Tuesday 29 May 2018

Kereta

Hari ini terasa terpanggil untuk menulis tentang kereta. 

Siapa yang ada kereta? ( siapa yang ada kereta boleh angkat tangan. 😊 okey, bagus dah boleh turun tangan sudah 👍👍)

Boleh katakan mana mana individu yang sudah bekerja mempunyai kereta kerana kereta seakan satu keperluan untuk memenuhi tuntutan kita ke sana dan ke sini.

Namun,

Pernah tak kita terfikir  tentang ini : 

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan baik ?

Atau

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan berbahaya ?

Atau 

Adakah dengan kereta itu kita membahayakan orang lain ?

Atau 

Adakah dengan kereta ini kita boleh menyombong di atas jalan raya 

Wahai Sahabat,

Seandainya dengan kereta ini, ianya mampu membunuh peribadi mulia ketika berada di jalan raya berhenti sejenak dan berfikirlah. Fikir dengan hati jangan fikir dengan nafsu. Kerana seandainya berfikir dengan nafsu kita akan rugi. 

Jom kita semak, adakah anda semua pernah berselisih dengan babyku dan membuat hal di hadapanku. Andainya pernah, mohon berubah kerana pemanduan kalian berbahaya kepada orang sekeliling anda. 

Jom tengok :

Cerita Pertama  : 

Pernah suatu hari,  aku bersama baby putihku di jalan raya sambil melihat alam ciptaan Allah ini tiba tiba myvi kuning meluncur laju sehinggakan aku di tepi beristighfar dan menggeleng kepala kerana melihat lori di depan juga sedang memberikan signal untuk ke kanan jalan raya dan Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah tiada apa apa yang berlaku. 

Andainya saat itu, anda ingin membuang hajat berhentilah di mana mana hentian rehat dan rewat. Jangan memandu kalut begitu. Kesian kepada orang yang sedang menanti kepulangan kita. 

Cerita Kedua :

Memotong tanpa signal. Allahurabbi, wahai sahabat setiap daripada kereta kita itu ada signal kan? Tolong lah selepas ini gunakan signal itu dengan betul kerana aku  tidak mampu membaca ke mana destinasi anda. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sehinggakan aku sendiri pun tidak pasti awak sebenarnya mahu berada di laluan mana. 

Atau 

Sewaktu awak ambil lesen dulu, cikgu awak tak pernah bagitahu tentang komponen dalam kereta. Sewaktu aku ambil lesen dulu, aku minta cikgu aku tunjukkan semua sampaikan hari pertama dia tinggalkan aku dalam kereta untuk mengenali komponen sahaja. 😆

Cerita Ketiga 

Pemandu yang tak sabar-sabar. Tak tahu lah apa yang nak dikejar. Lampu isyarat baru bertukar dan belum habis aku nak baca Bismillah, aku dah dengar orang belakang tekan hon sudah. Nasib aku ini Allah anugerahkan dengan sikap tidak melatah, jadi aku pun tukar gear dengan perlahan dan teruskan pemanduan. 

Ingat sudah habis dendamnya pada aku. Tiba tiba dia bawa kereta dan berada di tepi babyku dan pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang sahaja. Allahurabbi, apa ini kawan. Tolonglah berhemah sedikit. 

Okey, nanti kita sambung lagi wahai sahabat.

Andainya mahu ditulis semua, aku perlukan sekurang kurangnya seminggu untuk mengingat kembali memori memori itu. 

Semua memori itu perlu ditulis untuk membolehkan aku menjadi pemandu yang baik dan tidak menyusahkan

Namun,

Aku juga manusia biasa yang kadang kala terlupa dan terleka. 

Sama- sama kita pesan memesan supaya nanti kita boleh melahirkan pemandu yang bertanggungjawab dan dapat menuai pahala di jalan raya. 

