Monday 10 December 2012

sahabat ana

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang ana rindui.....semoga kalian semua berada dalam rahmat dan redha illahi. dan semoga kalian masih kukuh lagi berada dalam tali Allah.......

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkaan kesyukuran kepada Allah kerana hari nie kita masih lagi bernafas di bumi Allah dan mampu menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. namun sejauh manakah kita melaksanakan tangungjawab sebagai khalifah itu?? sama-sama kita fikirkan dan hayati persoalan ini.

bila bercerita tentang sahabat, hati kecil ana akan teringat dengan seorang sahabat yang telah Allah kirimkan pada ana disaat ana berjuang untuk meneruskan perjuangan dalam landasan Allah ini. berkali-kali ana call sahabat ana nie untuk mendengar celotehnya yang merdu, nasihat yang lembut lahir dari hatinya dan tangannya yang lembut menyapu air mata yang kadangkala mengalir saat lelah dengan dugaan yang melanda. namun pesanannya membuatkan diri ini kembali tabah dan mampu untuk mencorak dunia dengan kehendak Illahi.
 
hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu ana panjatkan diatas kesabaran beliau untuk mengendalikan emosi ana dan puisi ini ana nak tujukan pada dia ::: Fastabiqul Khairaat:::

wahai ukhti
tahukah ukhti di saat ini, ana merindui ukhti
rindukan tawa ukhti
rindukan pujukan 
dan segala-gala yang terdapat pada ukhti


tapi,
Alhamdulillah
kerinduan itu Allah ubati dengan menghadirkan mu dalam mimpiku.
Terima kasih ukhti kerana membhagiakan diri ana
 


Sesunguhnya ana sayangkan ukhti kerana Allah.....semoga suatu hari nanti Allah menghadirkan lagi saat untuk kita berdua bertemu kembali...Allahumma Amin.

Assalamualaikum


2 comments:

  1. uhibbuki fillah...uhibbuki fillah..uhibbuki fillah ya shohabati....ya shohabati...ya shohabati.......

    ReplyDelete

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...