Saturday 27 April 2013

ALLAH....

YA ALLAH.....

AMPUNKAN DOSAKU...
DENGARLAH RINTIHANKU....

YA ALLAH....
SESUNGUHNYA AKU SEORANG YANG KEJAM PADA DIRI SENDIRI...
AMANAHMU AKU ABAIKAN.....

YA ALLAH
BERIKANLAH AKU KESEMPATAN UNTUK SAMPAI KE PINTU MAGHFIRAHMU
SESUNGUHNYA AKU TIDAK BERDAYA YA ALLAH....
KUATKANLAH AKU...
TABAHKAN HATIKU YA ALLAH....

SESUNGUHNYA HANYA PADAMU AKU BERSERAH.........


DOSAKU BOLEH DISEMBUNYIKAN DARIPADA PANDANGAN MANUSIA
NAMUN DENGANMU YA ALLAH, TIDAK ADA RAHSIA KERANA SEMUANYA DALAM PEERHATIANMU.....

AMPUNKAN SEMUA KESALAHKU, SEMUA KESALAHAN  AHLI KELUARGAKU, KAWAN-KAWANKU, GURU-GURUKU, PELAJAR-PELAJARKU SERTA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SAMAADA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN MENINGGAL DUNIA....

YA ALLAH
KURNIAKAN KAMI HATI YANG LEMBUT DAN TUNTUNILAH HATI KAMI MENUJU REDHAMU.... SESUNGUHNYA HANYA PADAMU KAMI BERSERAH.....

Tuesday 23 April 2013

Waalaikumusalam Cik Angin.....

 Alhamdulillah...... bait demi bait saya gagahkan untuk membaca setiap tulisan awak......dan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimanakah perasaan saat membaca sambil ditemani oleh muzik itu.....

setiap kenangan yang dibina bersama akan terpahat dalam hati saya dan masih lagi saya teringat senyum manis sahabat saya ini di saat saya memakai stokin kaki dan di saat saya melabuhkan tudung.... Walaupun masa itu hanya seketika tetapi ianya terpahat di hati dan akan membuatkan diri ini mengukir senyum walaupun jauh di perantauan....masih lagi terasa pujukan penuh sabar awak untuk mengajak saya ke arah kebaikan....

INGAT KENANGAN BUAH PRUNE KITA....(di tepi Surau Al-Falah kita mengatur langkah bersama dengan seribu cerita)

usahlah awak risau dan gentar tentang diri ini.....sesunguhnya Allah itu Maha Mendengar dan penjagaan Allah ialah sebaik-baik penjagaan...Allah memang sentiasa bersama dengan kita......Terima Kasih awak untuk ingatan itu......terima kasih untuk segalanya....Terima kasih juga kerana selalu hadir untukku.....

Semoga setiap orang dianugerahkan sahabat sepertimu...dan semoga setiap hari cinta kita dibajai kerana Allah..... Allahumma Amin....

uhibbuki fillah

Wednesday 17 April 2013

Gembira

Alhamdulillah....

ana sangat gembira kerana ana saudara ana berjaya dalam pertandingan bercerita....

teruskan berdakwah wahai sayang....

semoga Allah mempermudahkan jalan-jalan dakwahnya.....

Friday 12 April 2013

AWAK....

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT......

Bangun  pagi-pagi xde kerja lain di waktu cuti nie....lepas setel semua mesti buka Fb...jadi tengah-tengah melayari FB tue terjumpa  satu puisi ni (adakah ia dianggap puisi) ana sendiri pun xtahu....hihihii....

Awak. . .
Ya , awak yang tengah baca ni.
Saya tahu , jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang tidak terlukis terang.


Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.


Tapi saya percaya ada sesuatu kan....


Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta :')

 

 

 sudah habis itu puisi....(^_^)
bestkan kalau kita semua selalu mengharap daripada Allah.... bila kita sudah belajar redha...maka kita xakan sesekali mempersoalkan takdir yang telah tertulis untuk kita....

jumpa lagi

ASSALAMUALAIKUM

Tabahlah wahai hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat......

baru jer ana naikkan status "Tabahlah Wahai Hati  kat fb...terus ada yang bertanyakan itu dan ini..... Alhamdulillah ana masih lagi dikurniakan sahabat yang prihatin.... masa naikkan status tue xde pun niat dalam hati cuma kata-kata itu ditulis untuk menguatkan hati yang sedikit goyah dengan ujian Allah....

saat kita penat...syaitan memang senang untuk mengoda kita.... samalah ana tadi, dalam kepenatan ana pula mendengar suara anak saudara yang minta ana temaninya pergi pertandingan bercerita membuatkan ana rasa macam bersalah sangat kerana tidak dapat menemaninya. sedangkan dulu ana sudah bertekad untuk menjaga anak-anak saudara ana selepas mereka kehilangan arwah mama mereka.....

namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah... ketentuan Allah telah menghantar ana di Penang sedangkan hati ana separuh melayang ke Johor..... xpelah kadangkala ujian yang diberikan oleh Allah ini baik untuk kami sekeluarga...cuma kita jer lambat untuk menyedari......



xsia-siakan.... semoga Allah kurniakan kekuatan untuk kita terus berjalan di bumi Allah....semakin hari umur semakin singkat....

SEMOGA KAMI TERUS TABAH.....

ALLAHUMMA AMIN....

jumpa lagi

Assalamualaikum.....

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...