on Fb...baca status kawan kawan tiba tiba hatiku terasa tidak keruan melihat status seorang sahabat sewaktu di UPSI dulu....
simpati terhadapnya melimpah ruah melihat dia sentiasa dihujani dengan pertanyaan pertanyaan sentap daripada manusia yang kadang kala bercakap tanpa menggunakan hati dan perasaan ini iaitu
Bila nak ada anak nie????
Allahurabbi...siapa sahabat saya tue yang langsung tiada ilmu alam ghaib untuk mengetahui bila dia ada anak...kalau dia tahu confim dengan bergaya dia akan cakap nanti _____/____/_____ saya akan dapat anak la....
Sabarlah Sahabat...
Walaupun tidak ditakdirkan sekarang awak mempunyai baby...tabahlah sayang kerana Allah itu ada..Allah bersama dengan orang yang sabar... In Sha Allah andainya telah tertulis kalian akan mempunyai baby, suatu hari nanti saat indah itu akan menjelma jugak...jangan berhenti berharap dan berdoa kerana Allah Maha Mendengar... Allah Maha Penyayang.... Ujian semua orang datang dengan pelbagai bentuk...sama ada kita mengerti atau tidak ujian itu... m0ga tabah yer sahabat....
sama lah konsep dengan saya yang tidak kahwin lagi...hari hari dihujani dengan soalan bila nak kahwin???
jawapnya senang sahaja... senyum senyum dan senyum.... kerana setiap kali jawap pun mereka tidak puas hati dan bertanya -tanya lagi...
::: sahabat, awak perasan tak walaupun Allah tak bagi kita baby sendiri tetapi bila ada baby berdekatan dengan kita, nescaya mata baby itu tidak akan berkelip memandang kita...setiap perbuatan kita diintai oleh mata bulatnya...setiap senyuman dan lambaian kita akan dibalas dengan senyuman dan ketawa dari wajah indah itu.... Alhamdulillah nikmat itu pun dah terasa indah :::
|| Moga kita terus bersabar dengan perangai manusia yang prihatin nie ||
|| Moga lepas ini ada rezeki untuk kita ||
|| Yakin dengan janji Allah ||
|| Moga tabah dan kuat sahabat ||
|| Aku menulis bukan kerana nama., tetapi aku menulis kerana cinta ||
#life_SAM
No comments:
Post a Comment