Sunday, 8 July 2012

PUASA DI BULAN SYAABAN

SELAMAT BERPUASA SAHABAT-SAHABAT.....

erm..hari tue kalut semua orang bila tersebar dalam FB mengatakan bahawa puasa selepas nisfu sya'ban xboleh kecuali puasa ganti...jadi untuk mententeramkkan hati semua...cuba baca terjemahan kita shahih bukhari di bawah...semoga ianya dapat membantu...

Dari Hisyam dari Yahya dari Abu Salamah bahwasanya 'Aisyah r.'anha memberitahukan kepadanya, katanya: "Tidak pernah Nabi s.a.w. itu berpuasa dalam suatu bulan lebih banyak daripada dalam bulan Sya'ban sebab sesungguhnya beliau s.a.w. itu pernah berpuasa dalam bulan Sya'ban selama sebulan penuh dan beliau s.a.w. bersabda: "Ambillah yakni kerjakanlah dari suatu amalan ibadat itu sesuai dengan kekuatanmu saja (dan ini tentu saja yang berupa amalan sunnah dan bukannya yang difardhukan atau diwajibkan). Sesungguhnya Allah itu tidak akan bosan-bosan menilai amalanmu dan memberikan pahalanya, sehingga kamu semua sendirilah yang merasa bosan mengerjakannya. Shalat yang paling disukai oleh Nabi s.a.w. ialah dilaksanakan secara terus-menerus, sekalipun hanya sedikit. Beliau s.a.w. apabila bersembahyang, maka beliau s.a.w. senantiasa mengerjakannya secara langsung atau terus-menerus yakni mengekalkannya". (Shahih Bukhary hadits no.1873)

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...