wahai sahabat...andainya tulisan ini awak baca....

awak jangan terasa hati yer....awak jangan bersedih  kerana sayang saya terhadap awak tidak pernah berubah...awak sahabat saya yang sangat baik dan saya sangat hargai setiap detik kita bersama...

{ erm...xboleh sambung doh...sebab sedih sangat...rindu awak sangat...tiada idea sudah...hanya wajah awak yang berada di depan saya sekarang nie...}

Parahnya merindui seseorang...

Al-Fatihah....semoga rindu ini sampai padamu wahai sahabatku...


Saturday 28 March 2015

Panggil Aku

Assalamualaikum....

erm...tiba-tiba hari nie nak cerita tentang nama ....

tentu semua orang ada nama kan....tapi adakah kita boleh ingat nama semua orang seperti orang lain ingat nama kita....

aku sendiri pun xtahu kenapa tahun ini sangat susah aku nak ingat nama my student....dah akhir bulan 3 nie...tapi masih ramai yang aku belum ingat nama...nama student yang aku ingat ialah yang selalu bercerita dengan aku, yang baik denganku, yang selalu bertanya, yang nakal, dan untuk yang senyap dan memandang aku tanpa kelip dan tanpa sebarang suara masih belum lagi ku ingat walaupun aku tahu jauh di sudut hati kamu berkata " panggillah aku dengan suaramu wahai guru "

Allahurabbi....kesiannya...terasa susah sangat nak berkomunikasi apabila xingat nama mereka ini.....

kalau dulu senang jer nak ingat nama...tapi sekarang???

||  Entah Kenapa ||

Mungkin salah satu sebab ialah aku tidak cuba untuk berkomunikasi mereka tentang perkara di luar pelajaran seperti tahun2 lepas kot....

kalau dulu,

aku sangat suka tanya apa aktiviti mereka di luar sekolah, apa warna kegemaran, tempat bercuti yang paling mereka suka dan kami banyak berkongsi cerita bersama menyebabkan aku selesa dengan senior mereka tapi dengan student this year sangatlah terasa pelik.....

student this year

- kalau aku masuk kelas dengan senyum, mereka akan bising... jadi nak tak nak aku kena simpan senyuman itu kemas-kemas dalam poket.... jadi bila dah xsenyum macam mana nak mesra kan...macam mana nak ingat nama mereka kan?

- kalau tanya tentang aktiviti selepas sekolah...yang mereka cakap ialah tidur.... huhuhu...jadi perkembangan soalan itu tidak terjadi...aku sendiri pun kadang-kala kehabisan idea untuk memperkembangkan idea..... jadi nak xnak kena teruskan PDP seperti biasa.....

- kalau tanya lokasi lagi best.... bila tanya sungai apa yang awak semua tahu? huhu..tahu tak apa jawapan mereka..sungai ara, sungai nibong..atoiiii...habis semua nama tempat di PP yang bermula dengan sungai disebutnya..... huhuhu....nak pengsan rasanya....

|| Allahurabbi...dugaan bila guru yang lahir tahun naga mengajar anak murid yang lahir  tahun naga..masing-masing nak tunjuk misai masing2...hihihi..potong misai tue baru tahu ||

apapun wahai anakku yang comel....semoga saya tetap kuat dan berjaya ingat nama kalian semua.....


yihaaa.....jadi guru nie seronok namun dalam masa yang sama kena banyakkan bersabar dengan kerenah mereka.... hope one day, i can remember ur name....



- PERMULAAN APRIL DENGAN MISI YANG BARU...HAFAL UR NAME SAYANG.... -

IM TRY MY BEST...GOOD MEMORY....





Friday 6 March 2015

Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum.....

hari ini topik hangat sikit.....tentang JODOH....

erm, semakin lama umur semakin meningkat....dan bila umur meningkat ada sahaja mulut yang ringan bertanya tentang "JODOH"

Allahurabbi....macam mana la saya nak jawab tentang JODOH saya nie..... sebab saya sendiri pun tak tahu bila JODOH saya akan datang dan muncul di hadapan saya.... dan cakap 

" jom kita kahwin, saya nie jodoh awak "

hahahaha....dalam novel boleh la macam itu namun dalam dunia realiti ini hanya Allah yang mengetahui bila dan dimana saat JODOH ini akan datang.....

Image result for rahsia allah
gambar dari google images

--Jodoh itu Rahsia Allah--

jadi, tolonglah jangan bertanya dan mempersoalkan tentang jodoh sahabat-sahabat kita....apa kata dalam diam kita doakan semoga dia bertemu dengan jodoh yang baik dan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah...

