Thursday 26 February 2015

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.

Assalamualaikum.....

kerana kata-kata ini saya  kembali bersemangat untuk menulis :

" tujuan kita hidup ini adalah untuk menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di bumi ini"

sedarkah kita semua....kebanyakan tanda-tanda kecil kiamat telah lengkap sempurna......Allahurabbi takutnya....hanya Allah yang tahu perasaan ini tatkala mendengar ceramah ustaz itu...antara intipati yang saya  dapat dalam majlis ilmu itu ialah :

1) Zina Bermaharajalela
- betulkan? cuba kita tengok memang itu yang terjadi sekarang. kalau tengok dalam surat khabar ada sahaja berita tentang bayi yang dibuang. bayi yang dibuang itu terhasil daripada mana???

saya tak mahu cakap apa cuma cuba kita fikir agak2 pasangan yang telah berkahwin tue ada ker yang buang anak-anaknya.

2) Bermaharajalela alat muzik
- okey.... yang kedua ini pulak kita tengok sekarang nie sangat banyak alat muzik dan banyak rancangan-rancangan tv yang menyiarkan rancangan-rancangan nyanyian yang membawa kelaraan kepada kita.

amboi....tak rasa semua lagu itu membawa kelaraan ek....hihih....cuba tengok genre apa yang kita suka pada lagu2 itu. hip hop, nasyid, dangdut, tradisional, balada. kalau tengok nasyid okeyla sebab mengingatkan kita pada Allah, tapi kalau tengok hip hop mesti kaki kita terangkat mengikut rentak. itu belum lagi bollywood yang turut membawa kita bergolek-golek di bawah guung kan....

3) Menghias Masjid dan Membanggakan
- agak-agak sahabat dapat tahu tak tentang tanda ini. kita tengok lah ada sesetengah masjid dihias dengan cantik dan membuatkan orang ingin pergi melihat masjid itu. seakan-akan mereka berlumba menghias dan mencantikkan masjid.

namun sudah menjadi lumrah setiap orang sukakan kecantikan kan??

4) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja
- agak-agaknya perkara itu terjadi tak pada kita? mesti terjadi kan. sebab kita malu nak beri salam kepada orang yang tidak kita kenali. jadi mulai hari ini jom kita ubah perangai kita. beri salam kepada semua kerana dengan salam itu kita mendoakan  kesejahteraaan mereka dan mereka turut mendoakan kesejahteraan kita.

Assalamualaikum awak (selamat sejahtera ke atas kamu)

5) Berpakaian tetapi  telanjang
-  adoi....saat ini terasa nak ketuk-ketuk kepala sebab sebelum keluar tue kita belum checklist adakah pakaian kita ini sesuai dengan imej kita sebagai orang islam. adakah pakaian kita ketat, pendek, nipis dan menampakkan bentuk tubuh kita.....

|| okey, jom kita fikir-fikirkan ||

semoga lepas ini, kita semua berusaha menyiapkan diri kita untuk jadi seorang muslim dan muslimah yang baik.....



Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...