Tuesday 20 October 2015

akan berakhir

:: DETIK INDAH INI AKAN BERAKHIR ::

setiap pertemuan pasti akan ada  perpisahan dan aku dapat rasakan perpisahan ini sedikit berbeza kerana aku akan melepaskan anak yang sangat baik...seramai 35 orang pelajar-pelajar yang aku sayang akan mengorak langkah mewarnai hidup dengan melepaskan title pelajar sekolah.... 

anak-anakku yang baik...

seakan tidak puas lagi aku bersama dengan mereka...bergurau dengan mereka..merajuk dengan mereka...tersenyum dengan mereka...gelak dengan mereka...menasihati mereka supaya tekun dan gigih belajar dan banyak lagi memori indah yang boleh dikenang bersamamu wahai anakku yang baik dan comel....

tadi pun terasa separuh jiwaku tiada kerana tidak melihat kesemua anak-anakku...hanya 20 orang sahaja yang hadir dan lagi 15 orang study di rumah.... [ tadi pun dah rindu...apatah lagi semasa cuti nanti ..huhuhu...]

Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi 
di hati jangan lupa

Berdoalah kita
agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu 
dan hari berjumpa lagi

bye sayang...cikgu akan merindui kebaikan, kenakalan, kecomelan  kamu....

|| adat dalam hidup seorang guru...habis setahun dia akan berjumpa dengan pelajar yang lain pula..harapnya pelajarku yang bakal datang tahun hadapan baik hendaknya...Amin..Amin...Amin...||


:: Detik Indah Ini Akan Berakhir ::

Saturday 3 October 2015

farewell 5SC1

" cikgu, kami punya farewell sudah tukar ke Cititel Hotel Penang, Japenese & Western Theme Buffet" itulah mesej yang diberikan oleh student tentang penukaran tempat farewell....

atoiii.... kat mana pulak Cititel Hotel nie...macam tak pernah dengar saja... huhu..bukan tak pernah dengar tapi memang aku tak tahu....aku cakap jer duduk penang dah 3 tahun tapi kalau orang cakap tempat baru aku memang serius tak tahu...penang yang memang aku tahu ialah rumahku, sekolah dan bukit bendera... bukit bendera pun sebab view rumah aku bukit bendera....hihihi...

|| selepas perbincangan dengan kak juli kami memutuskan untuk menghadiri dan mencari bersama -sama Cititel Hotel itu ||

dalam pukul 7 petang kami sampai dan aku lihat hanya 9 orang studentku sahaja yang ada di lobi hotel( kalau dah cikgu tue memang cikgu la...walau dimana berada aku akan mengira bilangan mereka..hihih) .... kelihatan mereka segak bergaya dengan memakai baju bewarna hitam menyerlahkan lagi kulit mereka yang putih itu....

pukul 7.30 kami masuk dewan makan dan berpinar mataku melihat makanan yang dihidangkan dan aku tak tahu yang mana aku boleh makan.... saat itu juga aku membayangkan balik  jamuan nie aku akan masak.....hihihi

terus puding caramel dan puding roti aku ambil dulu kerana itu  yang kelihatan menarik.....

" cikgu, tak kan makan itu aja..ambillah yang lain" ujar pelajarku apabila melihat seperti aku berfikir untuk mengambil makanan...huhuhu..sebenarnya dia tak tahu cikgu dia nie suka makan kalau kena dengan selera boleh bertambah berkali-kali tapi kali ini memang tak kena dengan selera....

tapi untuk tidak mengecewakan hati anak-anakku itu,aku pun mengambil pinggan besar dan memuatkan nasi goreng, sayur brokoli, yang lain aku tak berani ambil kerana takut membazir...  hihihi...

|| apapun semua yang saya makan semalam sedap ||

terima kasih wahai anak-anakku 5SC1 untuk farewell itu...semoga lepas ini kita jumpa lagi dan semoga kamu semua berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang...terima kasih untuk kenangan yang indah sepanjang bersama...untuk kenangan yang tak indah itu buang tepi jalan dan kenangkan perkara yang indah sahaja..hihihi...

(terima kasih wahai anakku...semoga kalian semua berjaya dalam SPM)


||| adatlah bila saya berleter pada kamu...kerana saya mahu yang terbaik untuk kamu dan paling penting ialah Sayangilah Diri Kamu kerana Diri Kamu Sahaja Yang Boleh Merubah Masa Depan Kamu... Saya Hanya Boleh Menasihati Kamu dan Mendoakan Kamu Sahaja Wahai Anakku Sayang ||


jumpa lagi wahai anak-anakku yang segak bergaya

Assalamualaikum



Friday 2 October 2015

itu rezeki dia....

tut...tut..(bergegar telefonku menandakan ada banyak mesej masuk)

adoi...malam minggu nie siapa pula yang main mesej nie lantas dengan perasaan yang malas aku pun mengambil telefon dan melihat notification yang menunjukkan ada mesej di whatapp lantas aku pun membukanya dan sebagai silent readers yang sangat baik aku pun membaca dan terpaku seketika melihat satu gambar :

:: Kawanku dan bertunang ::

huhuhu...saat itu jiwa bergelodak dengan seribu rasa...

