awak...
Assalamualaikum....
Allahurabbi...rindu sungguh saya kat awak..terasa lama kita tak mesej..apatah lagi bercakap..apatah lagi kita nak berbicara seperti dulu...
terasa jauh sangat pulak...apapun harapnya nama saya sentiasa meniti dalam doa awak..hari ini terdetik satu rasa untuk menulis untuk awak ..seorang sahabat yang terlalu istimewa di hati saya...hihihi..mesti awak cakap saya emo kan...hahahahaha..memang tengah emo pun nie..emo kerana sangat merindui awak... (opsss...tolong jangan beratkan kepala awak yer..lagi satu awak jangan mesej saya yer..sebab kalau awak mesej confirm saya nangis..huhuhuhu ) ...
Apapun jangan risau kerana di sebalik kesedihan yang Allah pinjamkan ini ada juga kegembiraan yang Allah hadirkan untuk saya...
khas untuk awak
awak,
awak sahabat pertama yang saya ikrarkan untuk melangkah ke syurga bersama
awak,
awak sahabat pertama yang saya sayang sepenuh hati
awak,
awak sahabat pertama yang menerima saya seadanya
awak,
awak sahabat pertama yang mengelap air mata saya
awak,
awak sahabat pertama yang memperdengarkan Al-Quran di telinga saya
awak,
awak sahabat pertama yang mengajar saya makan dalam talam
awak,
awak sahabat pertama yang mengajar saya erti rindu
awak,
awak sahabat pertama yang mengharapkan kebaikan dari saya
awak,
awak sahabat pertama saya yang sangat istimewa ....
semua kebaikan dan keikhlasan awak tak dapat ditulis...sangat banyak untuk dihitung dan ditulis..nanti penuh pulak post hari ini...huhuhu..
apapun terima kasih awak...terima kasih untuk semuanya...
:: awak sangat istimewa sampaikan saya tengok gambar awak pun saya dah boleh tersenyum gembira...tapi tak boleh tengok lama lama kerana kerinduan itu memamah hati dan menyebabkan ada titisan mutiara akan muncul dan saat itu lah syaitan datang berjoget joget dan mempersoalkan tentang ukhuwah kita ini...huhuhu..jahat sungguh la syaitan ini kan.. ::
apapun
semoga semua urusan awak dipermudahkan ...semoga rindu ini akan membuahkan satu pertemuan dengan izin dan redha Allah... =D
Alhamdulillah...kurang sedikit rasa rindu..terasa macam dah cakap semua kat awak... semoga bertemu lagi di lain bingkisan rindu ..
Assalamualaikum awak...