Tuesday 26 August 2014

Purdah....

 satu hari dalam kelas sivik :

hero : cikgu, kenapa ada orang kena tutup muka?

me : hah...tutup muka.... apa? dan kat mana kamu tengok (persoalan berlegar di minda...apa yang tutup muka...xkan purdah kot )

hero : yang nampak mata saja tue cikgu....i always see (jawabnya sambil kawannya mula mengerumuni aku)

me : OOooOOO...kain itu yer.... itu kita panggil purdah.... (tersenyum aku melihat sifat ingin tahu mereka dan aku juga tersenyum kerana terkenangkan seseorang)

hero: kenapa kena pakai kain itu cikgu...dia sangat cantik ek ? (mengangkat keningnya...saja la tue nak tiru gaya aku...hisshh...tumbuk baru tahu..hihihi)

me : dalam islam, banyak perkara yang boleh menyebabkan kita pakai purdah itu...bukan sebab cantik sahaja tapi yang paling utama, for me la... because we want to be a good women.... (tengok dah ternganga dah mulut mereka sebab terkejut....kenapa terkejut sebab aku cakap orang putih...huhuhu..bukanlah itu sebab mereka tak faham nak kaitkan be a good women dengan purdah)

jadi saat itu kena terang panjang sikit.... 

|| macam nie, kalau kami pakai purdah itu tandanya kami mahu baiki diri...try to be a best...sebab bila pakai purdah kami kena jaga pandangan mata...tak boleh tengok lelaki macam kamu...tak boleh kenyit mata pada kamu..tak boleh mengumpat...tak boleh jadi nakal.... lagipun agama kami memang sangat menjaga kaum perempuan.... waktu kecil, Tuhan minta ibu dan ayah jaga, waktu besar Tuhan minta suami jaga..dan yang paling penting bila berpurdah nie menjadi motivasi untuk orang perempuan ini supaya sentiasa menjaga solat, berdoa dan macam-macam lagi..||


hero : ooooo.....(tengok mereka pun sudah pandai cakap ooooo)..... cikgu, saya rasa kamu kena pakai purdah la.... 

me : kenapa ? (penuh persoalan bermain di minda pada saat dan ketika itu serta aku lihat hero yang lain pun menumpukan pandangan pada dia....)

hero : sebab u punya mata cantik dan ur face cute lol..... (senyum dia selepas menuturkan kata itu)

me : hah...stop it (mula mengambil buku dan menutup muka dengan buku sebab malu...)

::: kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti samaada mereka faham atau tidak...namun aku harap mereka faham dan memandang tinggi perempuan yang telah dipilih oleh Allah untuk memakai sehelai kain yang sangat tinggi pada semua orang :::

{ beruntungnya orang yang tidak terpengaruh dengan fesyen-fesyen sekarang...kerana mereka masih lagi berpakaian menutup aurat dengan sebetul-betulnyanya } 

* maaf sekiranya ada kesilapan yang saya buat sewaktu menghuraikan untuk kefahaman my hero....kalau ada teguran untuk menjawa kepada student yang no muslim boleh share pada saya.... sebab my hero selalu tanya tentang agama...

kematian...



melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

agaknya bilakah saat kematian itu menjemputku...

dan 

adakah aku bersedia untuk bertemu Pencipta.....


melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

adakah orang yang akan membaca Al-Fatihah untukku 

dan 

adakah orang yang akan mendoakan diriku 


melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

seandainya subuh tadi subuh yang terakhir 


adakah aku sempat meminta maaf dengan semua orang  


memang kematian itu misteri...itu sebab Allah menyuruh kita semua bersedia dengan kematian...sediakanlah bekal yang terbaik kerana kita memerlukan bekal itu di sana nanti...


maafkan aku....

