Marah....
Itulah antara perkara yang sangat aku elakkan ketika berhadapan dengan pelajar .... sebab andainya perasaan ini berada dalam mindaku habis semua benda aku akan marah dan last sekali bila malam aku tak boleh tidur apabila memikirkan hariku yang berlalu dengan penuh kemarahan itu...
Namun
Dua hari lepas kesabaranku teruji dengan ketidaksungguhan pelajarku dalam membuat kerja khusus mereka..selepas dua minggu masih ada lagi yang terkial kial nak buat draf, masih ada lagi yang bertanyakan potensi padaku , masih ada lagi yang bertanyakan tentang borang temubual.. Allahurabbi saat itu kemarahanku meletus dan kemarahanku meletus kepada pelajar yang sangat baik....
Allahurabbi...bersalahnya rasa melihat dia melangkah pergi dengan sehelai kertas sambil menundukkan wajahnya..
dan akibat daripada kemarahanku yang membara, dua malam lepas susah sungguh nak tidur... sebelum tidur teringat ingat wajah pelajar itu lantas ku bangkit dari tidur dan menghantar permohonan maaf untuk nya.. dan Alhamdulillah huluran maafku diterima..
|| " Nevermind cikgu it's okay I know u also stress bcoz kelas kami macam zoo " ||| itulah mesejnya..
pergh...lega sungguh bila mendapat sebuah kemaafan ...
[ aku cikgu biasa yang dilengkapi dengan semua perasaan. aku pandai marah..aku pandai tersenyum..aku pandai merajuk..aku pandai memujuk dan semua ini membuatkan aku berfikir untuk menjadi manusia yang hebat kita kena jadi lebih kuat untuk melayan perasaan negatif ini ]
| jangan layan semua perasaan negatif ini..kalau kita layan kita pun akan jadi seorang yang negatif |
semoga setiap langkahku makin dipermudahkan.... semoga aku jadi seorang cikgu yang baik...
No comments:
Post a Comment