Jumpa lagi

Jom jadi baik. Sebarkan kebaikan 

Assalamualaikum

Sunday 25 March 2018

Sedih

|| Sedih ||

Pernah tak korang terasa sedih yang tiba tiba. Sedih yang teramat sangat sehinggakan mengalir air mata dan hanya doa yang mampu dipanjat semoga mereka berdua sentiasa baik dalam jagaan Allah. 

Allahurabbi, apapun hati mesti kuat kerana ianya ialah :

Simptom yang biasa dialami seorang anak yang baru habis bercuti begitulah. Semasa nak balik kampung bukan main semangat lagi. Terasa ingin diredah semua kereta untuk berjumpa dengan kekasih hati. Terasa mek dan abah sedang memanggil kan?  

Bila tiba habis cuti terasa sedih pulak. Baru jer bergerak, sudah terasa rindu. Hari ini sepanjang perjalanan pulak sedih sebab  tengok kerusi di sebelah kosong, kerusi di belakang pun kosong. Kebiasaannya, sepanjang cuti mek dan abah yang menemani perjalanan untuk ke sana sini.Hari  ini aku bergerak sendirian untuk ke Pulau Pinang dan menabur bakti di sini. 

Saat bersedih, aku cukup ingat pesan mek 

' g lah kerja. Jangan nak mikir ko mek dan abah. InsyaAllah kami okey. Lagipun kak teh kan g cari rezeki. Bukan pergi suka suka'

itulah antara pesanan yang selalu mek titipkan untukku dan juga adik beradikku. Mek tahu kami pergi mencari rezeki dan dia pun lepaskan kami dengan mengharapkan Allah menjaga kami dengan sebaik-baik nya. 

|| Aku bukan anak manja dalam keluarga. Namun aku terkenal dengan perangai suka mengusik semua orang . Sebab itu aku terasa lebih sedih bila berjauhan dengan ahli keluarga kerana aku tahu di sini aku bukan boleh mengusik orang sesuka hati kerana tak semua orang boleh menerima cara kita kan. Apapun, aku mesti  kuat. Aku mesti kuat. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku mulakan kehidupan di sini. Tolong doakan yer ||

|| Untuk mek dan abah yang kak teh sayang sangat ini, semoga kalian berdua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Jumpa lagi cuti bulan 6 nanti. Kak teh sayang mek dan abah.  ||
 

Jom_jadi_baik
Sebarkan_kebaikan
Sebarkan_senyuman

Okey my diari.  Jumpa lagi

Assalamualaikum




Tuesday 30 January 2018

BILA MUSIBAH MENIMPA 1

Alhamdulillah...inilah tajuk rancangan Tanyalah Ustaz tadi... bersama dengan Dai Azrin dan Ustaz Muhammad.. Terasa terpanggil pula untuk menulis dapatan hasil  persoalan dan jawapan yang telah dikupas oleh Ustaz dan Dai tadi...

------- ++++ -------

Musibah...Musibah... 

Pernah tak kita terfikir apa yang dimaksudkan dengan musibah yang datang kepada kita ??

Pernah tak ?

kalau pernah...Alhamdulillah... maksudnya kita benar benar tahu apa itu musibah... yang tak tahu hari ini kita ambil tahu.. Musibah ini ialah perkara yang datang kepada kita dan ianya menyempitkan hati kita..(alamak..tadi musibah, sekarang sempit pula.. apalah yang ingin disampaikan sebenarnya ini )
okey..okey..jangan kalut yer... setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita yang boleh membuatkan hati kita berkeluh kesah, hati kita gundah gulana, hati menjadi walang  itulah yang dinamakan musibah. (agak-agaknya macam mana penerimaan kita dengan musibah ini ?..adakah kita akan menyalahkan Allah atau kita akan menyalahkan diri sendiri ataupun kita melangkah pergi dalam keadaan pasrah atau redha dan sabar ) 

Yang mana menerima ujian ini dengan sabar.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Itu maksudnya orang itu mempunyai BAHASA DALAMAN yang bagus. ( adohai...bahasa dalaman pulak..banyak sangat istilah hari ini kan ) okey kawan- kawanku, janganlah kalut sangat kita hurai satu persatu boleh? 

