Friday, 12 April 2013

AWAK....

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT......

Bangun  pagi-pagi xde kerja lain di waktu cuti nie....lepas setel semua mesti buka Fb...jadi tengah-tengah melayari FB tue terjumpa  satu puisi ni (adakah ia dianggap puisi) ana sendiri pun xtahu....hihihii....

Awak. . .
Ya , awak yang tengah baca ni.
Saya tahu , jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang tidak terlukis terang.


Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.


Tapi saya percaya ada sesuatu kan....


Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta :')

 

 

 sudah habis itu puisi....(^_^)
bestkan kalau kita semua selalu mengharap daripada Allah.... bila kita sudah belajar redha...maka kita xakan sesekali mempersoalkan takdir yang telah tertulis untuk kita....

jumpa lagi

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...