Thursday, 7 February 2013

kematian 2

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang ana sayang kerana Allah...

Sekali lagi ana menyeru sahabat-sahabat ana menucapkan Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk kita terus bernafas dan membuat perkara yang menjadi tugas sementara kita...... selain itu juga, nafas yang dipinjamkan oleh Allah ini juga menandakan bahawa peluang untuk bertaubat masih dibuka dan teruslah memohon pada DIA.

ana nak sambung, berkenaan dengan kematian kakak ipar ana... hari nie mengambil keberkatan hari jumaat dah juga hari dimana arwah pergi meninggalkan kami semua.... pada waktu subuh pagi sabtu sementara menunggu arwah yang belum dimandikan, dikafankan dan dikebumikan kami semua mengambil wudhuk dan sembahyang subuh berjemaah. selepas subuh berjmaah kami membaca yasin beramai-ramai dan suasana hening pagi itu dipecahkan dengan nada tangisan yang keluar dari anaknya dan dalam masa yang sama ana dapat lihat titisan air mata abang ana. saat itu, kolam air mata yang ana tahan itu mula mencuri keluar dan apabila melihat air mata ana makin kuat tangisan yang keluar daripada mereka....

Allah yang tahu apa perasaan ana waktu itu....sedih yang sangat sedih melihat nasib anak saudara yang kehilangan arwah mamanya disaat mereka ingin membesar di samping orang yang tersayang.....namun air mata itu ana kesat perlahan kerana aa tahu makin ana sedih makin xkuat dan goyahla hati anak-anaknya.

Namun...ana sangat bangga dengan arwah kerana dia pergi mengadai Illahi di saat 2 orang anaknya sudah khatam Al-Quran dan mereka mampu membaca tahlil untuk arwah walaupun mereka baru berumur 12 tahun dan 10 tahun...... Alhamdulillah, ana harapkan perkara itu mempu menjadi bekalan untuk arwah di dunia sana sebelum menuju akhirat.....Allahumma Amin...

Perkara ini membuatkan ana terfikir......

MACAM MANA AGAKNYA KALAU ANA YANG DIAMBIL OLEH ALLAH.....ANA TIADA ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ANA DI ALAM KUBUR SANA.......  

JADI BUAT IBU BAPA YANG TELAH DIBERI  PELUANG OLEH ALLAH UNTUK MEMPUNYAI ANAK, MAKA DIDIKLAH PENGHUNI SYURGA DALAM RUMAHMU UNTUK MENJADI YANG SOLEH DAN SOLEHAH.... JANGANLAH TERLAMPAU MENGEJAR KEMEWAHAN DAN KEMERIAHAN HIDUP SEBAGAI ORANG TERKENAL. KERANA DI DALAM ALAM KUBUR NANTI TIADA APA YANG DIBAWA KECUALI HANYA  3 PERKARA.....IAITU

1) SEDEKAH DAN  AMAL JARIAH
2) DOA ANAK YANG SOLEH SOLEHAH
3) ILMU YANG BERMANFAAT....


JUMPA LAGI :

 

ASSALAMUALAIKUM....
 


No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...