Saturday 7 September 2013

ibu n bapa

Assalamualaikum semua.....

hai semua...apa khabar...ana harap semuanya sihat-sihat belaka dan yang paling penting sekali check iman kita masing-masing...pastikan graf iman berada pada tahap yang baik yer.... jangan asyik merudum jer.... (Ingatan nie untuk ana sekali tau....bukan untuk korang jer)....

k la... hari nie ana nak bercerita tentang ibu bapa....semua orang ada ibu bapa kan ...jadi mari sama-sama kita ucap Alhamdulillah kerana masih lagi mempunyai peluang untuk merasa kasih sayang mereka dan yang paling penting kita masih lagi dapat merasa keberkatan doa ibu dan ayah.... ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TERINDAH INI....

xkurang juga ramai yang tidak bersyukur dengan ibu bapa mereka...mereka sering memarahi ibu bapa dan membiarkan mereka....xkurang juga yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.... ana mohon semoga kita semua dijauhkan daripada sikap macam tue kerana ibu bapa ini ialah anugerah Allah pada kiita.... xkan kita sanggup nak buat anugerah Allah macam tue kan... kalau xde mereka belum tentu kita boleh tumbuh membesar dengan sihat macam nie...mampu ketawa ketika gembira...mampu menangis kita sedih..mampu berjalan ke mana jua..... 

erm... lagi satu yang ana nak kongsi bersama semua.... ini cerita ana dengan mak ana la.... 

sayangnya seorang ibu kepada anaknya

ana ~ mek, tadi mek doa gapo...nampok khusyuk benar..... (tanya ana apabila melihat kesungguhan beliau berdoa tadi)

mek ~ erm.... mek berdoa semoga Allah ambil nyawa mek sebelum mek menyusahkan anak-anak mek semua ( jawabnya perlahan seperti susah nak jawab pertanyaan anaknya ini)

ana ~ Allah...bakpow mek doa gitu... kami kan 10 orang... kami boleh jaga mek... kalau orang lain sibuk xpelah biar kak teh jaga mek dan abah... kak teh sayang mek dengan abah ( terasa bergenang air mata ana masa dengar mek ana cakap macam tue...)

mek ~ mek tahu yang kamu semua sayang ko mek...tapi xkan kamu boleh sabar sekiranya bila mek tua nanti mek berak merata, mek nyanyuk, mek buat itu dan mek buat ini ( perlahan-lahan keluar perkataan itu membuatkan ana mula membayangkan situasi itu.... sanggupkah ana...timbul persoalan itu di benak ana..)

ana ~ hish.... jangan cakap macam tue.... mek doakan la semoga Allah bagi kekuatan untuk kami jaga mek dan abah nanti (jawab ana sambil memegang erat tangannya...selepas dia membalas sentuhan ana, ana pun berlalu pergi dengan membiarkan air mata membasahi pipi )

 ::: TENGOK... ITU YANG DIRISAUKAN OLEH IBU BAPA...JADI SAHABAT-SAHABAT SEMUA JOM TANAMKAN NIAT DALAM HATI UNTUK BERBAKTI KEPADA ORANG TUA WALAUPUN PENAT MACAM MANA PUN :::

semoga kita semua menjadi kuat untuk menjaga ibu bapa kita yer... janganlah sesekali marahkan mereka kerana pengorbanan mereka kepada kita adalah sangat besar..... 

Abah, mek, ------> kak teh sayang mek dan abah.....

|| JOM MUHASABAH DIRI ||

jangan buat macam nie yer....                    




2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    sebak baca..
    betul...mak & ayah boleh jaga semua anak2nya..
    tpi belum tentu semua anak2 itu boleh jaga mak & ayah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....
      betul la...kasih mak dan ayah berbeza dengan kasih anak terhadap mak dan ayak..... sama-sama muhasabah diri...

      Delete

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...