Friday, 12 April 2013

Tabahlah wahai hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat......

baru jer ana naikkan status "Tabahlah Wahai Hati  kat fb...terus ada yang bertanyakan itu dan ini..... Alhamdulillah ana masih lagi dikurniakan sahabat yang prihatin.... masa naikkan status tue xde pun niat dalam hati cuma kata-kata itu ditulis untuk menguatkan hati yang sedikit goyah dengan ujian Allah....

saat kita penat...syaitan memang senang untuk mengoda kita.... samalah ana tadi, dalam kepenatan ana pula mendengar suara anak saudara yang minta ana temaninya pergi pertandingan bercerita membuatkan ana rasa macam bersalah sangat kerana tidak dapat menemaninya. sedangkan dulu ana sudah bertekad untuk menjaga anak-anak saudara ana selepas mereka kehilangan arwah mama mereka.....

namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah... ketentuan Allah telah menghantar ana di Penang sedangkan hati ana separuh melayang ke Johor..... xpelah kadangkala ujian yang diberikan oleh Allah ini baik untuk kami sekeluarga...cuma kita jer lambat untuk menyedari......



xsia-siakan.... semoga Allah kurniakan kekuatan untuk kita terus berjalan di bumi Allah....semakin hari umur semakin singkat....

SEMOGA KAMI TERUS TABAH.....

ALLAHUMMA AMIN....

jumpa lagi

Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...