Sunday, 24 June 2012

teguran dari ALLAH....

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT.....

ALHAMDULILLAH, 

syukur ke hadrat ILLAHI, kerana hari nie ana diberi peluang oleh ALLAH untuk meneruskan lagi hidup dan yang penting ana juga turut diberi peluang untuk menulis....

erm...hari ini ana nak menulis berkenaan dengan TEGURAN DARIPADA ALLAH....ALLAH memang kaya dengan sifat penyayang...sekiranya kita terlupa maka ALLAH akan ingatkan kita...jangan kita abaikan setiap peringatan yang telah dibuat oleh ALLAH....

ana ada seorang sahabat yang pada suatu malam dia telah bermimpikan bahawa dirinya telah meninggal dunia dan dia dapat melihat dengan jelas dirinya sedang diajar mengucap dan kedengaran suara ibunya yang sedang menyebut kalimah mulia SYAHADAH  buat anaknya yang sedang bertarung dengan maut....dan kawan ana tue meronta dan merayu supaya dikembalikan semula ke atas muka bumi untuk meneruskan hidup bagi melengkapkan diri sebagai insan yang bertaqwa dan solehah.....

Alhamdulillah, ALLAH telah makbulkan doa sahabat ana dan apabila dia tersedar daripada tidur maka dia teruskan niat untuk membuat solat taubat dan tahulah dirinya ALLAH telah menegur dirinya yang sedikit alpa dan lalai dengan dunia yang hanya sementarA....bayangkan cantiknya teguran ALLAH yang hanya berlaku tak sampai 15 minit..YA ALLAH INDAHNYA HIDAYAHMU.....semoga ALLAH memberinya kekuatan dan benteng diri yang kuat untuk menempuh setiap dugaan yang telah tersurat untuknya......



cukup itu sahaja.....nanti ada masa ana cerita lagi......semoga kita semua sentiasa ingat ALLAH dan sentiasa bermohon supaya dikuatkan hati untuk menempuh semua dugaan.....

jumpa lagi

ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, 16 May 2012

niaT


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh

Alhamdulillah, hari ana beersyukur kerana ana masih lagi diberi kesempatan waktu oleh ALLAH untuk terus mencoret dan mencoret buat peringatan untuk diri ana dan juga diri sahabiah-sahabiah ana sekalian.

Hari nie ana ingin menulis berkenaan dengan niat. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertai dengan niat barulah semua perbuatan yang dibuat itu akan dikira oleh ALLAH. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“ sesunguhnya,amalan itu ditentukan oleh niatnya. Dan seseorang itu mendapat balasan daripada niatnya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari sabda itu dapat ana gambarkan betapa pentingnya niat dalam perlakuan sehari-hari kita namun adakah semua yang kita buat nie ada niat hanya untuk mendapat redha ALLAH. Ataupun untuk menunjuk-nunjuk?? FIKIR-FIKIRKAN....

Satu situasi yang ana nak semua orang fikir ialah mandi. Aik, xkan mandi pun kena niat kot lainlah kalau mandi wajib kan... mesti terfikir macam tue kan>>> erm, xkisah itu tapi nak beritahu bahawa islam itu indah sebab semua perlakuan akan mendapat pahala itupun sekiranya kita niat kerana ALLAH. Okey, berbalik pada mandi tadi, semasa kita semua mandi apakah niat sebenar kita mandi. Ada satu golongan yang mandi kerana mahu suci daripada kekotoran setelah seharian berhempas pulas membanting tenaga di tempat kerja, sekolah, dan boleh menghilangkan penat  dan ada satu lagi golongan yang niat mandi kerana mahu mensucikan diri untuk mengadap ALLAH dan mendapat keredhaan ALLAH. (agak-agak yang mana lebih baik daripada 2 situasi ini).

Jadi, untuk memastikan semua perkara yang dilakukan sehari-hari seperti makan, minum, senaman, tidur, rehat menjadi satu ibadah disisi ALLAH ialah dengan sentiasa berniat untuk meraih redha ALLAH. Hal ini kerana apabila kita sentiasa mengingati ALLAH dalam setiap pperbuatan kita maka akan lahiir pelbagai sifat terpuji dalam dirinya.

Jumpa lagi sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua sentiasa memperbharui niat kita dalam menuntut ataupun menyebarkan agama.

Terima kasih sahabat-sahabat.

Assalamualaikum ....

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...