setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan aku dapat rasakan
perpisahan ini sedikit berbeza kerana aku akan melepaskan anak yang
sangat baik...seramai 35 orang pelajar-pelajar yang aku sayang akan
mengorak langkah mewarnai hidup dengan melepaskan title pelajar
sekolah....
anak-anakku yang baik... |
seakan tidak puas lagi aku bersama dengan mereka...bergurau dengan mereka..merajuk dengan mereka...tersenyum dengan mereka...gelak dengan mereka...menasihati mereka supaya tekun dan gigih belajar dan banyak lagi memori indah yang boleh dikenang bersamamu wahai anakku yang baik dan comel....
tadi pun terasa separuh jiwaku tiada kerana tidak melihat kesemua anak-anakku...hanya 20 orang sahaja yang hadir dan lagi 15 orang study di rumah.... [ tadi pun dah rindu...apatah lagi semasa cuti nanti ..huhuhu...]
Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi
di hati jangan lupa
Berdoalah kita
agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu
dan hari berjumpa lagi
bye sayang...cikgu akan merindui kebaikan, kenakalan, kecomelan kamu....
|| adat dalam hidup seorang guru...habis setahun dia akan berjumpa dengan pelajar yang lain pula..harapnya pelajarku yang bakal datang tahun hadapan baik hendaknya...Amin..Amin...Amin...||
:: Detik Indah Ini Akan Berakhir ::
No comments:
Post a Comment