Friday, 2 October 2015

itu rezeki dia....

tut...tut..(bergegar telefonku menandakan ada banyak mesej masuk)

adoi...malam minggu nie siapa pula yang main mesej nie lantas dengan perasaan yang malas aku pun mengambil telefon dan melihat notification yang menunjukkan ada mesej di whatapp lantas aku pun membukanya dan sebagai silent readers yang sangat baik aku pun membaca dan terpaku seketika melihat satu gambar :

:: Kawanku dan bertunang ::

huhuhu...saat itu jiwa bergelodak dengan seribu rasa...

1) Rasa Gembira kerana tak lama lagi dia akan menamatkan zaman bujang dan rasa gembira juga kerana impiannya akan tertunai...

2) Rasa Cemburu kerana masing-masing bercerita tentang kemanisan rumah tangga masing-masing...

3) Rasa Sedih kerana selepas ini aku akan kehilangan seorang kawan.... huhuhu....

cukup lah tiga rasa yang mampu aku tulis...rasa yang lain itu aku tak boleh tafsir dalam bentuk penulisan dan juga dalam bentuk percakapan ...adatlah perempuan normal memang akan ada perasaan macam-macam apabila kawan yang kita dok call, yang kita dok jumpa, yang kita kenal akan jadi milik orang....

|| apapun sayang, semoga Allah mudahkan urusan awak dan semoga hubungan diredhai dan diberkati oleh Allah.....||

Wahai hati yang sedang sakit...jangan CEMBURU wahai sayang sebab ini semua ialah ketentuan dan rezeki dari Allah sayang....

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua
(Prof Muhaya) 

semuanya sudah tertulis wahai sayang...untuk insan yang sering bertanyakan soalan tentang jodohku tolonglah simpan pertanyaan seperti itu sepertimana aku menyimpan soalan yang boleh menghiris hatimu...kerana saat kau bertanya itu aku mampu tersenyum dan ketawa tetapi ketahuilah selepas kamu pergi aku akan bersusah payah memujuk hatiku yang sedang sakit saat itu.... 

aku siapa untuk menyoal kerja Allah kerana aku juga hamba dan sebagai hambanya aku kena ingat sewaktu aku di alam rahim telah ditetapkan untukku, jodohku,rezekiku, ajal dan maut....

|| Semoga dipermudahkan urusanmu wahai kawan ||

:: Teruskan Melangkah Dengan Penuh Yakin Terhadap Janji Allah ::

Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...