Sunday 8 November 2020

PKPB HARI PERTAMA

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. 

Allah izin untuk aku masuk kembali dalam dunia penulisan ini selepas sekian lama aku tidak menulis. Perasaan seronok itu hanya Allah yang tahu.

๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Jom, aku bercerita tentang hari pertama PKPB walaupun hakikatnya hari ini belum habis lagi. ๐Ÿ˜

Hari ini bangun seperti biasa jam 5 pagi. Kemaskan katil dan melangkah ke kamar mandi dan seterusnya solat dua rakaat dan bergegas bersahur dan selepas sahur seperti biasa sambil menunggu azan subuh aku akan membaca dan hari ini nikmatnya lain sedikit kerana diizinkan untuk meluangkan masa lebih lama berbanding hari sekolah. Hari biasa paling lama pun lima minit sahaja membaca. ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 

Jam menginjak pukul 7, aku pun mengulangkaji pelajaran untuk membuat kelas secara maya bersama pelajarku dan Alhamdulillah penglibatan hampir keseluruhan pelajarku dan mereka memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah kasih sayang Allah itu luas sebenarnya. Dibuang jauh jauh perasaan sunyiku dengan kasih sayang pelajarku itu. Bising juga kelas dan ianya membawa tawa di bibirku. 

Habis kelas pukul 11.30 aku menelefon kakak dan habis bersembang aku pun membuka you tube dan menyanyi sepenuh hati. Boleh pening auntie sebelah rumah mendengar suaraku ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Sambil menyanyi aku singgah sekejap di blog dan perasaan menggebu untuk menulis dan Alhamdulillah masih ingat password. Jadi boleh menulis dan terus menulis lagi selepas ini.

Itu sahaja aktiviti buat masa sekarang. Petang nanti belum tahu lagi mahu buat apa.

Apapun pesan aku. Jaga diri baik baik sepanjang PKPB ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Kita jaga kita dan kita mampu melandaikan lekukan jangkitan ini. 

Ujian Covid ini untuk kita semua menyedari yang kita tidak berkuasa. Semuanya adalah dari Allah dan bila bila masa sahaja Allah boleh ambil semua kemegahan, kemahsyuran, kuasa yang kita ada. Allah uji kerana sayang. Allah mahu dengar rintihan kita. Gunakan masa terluang ini untuk merapatkan hubungan dengan Allah. 

๐Ÿ’“Jom jadi baik

๐Ÿ’“Sebarkan kebaikan

๐Ÿ’“Jumpa lagi 

๐Ÿ’“Assalamualaikum

 


No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...