Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullah Hi
Wabarakatuh
Alhamdulillah, hari ana beersyukur
kerana ana masih lagi diberi kesempatan waktu oleh ALLAH untuk terus mencoret
dan mencoret buat peringatan untuk diri ana dan juga diri sahabiah-sahabiah ana
sekalian.
Hari nie ana ingin menulis berkenaan
dengan niat. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertai dengan niat
barulah semua perbuatan yang dibuat itu akan dikira oleh ALLAH. Seperti mana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“ sesunguhnya,amalan itu ditentukan
oleh niatnya. Dan seseorang itu mendapat balasan daripada niatnya” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Dari sabda itu dapat ana gambarkan
betapa pentingnya niat dalam perlakuan sehari-hari kita namun adakah semua yang
kita buat nie ada niat hanya untuk mendapat redha ALLAH. Ataupun untuk
menunjuk-nunjuk?? FIKIR-FIKIRKAN....
Satu situasi yang ana nak semua orang
fikir ialah mandi. Aik, xkan mandi pun kena niat kot lainlah kalau mandi wajib
kan... mesti terfikir macam tue kan>>> erm, xkisah itu tapi nak
beritahu bahawa islam itu indah sebab semua perlakuan akan mendapat pahala
itupun sekiranya kita niat kerana ALLAH. Okey, berbalik pada mandi tadi, semasa
kita semua mandi apakah niat sebenar kita mandi. Ada satu golongan yang mandi
kerana mahu suci daripada kekotoran setelah seharian berhempas pulas membanting
tenaga di tempat kerja, sekolah, dan boleh menghilangkan penat dan ada satu lagi golongan yang niat mandi
kerana mahu mensucikan diri untuk mengadap ALLAH dan mendapat keredhaan ALLAH.
(agak-agak yang mana lebih baik daripada 2 situasi ini).
Jadi, untuk memastikan semua perkara
yang dilakukan sehari-hari seperti makan, minum, senaman, tidur, rehat menjadi
satu ibadah disisi ALLAH ialah dengan sentiasa berniat untuk meraih redha
ALLAH. Hal ini kerana apabila kita sentiasa mengingati ALLAH dalam setiap
pperbuatan kita maka akan lahiir pelbagai sifat terpuji dalam dirinya.
Jumpa lagi sahabat-sahabat semua. Semoga
kita semua sentiasa memperbharui niat kita dalam menuntut ataupun menyebarkan
agama.
Terima kasih sahabat-sahabat.
Assalamualaikum ....
No comments:
Post a Comment