Monday, 25 February 2013

sayangi mereka

Assalamualaikum semua.... hari nie ana terpanggil untuk menulis tentang kedua ibu bapa kita... iaitu insan yang sangat bermakna dalam diri semua orang yang bergelar anak.....


Alhamdulillah...untuk saat ini ana masih lagi merasa kasih sayang mereka berdua dan ana masih lagi mampu menagih doa daripada mereka.... bagaimanakah agaknya perasaan sahabat kita yang sudah tidak ada ibu dan ayah lagi kan? harapnya mereka tabah dan teruskan berdoa kerana doa anak yang soleh ini akan membantu kedua ibu bapa di alam barzakh nanti.....Al-Fatihah

ana nak berkonsi ayat yang ana baca tadi

:::::: Sekiranya ibu bapa anda bukan dikategorikan sebagai ibu bapa penyayang, anda masih perlu menghormati dan bersopan santun dengan mereka. hal ini kerana, mereka sentiasa menyayangi anda. hanya mereka tidak pandai menunjukkan kasih sayang mereka itu dengan perbuatan atau percakapan :::::

kalau tengok tue agak-agak faham tak?

ana harap kalian faham...dan sebar-sebarkanlah sebab tidak semua ibu bapa mampu memeluk dan mencium anak mereka seperti orang lain kerana mereka dulu tidak pernah dibuat demikian...dan kadangkala kepenatan mereka bekerja membuatkan mereka  terlupa untuk memperlakukan demikian kepada anak-anaknya... 

apabila mereka tidak menciummu, tidak membelaimu janganlah kamu merasaakan diri kamu tidak bertuah seperti sahabatmu yang lain kerana setiap ibu bapa sayangkan anaknya dan pendekatan mereka sahaja yang berbeza...... ada ibu bapa yang selesa berleter menasihati anaknya, ada yang lebih suka bekerja kuat untuk membuktikan sayangnya......dan ada yang hanya mampu berdoa untuk membuktikan sayangnya padamu....

contoh ana sendiri pun... ibu bapa ana kerja sebagai penoreh getah dan kepenatan mereka membuatkan kadang kala mereka terlupa untuk memeluk dan mencium ana dan adik beradik yang lain setiap kali mereka hendak keluar mencari rezeki.... namun ana dan yang lain akan meluru ke arah mereka dan cakap CIUM SIKIT BOLEH???

Hihihihi...mesti pelik kan dengar permintaan macam tue tapi itulah yang kami semua lakukan...dan Alhamdulillah.... kami rasa tenang dalam pelukan mereka....

SAYANGILAH IBU BAPA... KERANA HILANG MEREKA TIADA PENGANTI......JANGAN SESEKALI MENYAKITI DAN MELUKAI MEREKA....TANPA MEREKA SIAPALAH KITA...

KEGEMBIRAAN MEREKA ADALAH KEPUASAN ANA....

INSYA-ALLAH.......

 






JUMPA LAGI

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...