(okey boleh .. teruskan ) 

BAHASA DALAMAN itu ialah hati kita... hati kita yang terletak di dalam badan kita ini macam mana keadaannya, andainya hati yang mencerminkan bahasa dalaman kita baik maka Alhamdulillah penerimaan kita untuk setiap ujian itu juga baik. Kita akan terdorong untuk menerima ujian itu dengan sabar kerana kita sedar yang setiap ujian yang Allah timpakan itu sesuai dengan kemampuan kita... Allah itu Pencipta kita, jadi Allah tahu setakat mana kemampuan kita... 

jadi jom semak bahasa dalaman kita...baik tak bahasa dalaman kita...kalau bahasa dalaman kita ada masalah sikit maka cepat cepatlah kita perbaiki dengan ilmu ..moga moga Allah hadiahkan kita semua hati yang baik... hati yang menerima setiap ketentuan dengan sabar dan redha...(Amin Amin ) kita tak tahu  perkara yang kita tak suka ini sebenarnya baik untuk kita dan kita juga tak tahu perkara yang kita suka itu belum tentu memberi kebaikan kepada kita.. .Allah Maha Mengetahui dan setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ini dalam pengetahuanNYA. 

faham tak faham nie kawan- kawan ? 

(  faham faham...)

Alhamdulillah...yang terangguk angguk itu maksudnya kita dah faham...jadi selepas ini jangan terlalu banyak membilang ujian yang menimpa  yer, mari sama sama kita bilang nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan oleh Allah...Lagi satu, kita kena ingat setiap musibah yang menimpa ini ada hikmahnya.. 

carilah hikmah tersebut... jom baca satu cerita nak...cerita ini pun saya ambil dan  tulis daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya dengar tadi.. 
[ kisah seorang raja yang sedang menajamkan alatan untuk berburu dan tiba tiba kakinya terluka lalu dipanggil menterinya untuk mendapatkan pandangan siapakah yang perlu dipertanggungjawab atas kecederaan itu. Jawapan menteri tiada siapa yang boleh dipersalahkan dan semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Marah mendengarkan jawapan menterinya, lalu menteri itu pun dipenjarakan lalu keluarlah raja itu dengan menteri yang lain untuk berburu. Semasa berburu, raja itu terpisah dengan menteri yang baru dan menyebabkan raja ditangkap oleh orang asli yang sedang mencari orang untuk dikorbankan kepada tuhannya dan  persiapan untuk menjadikan raja itu sebagai korban telah terhenti kerana kaki raja ada balutan kesan luka. jadi raja itu dilepaskan dan barulah raja itu berfikir semula tentang kata kata menterinya " semua yang berlaku ada hikmahnya " lantas raja itu pun pulang dan melepaskan menterinya lalu bertanya " apakah hikmah kamu dipenjarakan ? " lantas dengan tenang menteri itu menjawab " andainya saya bersama dengan tuanku semasa tuanku ditangkap, tentu saya yang akan menjadi mangsa korban kerana tubuh badan saya sihat dan tiada kecederaan pada saya "]


(nampak tak ?? setiap yang berlaku ada hikmahnya )

JADI 
Mari kita semua berfikir sejenak...sebagai manusia, hamba Allah di muka bumi ini bagaimanakah kita berjalan di atas bumi milik Allah ini....adakah dengan penuh kemegahan ataupun sifat tawaduk?

okey..nanti saya sambung lagi..semoga bermanfaat.... 

Andainya ada yang bersedih dengan ujian yang menimpa semoga Allah bagi kekuatan hati untuk redha dengan ujian ini... 

 ------- ++++ -------

Semoga Bermanfaat 

Semoga Kita Berubah
Sebarkan Kebaikan



#SAM

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...