Monday, 2 December 2013

bertemu cinta hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.....

Alhamdulillah....anugerah terindah saat Allah temukan ana dengan cinta hati ana.... (opss....jangan fikir cinta hati ana itu kaum lawan jenis ana yer....hihi) ...cinta hati ana nie ialah sahabat baik ana...yang sentiasa bersabar dengan segala tindak tanduk dan sentiasa menasihati dan menegur ana.....

sebenarnya dah lama ana berpisah dengan cinta hati ana nie....ataupun ana panggil dia cik angin...kenapa cik angin? sebab dia sangat sukakan angin.... kami berpisah saat kami menghabiskan pengajian di UPSI pada tahun 2012.... namun dalam keadaan yang terpisah itu kami masing-masing mesej dan bertanya khabar.... last kami jumpa ialah bulan 4 tahun nie....di putrajaya....

erm...apabila masing2 dan begelar cikgu, cik angin ana nie sangat lah sibuk, ana call xpernah angkat....pernah satu ketika tue dalam sebulan kami langsung tidak berbicara...setiap kali mesej dia sentiasa membisikkan kata-kata sabar untuk ana dan perantara cinta kami pada saat itu  ialah doa kepada Allah....

DAN PENANTIAN KAMI BERAKHIR APABILA....

cik angin datang penang bersama dengan adik dan anak saudaranya untuk menziarah ana kat sini..... hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ana untuk bertemu dengan cik angin nie....punyalah teruja dan yang paling best ialah ana dapat membawa dia naik feri....merasai angin yang berhembus....Subhanallah, indahnya ciptaan Allah dan Alhamdulillah di atas pertemuan ini.....


3 hari kami bersama...banyak cerita dikongsi...banyak nasihat yang disisip di hati ... kata-kata rindu yang tidak terluah juga diutarakan saat ini...

sesunguhnya cik angin ana itu sangat prihatin.... hanya Allah tahu betapa ana menyayangi cik angin ana nie....

TASBIH CINTA KAMI


SEMOGA SATU HARI NANTI ANA BERPELUANG UNTUK MELAWAT DIA PULA....ALLAHUMMA AMIN

SEMOGA PERTEMUAN KITA KERANA ALLAH DAN PERPISAHAN INI JUGA KERANA ALLAH...

jumpa lagi semua....

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...