Tuesday, 26 August 2014

kematian...



melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

agaknya bilakah saat kematian itu menjemputku...

dan 

adakah aku bersedia untuk bertemu Pencipta.....


melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

adakah orang yang akan membaca Al-Fatihah untukku 

dan 

adakah orang yang akan mendoakan diriku 


melihat kematian yang menjengah orang sekeliling membuatkan hati terdetik :

seandainya subuh tadi subuh yang terakhir 


adakah aku sempat meminta maaf dengan semua orang  


memang kematian itu misteri...itu sebab Allah menyuruh kita semua bersedia dengan kematian...sediakanlah bekal yang terbaik kerana kita memerlukan bekal itu di sana nanti...


maafkan aku....

:: khilaf seorang insan yang bernama Siti Asmaq binti Muhammad...semoga lepas ini aku lebih bersedia  ::




No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...