Alhamdulillah...sejujurnya saya lebih suka kalian doakan saya daripada kalian tanya BILA sebab Allah ada perancanganNYA yang tersendiri. dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan Allah ada sebab kenapa dilambatkan semua ini.....

Realiti Manusia yang perlu kita ubah :

kalau belum kahwin tanya bila nak kahwin
kalau dah kahwin tanya bila nak dapat anak
kalau dah dapat anak tanya bila nak dapat anak no 2

semua tak kena....jadi lepas nie cuba tanya macam nie.....

" AGAK-AGAK, AWAK NIE BILA NAK MATI YER, DAH READY KER" 

- kalau ada yang tanya macam nie...ada rasa risau fikirkan nak mati....fikirkan mati dapat juga menaikkan semangat untuk beriman pada Allah.....tapi kalau orang tanya pasal bila nak kahwin terus hati rasa berkecamuk.....masa tue lah fikir kenapa Allah belum bagi jodoh lagi pada saya..... Dush..dush...siapa nak tolong pujuk hati saya nie.... bukan awak pun...last sekali saya juga yang kena pujuk hati sendiri -

p/s penaja : Jom Jaga Hati..... Semoga Sentiasa Dalam Redha Allah....

Assalamualaikum

Image result for rahsia allah
ini pun dari google images

Thursday 26 February 2015

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.

Assalamualaikum.....

kerana kata-kata ini saya  kembali bersemangat untuk menulis :

" tujuan kita hidup ini adalah untuk menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di bumi ini"

sedarkah kita semua....kebanyakan tanda-tanda kecil kiamat telah lengkap sempurna......Allahurabbi takutnya....hanya Allah yang tahu perasaan ini tatkala mendengar ceramah ustaz itu...antara intipati yang saya  dapat dalam majlis ilmu itu ialah :

1) Zina Bermaharajalela
- betulkan? cuba kita tengok memang itu yang terjadi sekarang. kalau tengok dalam surat khabar ada sahaja berita tentang bayi yang dibuang. bayi yang dibuang itu terhasil daripada mana???

saya tak mahu cakap apa cuma cuba kita fikir agak2 pasangan yang telah berkahwin tue ada ker yang buang anak-anaknya.

2) Bermaharajalela alat muzik
- okey.... yang kedua ini pulak kita tengok sekarang nie sangat banyak alat muzik dan banyak rancangan-rancangan tv yang menyiarkan rancangan-rancangan nyanyian yang membawa kelaraan kepada kita.

amboi....tak rasa semua lagu itu membawa kelaraan ek....hihih....cuba tengok genre apa yang kita suka pada lagu2 itu. hip hop, nasyid, dangdut, tradisional, balada. kalau tengok nasyid okeyla sebab mengingatkan kita pada Allah, tapi kalau tengok hip hop mesti kaki kita terangkat mengikut rentak. itu belum lagi bollywood yang turut membawa kita bergolek-golek di bawah guung kan....

3) Menghias Masjid dan Membanggakan
- agak-agak sahabat dapat tahu tak tentang tanda ini. kita tengok lah ada sesetengah masjid dihias dengan cantik dan membuatkan orang ingin pergi melihat masjid itu. seakan-akan mereka berlumba menghias dan mencantikkan masjid.

namun sudah menjadi lumrah setiap orang sukakan kecantikan kan??

4) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja
- agak-agaknya perkara itu terjadi tak pada kita? mesti terjadi kan. sebab kita malu nak beri salam kepada orang yang tidak kita kenali. jadi mulai hari ini jom kita ubah perangai kita. beri salam kepada semua kerana dengan salam itu kita mendoakan  kesejahteraaan mereka dan mereka turut mendoakan kesejahteraan kita.

Assalamualaikum awak (selamat sejahtera ke atas kamu)

5) Berpakaian tetapi  telanjang
-  adoi....saat ini terasa nak ketuk-ketuk kepala sebab sebelum keluar tue kita belum checklist adakah pakaian kita ini sesuai dengan imej kita sebagai orang islam. adakah pakaian kita ketat, pendek, nipis dan menampakkan bentuk tubuh kita.....

|| okey, jom kita fikir-fikirkan ||

semoga lepas ini, kita semua berusaha menyiapkan diri kita untuk jadi seorang muslim dan muslimah yang baik.....



Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...