Indahnya hidup ini bila ada anak kecil di sisi namun tak semua orang bertuah untuk merasai pengalaman ini kan...
apapun doa dalam hati tak pernah putus supaya satu hari nanti aku bangun dan di sebelahku akan ada anak kecil yang sedang tidur dengan tenang dalam pelukanku, hangat kasih anak kecil yang tidak mempunyai dosa...hangat bersama senyuman anak kecil yang sangat membahagiakan..hangat dalam rangkulan kasih sayang yang Allah hadirkan dalam diri kita....
eh eh...macam berangan lebih jer....hihihi....apapun Allahumma Amin..hope one day....
sekarang nie nak balik rumah pun rasa excited sebab ada anak kecil Aina yang sangatlah aktif...hilang habis semua kerisauan, hilang semua kegelisahan saat terpandang wajah si kecil itu....terasa berbunga dunia melihat si kecil ini ketawa...berbunga melihat dia melangkah dengan kaki comelnya.... semua tentang anak kecil ini sangat bestlah...sangat sweet..sangat indah dan semua sangatlah....
Apapun, semalam anak kecil ini dah mencecah umur setahun...esok bateh pulak mencecah umur tua bateh..semoga kita berdua diberkati dan diredai oleh Allah yer sayang.....
wahai anak kecil...
Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah yer sayang...semoga menjadi anak yang baik...semoga menjadi anak yang hebat untuk mama dan abah awak yer sayang...
wahai anak kecil.....
bila besar nanti, hadapilah hidup ini dengan tabah kerana banyak dugaan yang menantimu..banyak halangan yang perlu awak tempuhi yer sayang.... tabahan hati kerana mama dan abah awak ada di sisi...kuatlah dan tabahlah wahai sayang...andainya jatuh..bangunlah semula kerana itulah penguat kita yang sebenarnya...
Aina tidur, bateh menulis kan...banyak sebenanrya bateh nak pesan kat Aina...hihihi...tapi memandangkan Aina belum pandai membaca nanti bateh tulis lagi yer....bateh sayang Aina..sayang sangat...Terima kasih kerana datang dalam hidup bateh yer wahai anak kecil ..... .
untuk ibu dan ayah di luar sana :
0_0 jagalah permata hati anda dengan baik kerana mereka merupakan aset anda di akhirat nanti
0_0 jagalah permata hati anda kerana mereka adalah amanah Allah untuk anda...jangan sia-siakan amanah ini
0_0 jagalah permata hati anda kerana merekalah lambang cinta kalian berdua...
semoga kawan kawan yang mempunyai permata hati bersyukur dan sentiasa mendoakan yang baik baik untuk permata hati kalian.....
Assalamualaikum semua....
#life_cikgu_siti
#life_SAM