Assalamualaikum semua.
Semoga berada dalam keadaan yang baik. Semoga sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Jom tengok, apa aktiviti saya pada hari ini.
Taraaa. 😀😀
Mencabut rumput di sekeliling kawasan meletak kenderaan. Alhamdulillah keluar juga peluh. Kalau tidak duduk di bilik sahaja.
Hasilnya.
Bersihkan? 😍🤩😍🤩
Alhamdulillah. Berpeluh juga walaupun tidak banyak. Nanti hari lain kita sambung lagi 💪💪.
Islam itu agama yang indah dan sangat menekankan kebersihan. Jadi sebelum tunggu orang datang bersihkan, apa kata kita bertindak dulu untuk pastikan keadaan sekeliling kita bersih.
Dalam menjaga kebersihan marilah sama sama kita bertanggungjawab. Lihat sampah kita kutip dulu. Lihat kotor kita bersihkan dulu. Perubahan itu bermula dari kita.
#jom_jadi_baik
#sebarkan_kebaikan
No comments:
Post a Comment