:: khilaf seorang insan yang bernama Siti Asmaq binti Muhammad...semoga lepas ini aku lebih bersedia  ::




Sunday 22 June 2014

Penjagaan

kesedihan bermula apabila : 

kak teh : hello...Assalamualaikum mek...

mek : Waalaikumusalam.... (kedengaran lemah suara itu...seperti menahan sakit suara itu)

kak teh : mek okey ker niie....kak teh dengar macam lain jer (terusku soal sedangkan hatiku saat itu sudah mau meletup kerisauan)

mek : erm...okey jer.... cuma semalam mek jatuh dalam bilik air

kak teh : Allah (beristighfar seketika aku...dan tanpa aku sedari ada air mata yang mengalir kerana pada saat dia memerlukan aku....aku tidak ada untuk menjaga dirinya )

mek : eh...janganlah nangis...mek sakit dada jer lah kesan jatuh.. (memujuk untuk menghentikan tangisanku)

kak teh : tapi mek...kan orang tua cakap bahaya kalau jatuh dari dalam bilik air kan? (senduku belum jua berakhir kerana memikirkan kemungkinan yang akan berlaku)

mek : memanglah tapi Alhamdulillah mek xkena strok sebab  biasa orang  tua yang jatuh bilik air kena strok..... (jawabnya bersahaja)

kak teh : hah...Allahurabbi....mek g check la....kak teh risau la takut jadi gapow2 nie...  kak teh kan jauh nie (pujukku kerana aku tahu mek dengan hospital ni macam mana..)

mek : eh...xde gapowlah...nanti mek telan ubat okeylah nanti...jangan risau...okeylah deh...khalisya nak makan nasi tue.... Assalamualaikum....(terus dimatikan telefon)

|| hanya Allah tempatku berharap semoga cinta hatiku cepat sembuh dan cepat pulih seperti biasa....sungguh aku belum bersedia melihat cinta hatiku sakit....semoga Allah menjaga cinta hatiku dengan baik sepanjang penjagaanku tidak sampai untuk mereka ||

::: Kuatkan hatiku Ya Allah..... hanya padaMU tempat aku memohon segalanya.....  ::::

Monday 12 May 2014

kerinduan bertamu

Assalamualaikum semua.....

erm..dah lama rasanya tidak singgah dan menulis di sini... mungkin kerana tidak mempunyai kesempatan untuk menulis dan meluahkan rasa .....

hari ini untuk keberapa kali kerinduan kepada sahabatku bertamu lagi.....sudah sekian lama tidak berjumpa dan sudah sekian lama juga tidak berhubung dengannya.... cinta kami terpisah antara beberapa negeri namun cinta kepada Allah tetap menyatukan kami.....dia ialah sahabat yang terbaik yang Allah hadirkan untuk diriku melangkah dengan penuh keyakinan di atas bumiNYA ini...

wahai sahabatku :

sebaik-baik seorang  sahabat itu ialah sahabat yang boleh mengajak kamu ke syurga Allah dan bukan sahabat yang boleh membawa kamu ke neraka....

terima kasih sayang di atas semua pertolonganmu dan semoga Allah merahmati dan meredhai persahabatan yang terjalin antara kita....dan semoga setiap orang akan dianugerahkan seorang sahabat sepertimu....Allahumma Amin....


wahai sahabatku, ketahuilah sahabat yang boleh membawa ke neraka senang dicari, manakala sahabat yang boleh membawa ke syurga sangat sukar  di cari....


semoga berjumpa lagi sahabatku....sesunguhnya aku menyayangimu kerana Allah....kerana Allah juga rasa ini bertamu...semoga akan ada pertemuan lagi antara kita... =D



Saturday 29 March 2014

seminggu berlalu

Assalamualaikum semua....

seminggu sudah berlalu cuti ana dan juga teman seangkatan serta pelajar-pelajar semua....

Alhamdulillah seminggu yang sangat beharga bagi ana dan keluarga ana....kerana sepanjang ana kerja di penang nie, ana hanya balik waktu cuti panjang jer..jadi ana  manfaatkan cuti tersebut dengan penuh bewarna sekali....INI SEMUA BAGI MELIHAT SENYUMAN DI BIBIR TUA MEK DAN ABAH....

mereka merupakan jantung hatiku yang Allah anugerahkan kepada ana untuk ana menyemai kasih dan menyalurkan kasih sayang....

ALHAMDULILLAH, setiap kali bersama mereka merupakan saat yang terindah...itulah nikmat kasih sayang yang berjauhan....

SETIAP PAGI SEBELUM BANGUN AKAN ADA MEK DI SISI MENGURUT MANJA KAKIKU...

SETIAP PAGI JUGA, ABAH ANA AKAN TANYA APA YANG ANA NAK MAKAN....

SETIAP KALI TENGAHARI JUGA KAMI SEKELUARGA AKAN MASAK DAN MAKAN SAMA-SAMA SAMBIL BERGELAK KETAWA

SETIAP PETANG PULA KAMI SEMUA AKAN MELENCONG KE SUNGAI...BERENANG, MANDI DAN BERIADAH BERSAMA...

DAN

DALAM MASA YANG SAMA KAMI JUGA BUAT SEMBAHYANG HAJAT, BACAAN YASIN, DAN BERSELAWAT SAMA-SAMA....

Alhamdulillah....kasih sayang yang Allah berikan itu sangat bermakna....

seminggu sudah berlalu...sekarang ana meneruskan perjuangan di Penang..... bersama my hero....JATUH DAN BANGUN AKAN ANA TEMPUHI DENGAN SABAR DAN TENANG...KERANA ANA TAHU, ALLAH BERSAMA KAMI, ALLAH MELIHAT KAMI DAN ALLAH MENJAGA KAMI...

Teruskan perjuangan....teruskan melangkah...

ASSALAMUALAIKUM



Wednesday 5 March 2014

bila marah

Assalamualaikum sahabat-sahabat.....

erm...bercerita pasal marah nie menyakitkan bukan.... ana sendiri pun kalau marah rasa macam nak nangis jer...sebab marah itu kan tidak boleh diluahkan sebab kalau diluahkan dengan kata-kata ada hati yang akan terluka.... 

erm...berbalik kepada perasaan marah nie.... tadi ana nak marah pada hero ana nie...sebab tengah syok ana mengajar nie tiba-tiba ana dengar :::
 

|| cikgu...u cakap apa....u cakap apa...u cakap apa ||

huhhu...menganggu kesyokkan ana betul la....pastue tahu tak apa yang ana buat....ana panggil nama dia.... dan terjadi la dialog antara kami berdua ;

ana - boy...saya sedang cakap pasal apa sekarang nie (tanya ana  sambil mata ana sudah membesar namun bibir ana masih lagi mengukir senyum terpaksa )

hero - sistem tanih cikgu (jawabnyer dengan muka selamba sedangkan my hero yang lain semua sudah gelak pada dia....)

ana - wahhh...cepatnya saya beralih pada sumber tanih...sedangkan kita semua baru habis tengok tentang sumber hutan ( jawab ana sambil mengelengkan kepala....hero tue pulak boleh pandang ana dengan muka tidak bersalah.....lantas ana tanya satu soalan pada dia ) boy u sudah pandai ker (terus ana pandang dia tanpa berkelip dan juga tanpa segaris senyum  bagi menyalurkan perasaan ana pada saat itu.... hero itu hanya mampu menunduk tanpa menjawab soalan ana)

All my hero - minta maaf la...minta maaf la..... (begitulah my hero..setiap kali ana mendiamkan diri tentu akan ada my hero yang bangun dan minta rakannya minta maaf terhadap kesalahan yang mereka lakukan.....) 


ana - okey boys....we continue yer..... ( malas ana nak sambung rajuk dengan hero itu....terus ana pandang muka my hero yang lain dan sambung pnp )

MEREKA MEMANG PANDAI UNTUK BUAT ANA SENYUM...TAMBAH-TAMBAH ANA NIE MEMANG JENIS ORANG YANG SUKA SENYUM ....sayang, sayang.... semakin hari semakin sayang ana pada my hero ana nie....

|||||||||||||||||||||||||||||  ******* ||||||||||||||||||||||||||||||||||||

huhuhu..... tengok...kalau marah xboleh cakap lebih-lebih....

sebab kalau kita cakapp....kita langsung xsedar apa yang kita cakap.....{ TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA }

 

Okey.....nak tidur dulu...

