AKHIRNYA
Kami berjaya menontonnya dan ditemani dengan 8 orang pengunjung lain...ternyata di panggung ini begitu selesa kerana tidak ramai orang berbanding Quensbay...
Hanya air mata menemani di saat menonton cerita ini...hanya Allah yang mengetahui apa yang bermain di fikiranku pada saat dan ketika itu..saat itu terasa aku mahu berlari ke pangkuan mek dan abah untuk membisikkan sendiri kata sayang ini, mahu memeluk erat mereka sebelum terpisah jasad dan roh, mahu menenangkan mereka dengan kepergianku menghadap PENCIPTA... Saat melihat Hajar, aku bagaikan melihat aku yang berada di situ kerana aku tergolong dalam golongan yang sentiasa dimanjai abah. walaupun abah tak pernah mengungkapkan sayang namun aku dapat merasai sayangnya melalui perlakuannya, melalui pandangannya, melalui senyumannya, melalui tingkahnya.. semua itu sayang seorang abah untuk anak perempuannya yang sudah dewasa..walaupun mencecah umur 29 pada pandangannya aku masih lagi anak kecil yang mesti dimanjai, ditegur, dinasihati, dimarahi .. manakala kasih seorang mek pula tiada tolak bandingan apatah lagi merasai pipi gebu aku dicium olehnya..terasa pergi semua kerungsingan saat bersama dengan mereka... mek insan yang hebat..sepanjang umurku 29 tahun aku tidak pernah melihat wanita hebat ini mengeluh, marah, keletihan , yang aku nampak ialah kegigihan, kekuatan, ketenangan, kelembutan dalam setiap sentuhanmu.. NAMUN di hatimu siapa tahu kan mungkin dirimu sarat dengan kerinduan kepada permata hatimu yang jauh di mata tetapi dekat di hatikan... | |||||||||||||||||
Wahai anugerah terindah : ketahuilah aku sangat bersyukur memiliki kalian sebagai ibu dan ayahku...terima kasih untuk semua pengorbanan dan jasa kalian dalam membesarkan aku...semoga aku menjadi seorang anak yang solehah yang mampu mendoakan kalian berdua ..semoga keluarga kita dirahmati dan diredhai oleh Allah... |