mungkin entry kali nie agak panjang...namun ana harap antum semua mampu luangkan masa untuk membacanya...semoga ianya berguna untuk semua....
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya
hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air,
seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab
Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para
Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut
dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak
dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para
Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan
dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam
Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu
halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah
gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir
kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam,
dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda:
“Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab
mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan
itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu
bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s.
telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala
memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat
lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu
kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda:
“Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang
menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi
oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu
berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang
dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak
akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa
gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan,
tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus
berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah
kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al
Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis
pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah
tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah
SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya
berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar
hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita
boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya
Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak
khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak
puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada
empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita
perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita
juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa
ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang
merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca
al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah
itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan
ketidak-tenteraman jiwa dan quran-dan-berzikir.
jumpa lagi....ASSALAMUALAIKUM...
REBUTLAH PELUANG BULAN RAMADHAN YANG MULIA NIE.....
terima kasih cik bulan.. =) asif kerana jarang lawat awk secara laman sosial ni..ramadhan kareem syg..=)
ReplyDeleteasif tue maaf ker sayang....xperlah...yg penting saya selalu follow awak punyer blog....
ReplyDeletesy juga sllu follow blog awk..cuma laptop sy dh xboleh gne..jd kne tggu lptop ada bru dpt gne lme2..pinjam lptop adik2 pn kjp jek..lps update blog, matikan..=)
ReplyDeleteyek syg..asif tu maaf..=)
OOOO...XPERLAH...XDEMASALAH...lagipun saya jarang jugak blog....time ada masa baru buka...
ReplyDeleteajar saya bahasa arab blh??yang simple2 jer la....hehehe