Friday 27 December 2013

selamat hari lahir wahai sahabatku

Penang, 
jam 1.55 tengahari 
28/12/2013

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

kehadapan sahabatku yang kusayangi kerana Allah, saudari Azila Sahman yang berada jauh daripada jasadku tapi dekat di hatiku....apa khabar hari ini...saya harap awak sihat selalu dan sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah....

tentu awak tertanya-tanya kan kenapa saya menulis surat ini khas untuk awak.... ini sebabnya kerana saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada awak....walaupun terlambat 7 hari dari  tarikh yang sebenar....maaf yer sayang.... 

nie ucapan saya untuk awak .....

  SEMOGA AWAK SENTIASA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG TAAT DI MUKA BUMI INI....

SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR AWAK UNTUK AWAK BERIBADAT  DI BUMI ALLAH INI...

SEMOGA AWAK DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN MEMBOLEHKAN AWAK BERIBADAT DENGAN BAIK

SEMOGA DIBERKATI DI DUNIA DAN AKHIIRAT....

(ALLAHUMMA AMIN)

awak...terima kasih untuk semua kasih sayang yang diberikan....terima kasih untuk semua perhatian dan masa yang telah diluangkan bersama...

semoga awak terus jadi SAHABAT SAYA YANG BAIK..... IAITU SAHABAT YANG APABILA DIPANDANG WAJAHNYA AKAN MEMBAWA SAYA MENGINGATI ALLAH, APABILA MENDENGAR KATA-KATANYA  AKAN MENAMBAHKAN ILMU DI DADA SAYA, APABILA MELIHAT  GERAK GERINYA MEMBUATKAN SAYA SEMAKIN TAKUT DENGAN ALLAH....


SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SETIAP PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA....

SAYANG  AWAK KERANA ALLAH....

JUMPA LAGI DI LEMBARAN AKAN DATANG =) 



yang merinduimu
(                  )
Siti Asmaq Muhammad
* surat ini tidak memerlukan tandatangan *
 

 


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

 

Malunyer

 ♥♥♥
♥♥
 
Assalamualaikum sahabat-sahabat....

erm....lagi berapa hari kita akan masuk tahun baru kan...Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan meneruskan perjuangan sebagai seorang guru...

hihih....cakap pasal guru nie..ana nak cerita pengalaman pertama ana berjumpa dengan my hero yang baru.... tahun nie ana dilantik jadi guru kelas.... punyalah berdebar-debar ana nak masuk kelas...maklumlah pertama kali jadi guru kelas....berdebarnya hanya Allah yang tahu....


CIKGU DAN MURID - Miro CornerZ

dengan Bismillah ana mulakan perjalanan sambil mengenggam erat fail dan tatkala disapa ana hanya menganggukkan kepala...ana takut untuk senyum sebab  bagi ana first date ana dengan mereka, ana mesti kelihatan tegas walaupun senyum di bibir xdapat disembunyikan...

sekali apabila ana melangkah dalam kelas, 64 mata memandang ana dan ana mulalah gabra semacam...rasa setiap langkah seperti diperhatikan...atoiiii...hero2...janganlah tengok saya macam tue....

ALHAMDULILLAH....♥♥♥♥♥

di saat diri ana yang tidak terdaya untuk melihat senyuman my hero itu..(macam mana nak teruskan taklimat kerana setiap kali ana cakap dan pandang mereka, mereka hanya senyum sahaja, langsung tidak bebunyi apa2) .datanglah seorang hamba Allah yang merupakan  penolong guru tingkatan untuk kelas ana tue...dialah yang banyak membantu ana untuk menyelesaikan sesi suai kenal untuk hari ini..... 

hihihi....kelakar rasanya....time ana buat lawak pun mereka xgelak...mereka hanya memperhatikan ana seperti baru pertama kali melihat ana...setiap kali ana sebut:

OKEY CLASS......

Terus sunyi sepi kelas tue.... sampaikan kalau  ada orang cicak jatuh pun ana rasa akan bunyi kuat.... hihi..hero2...

Okey semua...nanti ana sambung cerita lagi yer...apappun ana harap my hero tahun nie baik2 lagi....sahabat-sahabat tolong doakan ana dan my hero yer.... (kenapa my hero..sebab my student all boy maaa xde girl...hihihi...)

 
Assalamualaikum ..... ♥♥♥♥♥

Monday 2 December 2013

bertemu cinta hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.....

Alhamdulillah....anugerah terindah saat Allah temukan ana dengan cinta hati ana.... (opss....jangan fikir cinta hati ana itu kaum lawan jenis ana yer....hihi) ...cinta hati ana nie ialah sahabat baik ana...yang sentiasa bersabar dengan segala tindak tanduk dan sentiasa menasihati dan menegur ana.....

sebenarnya dah lama ana berpisah dengan cinta hati ana nie....ataupun ana panggil dia cik angin...kenapa cik angin? sebab dia sangat sukakan angin.... kami berpisah saat kami menghabiskan pengajian di UPSI pada tahun 2012.... namun dalam keadaan yang terpisah itu kami masing-masing mesej dan bertanya khabar.... last kami jumpa ialah bulan 4 tahun nie....di putrajaya....

erm...apabila masing2 dan begelar cikgu, cik angin ana nie sangat lah sibuk, ana call xpernah angkat....pernah satu ketika tue dalam sebulan kami langsung tidak berbicara...setiap kali mesej dia sentiasa membisikkan kata-kata sabar untuk ana dan perantara cinta kami pada saat itu  ialah doa kepada Allah....

DAN PENANTIAN KAMI BERAKHIR APABILA....

cik angin datang penang bersama dengan adik dan anak saudaranya untuk menziarah ana kat sini..... hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ana untuk bertemu dengan cik angin nie....punyalah teruja dan yang paling best ialah ana dapat membawa dia naik feri....merasai angin yang berhembus....Subhanallah, indahnya ciptaan Allah dan Alhamdulillah di atas pertemuan ini.....


3 hari kami bersama...banyak cerita dikongsi...banyak nasihat yang disisip di hati ... kata-kata rindu yang tidak terluah juga diutarakan saat ini...

sesunguhnya cik angin ana itu sangat prihatin.... hanya Allah tahu betapa ana menyayangi cik angin ana nie....

TASBIH CINTA KAMI


SEMOGA SATU HARI NANTI ANA BERPELUANG UNTUK MELAWAT DIA PULA....ALLAHUMMA AMIN

SEMOGA PERTEMUAN KITA KERANA ALLAH DAN PERPISAHAN INI JUGA KERANA ALLAH...

jumpa lagi semua....

Assalamualaikum

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...