Tuesday 10 September 2013

oh my english

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.....

semoga kalian semua berada dalam rahmat dan redha Illahi.... 

Alhamdulillah...hari nie ana dan sahabat-sahabat semua masih diberi peluang untuk meneruskan hidup sebagai seorang hamba Allah dan yang paling penting kena bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat.... JADI JANGAN LENGAHKAN TAUBAT YER SAHABAT....

okey...hari nie ana nak bercerita tentang oh my english.... hihihi...bukan rancangan oh my english rancangan che ta dekat astro tue...tapi ana nak semua sahabat ana yang masih bersekolah nie rajin belajar english.... jangan malas2.... ana dulu sangat xsuka dengan subjek english...maklumlah persekitaran ana bukan persekitaran yang berbahasa english... jadi ana memang xselesa untuk bertutur dalam bahasa english nie.....

for this time not  really maybe after this i can speak english very well....

erm...bila ana dah besar dan merantau ke negeri lain selain kelantan baru ana tahu yang english sebenarnya penting..sebab ramai orang berlumba-lumba untuk belajar dalam bahasa english.... (hellloooo, jangan fikir orang kelantan xpandai cakap english ek..jangan tau... hihihi ..mereka sangat terer tapi semangat kelantanrian sangat tinggi...so we comfartable to speak kelantarian (see my english...good kan? hihihihih) ...

contoh :

1) come to papa..come to papa (seorang ayah ajar anak dia)
2)baby, no...when mama said no so no lah (seorang ibu dengan anak dia)
3)student, listen (seorang cikgu dengan anak murid)

see....semua nak guna english.....  jadi jom sama2 kita belaja english.... opSSS tapi dalam masa yang sama jangan lupa bahasa Al-Quran tau..... 

kalau kita xbelajar memang selamanya kita xakan konfident nak cakap english.....erm...teringat satu peristiwa seorang perempuan Malaysia  dengan lelaki dari Yaman.... Mereka berbual dengan cara yang pelik...seorang speaking dan seorang lagi lebih selesa menjawab setiap pertanyaan itu dengan menulis di atas buku catatan lelaki itu....  (BE CONFIDENT TO SPEAK ENGLISH DARLING).....

okey semua.... jom kita belajar english.... u must be a confident person..... 


okey sweetheart..... auntie speak english with u.....
OKEY....ASSALAMUALAIKUM...... JUMPA LAGI...


Saturday 7 September 2013

ibu n bapa

Assalamualaikum semua.....

hai semua...apa khabar...ana harap semuanya sihat-sihat belaka dan yang paling penting sekali check iman kita masing-masing...pastikan graf iman berada pada tahap yang baik yer.... jangan asyik merudum jer.... (Ingatan nie untuk ana sekali tau....bukan untuk korang jer)....

k la... hari nie ana nak bercerita tentang ibu bapa....semua orang ada ibu bapa kan ...jadi mari sama-sama kita ucap Alhamdulillah kerana masih lagi mempunyai peluang untuk merasa kasih sayang mereka dan yang paling penting kita masih lagi dapat merasa keberkatan doa ibu dan ayah.... ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TERINDAH INI....

xkurang juga ramai yang tidak bersyukur dengan ibu bapa mereka...mereka sering memarahi ibu bapa dan membiarkan mereka....xkurang juga yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.... ana mohon semoga kita semua dijauhkan daripada sikap macam tue kerana ibu bapa ini ialah anugerah Allah pada kiita.... xkan kita sanggup nak buat anugerah Allah macam tue kan... kalau xde mereka belum tentu kita boleh tumbuh membesar dengan sihat macam nie...mampu ketawa ketika gembira...mampu menangis kita sedih..mampu berjalan ke mana jua..... 

erm... lagi satu yang ana nak kongsi bersama semua.... ini cerita ana dengan mak ana la.... 

