Assalamualaikum Cinta Hatiku....
erm...walaupun kak teh tahu abah tak akan baca tulisan kak teh ini tapi kak teh ingin juga menulis untuk puaskan hati kak teh...hihihi...sebab tadi tak sempat habis pun wish birthday sebab abah lorat nak beli ikan....hihihi...
kak teh :Abah, Assalamualaikum...kak teh nie (excited betul aku bila boleh bercakap dengan abah dan mek)
Abah : abah xdok rumah nie..abah dok kedai (hihihi...tentu dia malu nak melayan anak dia bila berada di kedai...almaklumlah anak dia nie karenah macam macam..ada sahaja benda nak di sakat abah dan meknya)
kak teh : oooo...okey...abah dok kedai gapo? (tengok betapa busy body nya anak dia nie...semuanya nak tahu )
Abah : abah dok kedai ikan nie...beli ikan sikit (ketawa dia ...tentu seronok dengar anak dia happy)
kak teh : peeewwitttttt....beli ikan gapo..masak sedap la...lapar pulak kak teh..makan kek dok hari nie (huhuhu...mulut macam bertih jagung yang nak jadi pop corn tue....papapapapapa..tak berhenti)
Abah : mesti la makan kek.... balik la makan kek dengan mek dan abah (huhuhu...tersentap seribu rasa bila dengan abah cakap gitu dan dengan senyum sememeh ucap SELAMAT HARI LAHIR terus letak telefon)
|| Abah...Selamat Hari Lahir ||
Abah..Anugerah Terindah
Hadiah Dari Allah Untuk Kami Sekeluarga
Titik Peluh Abah Selama Ini Membesarkan Kami Akan Sentiasa Dalam Ingatan
Abah..Anugerah Terindah
Sentiasa Bersama Kami Saat Susah Dan Senang
Abah...Anugerah Terindah
Terima Kasih Kerana Memilih Ibu Yang Terbaik Untuk Kami
Abah ...Anugerah Terindah
Anak Sentiasa Didahulukan Daripada Dirinya...
Terima Kasih Abah...
Untuk Cinta Dan Kasih Ini
|| Selamat Hari Lahir Abah ||
Abah....Terima Kasih untuk segalanya...terima kasih kerana menjadi cinta hati kak teh...terima kasih kerana sentiasa bersama kak teh..terima kasih kerana sentiasa mendengar celoteh kak teh...terima kasih kerana sentiasa melayan kak teh...terima kasih kerana sentiasa menerima baik buruk kak teh...terima kasih kerana sentiasa ada semasa kak teh sihat atau tidak sihat...terima kasih untuk kasih sayang ini...terima kasih untuk semuanya....
PALING PENTING
Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana telah memilih ABAH yang baik untuk menjadi PELINDUNGKU....
semoga abah sentiasa sihat dalam jagaan Allah...semoga setiap langkah ABAH berada dalam rahmat dan redha Allah.... Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam jagaan Allah....moga setiap langkah kita sekeluarga dipermudahkan oleh Allah....
kak teh sayang abah...sayang sangat....
#Life_Cikgu_Siti
#Life_SAM
No comments:
Post a Comment