Friday 7 February 2014

bercerita

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

semoga kita semua masih berada dalam rahmat dan redha Allah..... Alhamdulillah selepas sekian lama kembali mencoret di laman ini.....

erm...2 hari nie ana asyik terbayang dengan muka orang yang memarahi ana...sehinggakan ana buat kerja pun xsenang.... rasanya sangat teruk sehingga setiap kali teringat muka dia ana akan menangis....

tapi hari ini ana dah sedikit okey sebab saat ana bercerita dengan mek ana tadi banyak benda yang beliau sebut membuatkan ana berfikir bahawa banyak perkara yang telah Allah beri kepada ana dan kerana UJIAN yang sedikit ana sudah mengaku kalah 




ITULAH UJIAN DAN CABARAN....CUBA KAK TEH TENGOK SEMENJAK KAK TEH KERJA KAT PENANG NIE, ADA TAK PERKARA YANG KAK TEH RASA SANGAT SUSAH? SEMUANYA SENANG KAN....CONTOH XDE TEMPAT TINGGAL KAT PENANG, ALLAH HADIRKAN SEORANG MAK CIK DATANG TOLONG CARI RUMAH YANG XPERLU NAIK KENDERAAN PUN PERGI SEKOLAH...ALLAH TOLONG KAK TEH PERGI SEKOLAH DAN BALIK SEKOLAH..BANYAK DAH ALLAH TOLONG.... SESEKALI TUE ALLAH NAK JUGA BAGI HAMBA DIA RASA SUSAH UNTUK ALLAH TAHU HAMBA DIA YANG MANA BERSABAR DENGAN UJIAN YANG DIA BERIKAN....BANYAK DAH ALLAH TOLONG KAK TEH KAN...XKAN KENA YANG MACAM NIE PUN KAK TEH DAH NAK MENGAKU KALAH....

ANAK MEK NIE KAN KUAT...XPAYAH RISAU LA....ORANG LAIN BOLEH BERJAYA XKAN ANAK MEK NIE XBOLEH BERJAYA KAN....DAH LA...JANGAN DIFIKIR SANGAT....BANYAKKAN BERDOA.... || itulah seorang IBU penuh sabar melayan anaknya.....

itulah ibu...sentiasa membuatkan kita tenang dalam pelukan...

 


jom positifkan minda.... hanya kita yang mampu ubah nasib kita....teruskan perjalanan untuk mencipta sejarah...

Assalamualaikum....

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...