Wednesday, 6 February 2013

kematian

Assalamualaikum sahabat sekalian.......

Alhamdulillah, 2 minggu ana menyepi dan hari nie ana kembali menulis sehingga Allah takdirkan ana berhenti menulis kan....

Melihat tajuk entry ana,tentu sahabat-sahabat sekalian tahu apa yang akan ana perkatakan yer..... hari nie ana nak menulis berkenaan dengan kematian.....

Seminggu yang lepas, ana baru kehilangan kakak ipar yang telah kembali ke rahmatullah pada 25/01/2013 pada jam 7.43 minit petang (kalau xsalah ana la)..... serius masa ana dapat berita itu ana terus rasa macam hilang buat seketika.... sebab itu kali pertama ana menerima berita tentang kematian selepas 4 tahun ana kehilangan arwah datuk dan nenek..... (Al-Fatihah untuk mereka dan semoga roh  mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah... Amin...Amin )

selepas ana okey, ana terus mengambil wudhuk dan meniatkan untuk arwah dan selepas selesai ana meminta kawan ana menemani ana ke stesen bas dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan ana.... akhirnya jam 11.30 malam ana membelah malam untuk ke johor bagi menemui abang ana serta anak arwah yang 3 orang.. 

serius pada masa itu, yang ana fikir ialah ini ujian untuk kami sekeluarga. air mata yang mengalir pada diri ana, ana seka dengan tangan dan pantas tangan ana menaip mesej untuk abang ana yang sangat ana sayangi dan dalam masa yang sama ana harap dia tabah hadapi semua ini

" banyakkan bersabar abang...nie dugaan untuk kita semua dan insya-Allah kita akan hadapi bersama.....sesunguhnya Allah tetap bersama kita..berdoalah padaNYa...

selepas menghantar mesej tersebut,ana hanya mampu berdoa  dan terus berdoa dan Alhamdulillah ana sampai jam 3 pagi kat johor dan abang ana yang nombor 4 dan no 7 terus datang ambil ana dan kami membelah kesunyian malam untuk ke kampung baru dekat kota tinggi untuk ke rumah arwah... dan kami selamat sampai jam 4.45 pagi di rumah arwah..... muka pertama yang ana pandang  ketika ana turun daripada kereta ialah muka abang ana yang ke 3 (suami arwah). lantas, berlari ana cium tangannya dan ana raih dia dalam pelukan ana dan Alhamdulillah kami berdua rasa tenang..... (begitulah nikmat kasih sayang yang Allah ciptakan)......

sebaik menjejakkan kaki..... arwah yang sedang terbaring kaku ana pandang dan terus diambil sekali lagi surah Yasin untuk dibacakan buat arwah kakak ipar yang ana sayangi itu... telefon yang berbunyi ana bagi pada abang ana untuk dijawab. apa yang tidak disangka ialah sesampainya ana dirumah arwah, 2 orang anaknya yang ana gelar kakak dan abang terus tersedar manakala yang paling kecil sedang tidur di tepi arwah mamanya dan pandangan mereka membuatkan ana terasa sangat sayu...lantas ana larikan pandangan dan membisikkan sesuatu dalam hati " aku mesti kuat, aku xnak mereka sedih'...tolonglah YA Allah "........


Allahurabbi...xsanggup ana nak sambung cerita nie..... Insya-Allah kalau ada kekuatan ana akan tulis lagi cerita ini sebagai renungan kepada kita semua.....

SEMOGA ARWAH ROSLINDA BINTI SIDEK DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SOLEHAH.... ALLAHUMMA AMIN....

AL-FATIHAH


No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...