Assalamualaikum semua...

jangan marah-marah yer....

marah xelok untuk kesihatan...

teruskan tersenyum dengan penuh keindahan....


Sunday 2 March 2014

Friday 7 February 2014

bercerita

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

semoga kita semua masih berada dalam rahmat dan redha Allah..... Alhamdulillah selepas sekian lama kembali mencoret di laman ini.....

erm...2 hari nie ana asyik terbayang dengan muka orang yang memarahi ana...sehinggakan ana buat kerja pun xsenang.... rasanya sangat teruk sehingga setiap kali teringat muka dia ana akan menangis....

tapi hari ini ana dah sedikit okey sebab saat ana bercerita dengan mek ana tadi banyak benda yang beliau sebut membuatkan ana berfikir bahawa banyak perkara yang telah Allah beri kepada ana dan kerana UJIAN yang sedikit ana sudah mengaku kalah 




ITULAH UJIAN DAN CABARAN....CUBA KAK TEH TENGOK SEMENJAK KAK TEH KERJA KAT PENANG NIE, ADA TAK PERKARA YANG KAK TEH RASA SANGAT SUSAH? SEMUANYA SENANG KAN....CONTOH XDE TEMPAT TINGGAL KAT PENANG, ALLAH HADIRKAN SEORANG MAK CIK DATANG TOLONG CARI RUMAH YANG XPERLU NAIK KENDERAAN PUN PERGI SEKOLAH...ALLAH TOLONG KAK TEH PERGI SEKOLAH DAN BALIK SEKOLAH..BANYAK DAH ALLAH TOLONG.... SESEKALI TUE ALLAH NAK JUGA BAGI HAMBA DIA RASA SUSAH UNTUK ALLAH TAHU HAMBA DIA YANG MANA BERSABAR DENGAN UJIAN YANG DIA BERIKAN....BANYAK DAH ALLAH TOLONG KAK TEH KAN...XKAN KENA YANG MACAM NIE PUN KAK TEH DAH NAK MENGAKU KALAH....

ANAK MEK NIE KAN KUAT...XPAYAH RISAU LA....ORANG LAIN BOLEH BERJAYA XKAN ANAK MEK NIE XBOLEH BERJAYA KAN....DAH LA...JANGAN DIFIKIR SANGAT....BANYAKKAN BERDOA.... || itulah seorang IBU penuh sabar melayan anaknya.....

itulah ibu...sentiasa membuatkan kita tenang dalam pelukan...

 


jom positifkan minda.... hanya kita yang mampu ubah nasib kita....teruskan perjalanan untuk mencipta sejarah...

Assalamualaikum....

Saturday 11 January 2014

kasih bonda


Assalamualaiku sahabat-sahabat semua.....

Alhamdulillah....masih lagi dapat teruskan hidup dan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di muka bumi ini....semoga sahabat-sahabat pun terus melangkah dengan tenang menghadapi setiap suratan yang telah tertulis untuk kita....

erm...hari nie ana nak bercerita tentang kasih boonda...insan yang sangat ana sayang....semua orang sayang ibu masing-masing kan...jadi kalau sayang jom kita sedekahkan AL FATIHAH untuk kedua ibu dan bapa kita....xkira samada mereka masih ada ataupun tiada...

ALHAMDULILLAH .....

erm...bercerita tentang bonda nie boleh membuatkan ana sedih kerana merindui bonda yang berada di kelantan....namun ini semua tidak mematahkan semangat ana..... 

yup...setiap bonda saat kita menjengah bumi ini sudah memasang siap setiap impian untuk anak-anaknya...begitu juga dengan bonda ana yang mempunyai anak seramai 10 orang ini....ceritanya bermula dengan satu panggilan telefon :


ana ~ Assalamualaikum mek....wat gapow tue....sihat ke? (seperti biasa itu modalku memulakan perbualan kami)

mek ~ Waalaikumusalam...Alhamdulillah sihat ... kak teh pulak gano? (penuh kasih sayang suara itu bertanyakan khabarku...)