1) Rasa Gembira kerana tak lama lagi dia akan menamatkan zaman bujang dan rasa gembira juga kerana impiannya akan tertunai...

2) Rasa Cemburu kerana masing-masing bercerita tentang kemanisan rumah tangga masing-masing...

3) Rasa Sedih kerana selepas ini aku akan kehilangan seorang kawan.... huhuhu....

cukup lah tiga rasa yang mampu aku tulis...rasa yang lain itu aku tak boleh tafsir dalam bentuk penulisan dan juga dalam bentuk percakapan ...adatlah perempuan normal memang akan ada perasaan macam-macam apabila kawan yang kita dok call, yang kita dok jumpa, yang kita kenal akan jadi milik orang....

|| apapun sayang, semoga Allah mudahkan urusan awak dan semoga hubungan diredhai dan diberkati oleh Allah.....||

Wahai hati yang sedang sakit...jangan CEMBURU wahai sayang sebab ini semua ialah ketentuan dan rezeki dari Allah sayang....

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua
(Prof Muhaya) 

semuanya sudah tertulis wahai sayang...untuk insan yang sering bertanyakan soalan tentang jodohku tolonglah simpan pertanyaan seperti itu sepertimana aku menyimpan soalan yang boleh menghiris hatimu...kerana saat kau bertanya itu aku mampu tersenyum dan ketawa tetapi ketahuilah selepas kamu pergi aku akan bersusah payah memujuk hatiku yang sedang sakit saat itu.... 

aku siapa untuk menyoal kerja Allah kerana aku juga hamba dan sebagai hambanya aku kena ingat sewaktu aku di alam rahim telah ditetapkan untukku, jodohku,rezekiku, ajal dan maut....

|| Semoga dipermudahkan urusanmu wahai kawan ||

:: Teruskan Melangkah Dengan Penuh Yakin Terhadap Janji Allah ::

Assalamualaikum 

Farewell

bercerita tentang anak....hihihi...tapi anak yang mana ek??

ramai sungguh anak saya...ada anak saudara...ada anak kawan dan yang paling penting ialah tentang anak didikku yang sudah menjengah usia remaja dan tak lama lagi akan menjengah usia dewasa seperti mama mereka ini... 

adat student form 5 akan buat farewell tapi sayang aku memang tak dapat join farewell kelas yang aku pegang...5SA2..ini kerana waktu mereka buat itu sama dengan cuti sekolah..jadi bila cuti sekolah aku sendiri pun kalut nak balik kampung berjumpa dengan insan tersayang....huhu..cuti panjang jer sayang oiii boleh balik rumah kelantan....apapun saya nak abadikan cerita kamu dalam blog saya...ada masa saya tulis satu persatu tentang kamu semua.. 
https://jvyeap.files.wordpress.com/2015/09/image2.jpg







https://jvyeap.files.wordpress.com/2015/09/image1.jpg 
(Tengok...Rajin tak mereka??..gambar ini saya ambil dari blog ketua kelas. thanks Jay Vin

kelas 5SA2 ialah kelas yang sentiasa gamat dengan gelak ketawa dan apabila gelak ketawa kami bersatu maka ketawaku akan tengelam dengan suara gagah mereka ini...walaupun mereka ketawa dengan gagah, aku sangat sayangkan mereka kerana mereka ialah anak didikku yang baik...sopan santun dan banyak lagi nilai moral yang ada pada mereka...sejuk perut ibu bapa mereka mengandungkan mereka.... 

dalam kelas ini aku ajar Sivik dan Kewarganegaraan... masa kali  pertama  aku masuk kelas masing-masing tekun memandang meja, mungkin takut atau mungkin gentar melihat keseriusan cikgu mereka ini tetapi apabila kelas yang seterusnya mereka mula berdiri di pintu dan menunggu kedatanganku sehinggakan aku malu nak masuk kelas....

" sayang-sayang, comel sungguh kamu semua"

part yang paling best ialah bila kamu sporting....disuruh berlakon kamu berlakon, disuruh nyanyi kamu menyanyi, disuruh baca kamu baca..memang hidup la kelas sivik kita....apapun sorry saya memang tak boleh nyanyi depan kamu...huhuhu...nanti la kita nyanyii...

part yang  best juga  ialah jawab teka teki....asyik Nicholas saja yang kena jawab..kenapa Nicholas sebab dia kan selalu tanya soalan yang pelik-pelik  dalam kelas.....hihihi...jadi saya pun tanya soalan2 pelik la....

okey..nanti saya sambung lagi...terima kasih untuk kenangan manis sepanjang tahun 2015...huhu..jujur wahai anak yang saya sudah mula merindui kamu semua....semoga kamu semua berjaya dalam SPM nanti....




Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...