sayangnya seorang ibu kepada anaknya

ana ~ mek, tadi mek doa gapo...nampok khusyuk benar..... (tanya ana apabila melihat kesungguhan beliau berdoa tadi)

mek ~ erm.... mek berdoa semoga Allah ambil nyawa mek sebelum mek menyusahkan anak-anak mek semua ( jawabnya perlahan seperti susah nak jawab pertanyaan anaknya ini)

ana ~ Allah...bakpow mek doa gitu... kami kan 10 orang... kami boleh jaga mek... kalau orang lain sibuk xpelah biar kak teh jaga mek dan abah... kak teh sayang mek dengan abah ( terasa bergenang air mata ana masa dengar mek ana cakap macam tue...)

mek ~ mek tahu yang kamu semua sayang ko mek...tapi xkan kamu boleh sabar sekiranya bila mek tua nanti mek berak merata, mek nyanyuk, mek buat itu dan mek buat ini ( perlahan-lahan keluar perkataan itu membuatkan ana mula membayangkan situasi itu.... sanggupkah ana...timbul persoalan itu di benak ana..)

ana ~ hish.... jangan cakap macam tue.... mek doakan la semoga Allah bagi kekuatan untuk kami jaga mek dan abah nanti (jawab ana sambil memegang erat tangannya...selepas dia membalas sentuhan ana, ana pun berlalu pergi dengan membiarkan air mata membasahi pipi )

 ::: TENGOK... ITU YANG DIRISAUKAN OLEH IBU BAPA...JADI SAHABAT-SAHABAT SEMUA JOM TANAMKAN NIAT DALAM HATI UNTUK BERBAKTI KEPADA ORANG TUA WALAUPUN PENAT MACAM MANA PUN :::

semoga kita semua menjadi kuat untuk menjaga ibu bapa kita yer... janganlah sesekali marahkan mereka kerana pengorbanan mereka kepada kita adalah sangat besar..... 

Abah, mek, ------> kak teh sayang mek dan abah.....

|| JOM MUHASABAH DIRI ||

jangan buat macam nie yer....                    




Thursday 5 September 2013

Nilai Wang

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

harapnya kalian semua sihat hendaknya...dan buat semua pembaca pula...teruskan membaca kerana membaca ini jambatan ilmu dan ilmu haruslah dicari....xakan datang bergolek-golek kepada kita... cuba bayangkan tengah kita lepak tiba2 datang benda bulat dan cakap " AKU ILMU...AMBILLAH AKU" hihihi...agak2 kita ambil tak benda itu atau kita angkat kaki dan terus lari.... hihihi...

okey..lets speak or think about money...everyone have money and i also have money  =) .... BUT, WHAT VALUE OF MONEY.....

hihihi....speaking pulak ana.... .. serius ana cakap...bila ana bekerja sebagai guru ini baru ana dapat tahu macam mana susahnya nak dapat dulu.... ana ingat duit ini tidak susah dicari itu sebab anak-anak mampu menadah tangan di hadapan orang tua mereka untuk mendapatkan duit... mereka sanggup marahkan ibu bapa yang tidak memberi wang yang mencukupi untuk mereka tatkala mereka melangkah ke sekolah....

Allahurabbi....kalau adalah dalam kalangan pembaca yang ada pengalaman ini cuba tarik orang-oorang macam nie dan bisikkan..."TAHU TAK NAK DAPAT DUIT INI PAYAH" kita kena keluarkan peluh, keluarkan semua tenaga untuk mendapatkan duit.... DUIT PUN XDATANG BERGOLEK SEPERTI ILMU...

KALAU TAHU KESUSAHAN MENDAPAT DUIT BARULAH TAHU MENGGUNAKAN DUIT DENGAN BAIK.....

# teringa zaman kecil-kecil dulu, ana selalu teman mek dan abah ana pergi menoreh getah.... ana dan adik-adik akan tolong mereka mengutip getah untuk meringankan beban mereka... terima kasih mek dan abah....sekarang baru kak teh rasa macam mana susahnya nak dapat duit.....

BESARNYA NILAI PENGORBANAN MEREKA.......
duit...

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...