Saturday, 3 October 2015

farewell 5SC1

" cikgu, kami punya farewell sudah tukar ke Cititel Hotel Penang, Japenese & Western Theme Buffet" itulah mesej yang diberikan oleh student tentang penukaran tempat farewell....

atoiii.... kat mana pulak Cititel Hotel nie...macam tak pernah dengar saja... huhu..bukan tak pernah dengar tapi memang aku tak tahu....aku cakap jer duduk penang dah 3 tahun tapi kalau orang cakap tempat baru aku memang serius tak tahu...penang yang memang aku tahu ialah rumahku, sekolah dan bukit bendera... bukit bendera pun sebab view rumah aku bukit bendera....hihihi...

|| selepas perbincangan dengan kak juli kami memutuskan untuk menghadiri dan mencari bersama -sama Cititel Hotel itu ||

dalam pukul 7 petang kami sampai dan aku lihat hanya 9 orang studentku sahaja yang ada di lobi hotel( kalau dah cikgu tue memang cikgu la...walau dimana berada aku akan mengira bilangan mereka..hihih) .... kelihatan mereka segak bergaya dengan memakai baju bewarna hitam menyerlahkan lagi kulit mereka yang putih itu....

pukul 7.30 kami masuk dewan makan dan berpinar mataku melihat makanan yang dihidangkan dan aku tak tahu yang mana aku boleh makan.... saat itu juga aku membayangkan balik  jamuan nie aku akan masak.....hihihi

terus puding caramel dan puding roti aku ambil dulu kerana itu  yang kelihatan menarik.....

" cikgu, tak kan makan itu aja..ambillah yang lain" ujar pelajarku apabila melihat seperti aku berfikir untuk mengambil makanan...huhuhu..sebenarnya dia tak tahu cikgu dia nie suka makan kalau kena dengan selera boleh bertambah berkali-kali tapi kali ini memang tak kena dengan selera....

tapi untuk tidak mengecewakan hati anak-anakku itu,aku pun mengambil pinggan besar dan memuatkan nasi goreng, sayur brokoli, yang lain aku tak berani ambil kerana takut membazir...  hihihi...

|| apapun semua yang saya makan semalam sedap ||

terima kasih wahai anak-anakku 5SC1 untuk farewell itu...semoga lepas ini kita jumpa lagi dan semoga kamu semua berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang...terima kasih untuk kenangan yang indah sepanjang bersama...untuk kenangan yang tak indah itu buang tepi jalan dan kenangkan perkara yang indah sahaja..hihihi...

(terima kasih wahai anakku...semoga kalian semua berjaya dalam SPM)


||| adatlah bila saya berleter pada kamu...kerana saya mahu yang terbaik untuk kamu dan paling penting ialah Sayangilah Diri Kamu kerana Diri Kamu Sahaja Yang Boleh Merubah Masa Depan Kamu... Saya Hanya Boleh Menasihati Kamu dan Mendoakan Kamu Sahaja Wahai Anakku Sayang ||


jumpa lagi wahai anak-anakku yang segak bergaya

Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...