ana ~ kak teh pun sihat mek.... mek, kak teh nak tanya nie...kak long cakap mek ada impian mek untuk setiap anak...betul ker... (ana bertanya kerana ana xpernah dengar dia ceritakan pasal impian itu)

mek ~ mana ada impian...kak long mengarut jer tue...janji anak mek semua sihat dan baik sahajalah (katanya sambil ketawa kecil...jujur saat itu air mata ana sudah mula menitis)

ana ~ mek oyat betul-betulla...mesti mek ada simpan somethiing kan dari kak teh nie...sampai hati mek..apa yang mek impikan untuk kak teh nie... (penuh emosi saat kata-kata itu ana tanyakan)

mek ~ kak teh nie memang xberubah kan...kalau nak tahu mesti nak tahu jugak kan....okey2 dengar nie mek nak bagitahu.... masa kak long kerja tue mek nak kak long buat rumah untuk keluarga kita dan Alhamdulillah...kita ada rumah.... untuk anak mek yang no 3,4,5,6 mek nak mereka hantar mek pergi haji, dan untuk anak mek yang  no 7,8,9,10 nie mek nak jaga mek sampai mek mati.....(panjang lebar penjelasan dari bonda dan tersekat-sekat...mungkin sedih kot...ana memang dah nangis saat bonda bercerita lagi)

ana ~ mek, jadi apa yang boleh kak teh buat untuk jaga mek nie..... mek bagitahulah...kak teh nak mek dan abah bahagia...... 

mek ~ xdop gapo la...keluarga kita macam nie pun mek dah Alhamdulillah...rasanya Allah dan makbulkan doa mek...sekarang nie kak teh tunaikan la impian kak teh pula.... kak teh kan banyak impian.... nak mek sebut ker (tanya beliau sambil ketawa kecil)

ana ~ hahaha...mek nie memang la...kak teh memang anak mek yang banyak impian sebab kak teh kan suka berangan.... doakan kak teh deh .... 

:: BARU SEMALAM ANA TAHU, ITU IMPIAN IBU ANA UNTUK ANA :::

lepas ini...kena makin banyak buat perubahan pada diri....UTAMAKAN KELUARGA.....WALAUPUN KELUARGA DIUTAMAKAN PENCAPAIAN TIDAK AKAN DILUPAKAN....



jumpa lagi...

Assalamualaikum.... 

Wednesday 8 January 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua....

erm...apa khabar hari nie.... ana harap semuanya sihat-sihat selalu yer....ops..bukan tubuh badan jer sihat tau...tapi iman pun kena sihat jugak yer.... harap-harap kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman masing-masing....Allahumma Amin...

Alhamdulillah....hari nie ana bersyukur sangat...Allah hadirkan seseorang sahabat yang mampu membuatkan ana tersenyum gembira.... 3 minggu nie ana teringin sangat nak berborak dengan seseorang....ana ingin dengar gelak tawa sahabat ana...ana ingin bermanja dengan dia...ana ingin berkongsi cerita dengan dia....

tapi disebabkan kesibukan beliau.... maka semua itu hanya dipendamkan dan dalam diam ana memohon sesuatu daripada Pencipta..dan hari ini doa ana termakbul tatkala hati ana tergerak untuk jumpa SESEORANG itu.....

semasa berbual tentang kerja, dia melayani ana dengan baik....dia tersenyum tatkala kami bercerita tentang  student.... dan yang paling mengejutkan ialah :

|| dengan pandangan yang mendamaikan dia berkata.... lama xborak dengan asmaq...asmaq okey ker ||

pada saat itu, terus ana alihkan muka ana supaya dia xnampak perubahan muka ana.....masa tue air mata ana dah tahap nak meleleh jer.... adoii...terharunya....hanya Allah yang tahu masa tue apa yang ana rasa.....

soalannya tidak ana jawab kerana belum sampai masanya untuk ana ceritakan pada dia...ana hanya balas dengan senyuman bahagia dan anggukan kecil.... 

Kadangkala kita langsung tidak menduga sebenarnya ramai orang yang Allah hantar pada kita untuk menguatkan kita ketika kita dalam kesusahan....


Alhamdulillah....KASIH ALLAH ITU SANGAT BANYAK....

BERSYUKUR  ITU  PENTING 


Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...