Assalamualaikum semua....
Apa khabar semua...semoga sihat sentiasa yer...
Alhamdulillah hari ini aku telah berjaya menghabiskan buku ini....huhuhu..ambil masa 3 minggu juga nak habiskan buku ini... (huhuhu...ingat senang ker nak habiskan setiap buku yang kita beli) 3 minggu itu terlalu lama kan... hihihihi...namun tidak mengapa kerana akhirnya berjaya juga aku habiskan..
|| buku ini memang berbeza ||
tak rugi pun baca perlahan buku ini kerana setiap lembarannya berjaya mengusik hati yang sentiasa mendahagakan perubahan ..dan Alhamdulillah melalui penulisan ini, penulis berjaya menjentik halus rasa dan paling penting buku ini menekankan tanggungjawab kita sebagai seorang islam..tanggungjawab mengejar keredhaan Allah dan tanggungjawab menyebarkan agama Allah...paling penting betapa manisnya sebuah ukhuwah sesama agama dan sesama manusia...
Perjalanan 3 bersaudara ini selama 239 hari, perjalanan 3 bersaudara ini mengunjungi 140 masjid di seluruh semenanjung Malaysia dan perjalanan 3 bersaudara ini di 11 buah negeri sepanjang 2353 km sentiasa disambut dengan penuh perasaan gembira daripada insan insan yang mulia...Alhamdulillah Allah takdirkan mereka berjumpa dengan orang orang yang baik... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah....
terasa kerdil diri saat penulis menceritakan pengalaman mereka yang diberi pertolongan oleh Allah saat mereka memanjatkan doa dari Allah...memang betul janji Allah kalau kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita ...jadi teruskan perjuangan untuk agama Allah ini..jangan berhenti andai ada orang yang membenci...jangan terasa lelah andai ada orang mengutukmu...kerana ramai lagi orang yang menyukai pekerjaan yang dilakukan olehmu... paling penting ialah pandangan Allah berbanding pandangan manusia.... Allah pandang hati kita, ingat...Allah pandang hati kita..Allah pandanga hati kita... jadi bersihkan hati yer...
|| Dalam buku ini juga aku temui jawapan untuk masjid yang ingin dikunjungi oleh ibuku...dia selalu cerita tentang masjid berkembar ini, masjid yang dipisahkan dengan sebatang sungai..dan Alhamdulillah teka teki itu berjaya diselesaikan dalam buku ini yang menceritakan tentang Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Ismail yang terletak di Tanjung Agas di daerah Ledang... InsyaAllah satu hari aku akan bawa mek dan abah ke sini...kami akan solat di sini..doakan aku yer sahabat sahabat semua ||
|| kebersihan ini perkara mudah dan itu jugalah yang sering diambil mudah - kata penulis ||
....semoga impian kalian untuk mengembara di sabah sarawak dimakbulkan oleh Allah..walaupun aku tak mengenali kalian bertiga namun aku kagum dengan semangat kalian bertiga..semoga suatu hari nanti aku mampu singgah di masjid yang kalian singgah dan saat itu aku akan tersenyum indah kerana aku pernah berada di masjid yang pernah kalian bersihkan...masjid yang memberi kalian ukhuwah yang sangat indah....
[ buku ini akan ku simpan dalam kereta..senang untuk rujukan nanti... senang andainya aku mengembara dengan mek dan abah akanku singgah ke semua masjid dan hidupkan obor perjuanganmu wahai sahabat ...dan setakat ini aku sudah singgah di masjid Kapitan dan Masjid Negeri Pulau Pinang... itupun sebab aku bekerja di area penang ]
nak tahu lebih lanjut bolehlah beli buku ini....tak rugi pun...
semoga dipermudahkan...tolong doakan aku...
semoga bermanfaat...
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment