Tuesday 29 May 2018

Kereta

Hari ini terasa terpanggil untuk menulis tentang kereta. 

Siapa yang ada kereta? ( siapa yang ada kereta boleh angkat tangan. 😊 okey, bagus dah boleh turun tangan sudah 👍👍)

Boleh katakan mana mana individu yang sudah bekerja mempunyai kereta kerana kereta seakan satu keperluan untuk memenuhi tuntutan kita ke sana dan ke sini.

Namun,

Pernah tak kita terfikir  tentang ini : 

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan baik ?

Atau

Adakah dengan kereta itu kita memandu dengan berbahaya ?

Atau 

Adakah dengan kereta itu kita membahayakan orang lain ?

Atau 

Adakah dengan kereta ini kita boleh menyombong di atas jalan raya 

Wahai Sahabat,

Seandainya dengan kereta ini, ianya mampu membunuh peribadi mulia ketika berada di jalan raya berhenti sejenak dan berfikirlah. Fikir dengan hati jangan fikir dengan nafsu. Kerana seandainya berfikir dengan nafsu kita akan rugi. 

Jom kita semak, adakah anda semua pernah berselisih dengan babyku dan membuat hal di hadapanku. Andainya pernah, mohon berubah kerana pemanduan kalian berbahaya kepada orang sekeliling anda. 

Jom tengok :

Cerita Pertama  : 

Pernah suatu hari,  aku bersama baby putihku di jalan raya sambil melihat alam ciptaan Allah ini tiba tiba myvi kuning meluncur laju sehinggakan aku di tepi beristighfar dan menggeleng kepala kerana melihat lori di depan juga sedang memberikan signal untuk ke kanan jalan raya dan Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah tiada apa apa yang berlaku. 

Andainya saat itu, anda ingin membuang hajat berhentilah di mana mana hentian rehat dan rewat. Jangan memandu kalut begitu. Kesian kepada orang yang sedang menanti kepulangan kita. 

Cerita Kedua :

Memotong tanpa signal. Allahurabbi, wahai sahabat setiap daripada kereta kita itu ada signal kan? Tolong lah selepas ini gunakan signal itu dengan betul kerana aku  tidak mampu membaca ke mana destinasi anda. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sehinggakan aku sendiri pun tidak pasti awak sebenarnya mahu berada di laluan mana. 

Atau 

Sewaktu awak ambil lesen dulu, cikgu awak tak pernah bagitahu tentang komponen dalam kereta. Sewaktu aku ambil lesen dulu, aku minta cikgu aku tunjukkan semua sampaikan hari pertama dia tinggalkan aku dalam kereta untuk mengenali komponen sahaja. 😆

Cerita Ketiga 

Pemandu yang tak sabar-sabar. Tak tahu lah apa yang nak dikejar. Lampu isyarat baru bertukar dan belum habis aku nak baca Bismillah, aku dah dengar orang belakang tekan hon sudah. Nasib aku ini Allah anugerahkan dengan sikap tidak melatah, jadi aku pun tukar gear dengan perlahan dan teruskan pemanduan. 

Ingat sudah habis dendamnya pada aku. Tiba tiba dia bawa kereta dan berada di tepi babyku dan pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang sahaja. Allahurabbi, apa ini kawan. Tolonglah berhemah sedikit. 

Okey, nanti kita sambung lagi wahai sahabat.

Andainya mahu ditulis semua, aku perlukan sekurang kurangnya seminggu untuk mengingat kembali memori memori itu. 

Semua memori itu perlu ditulis untuk membolehkan aku menjadi pemandu yang baik dan tidak menyusahkan

Namun,

Aku juga manusia biasa yang kadang kala terlupa dan terleka. 

Sama- sama kita pesan memesan supaya nanti kita boleh melahirkan pemandu yang bertanggungjawab dan dapat menuai pahala di jalan raya. 

Jumpa lagi

Jom jadi baik. Sebarkan kebaikan 

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...