Monday, 8 October 2012

berpurdah


 Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

apa khabar iman, hati kita semua hari nie....harapnya makin baik dan kalau ada pincang janganlah mengeluh teruskan berdoa pada Allah.....

hari nie ana nak share gambar yang ana dapatjer......

semoga ianya bermanfaat....


 
 banyak kan yang kita dapat....sekeping gambar yang sangat bermakna.......

semoga niat semua niqabis adalah kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaan Allah.....Allahumma Amin.


Assalamualaikum....

Tuesday, 25 September 2012

seseorang yang beruntung



【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, "الله اكبر".


【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".


【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".


【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
 
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Alhamdulillah ツ

Sunday, 9 September 2012

anugerah Allah....

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.....

apa khabar iman kita hari nie...harapnya iman kita makin bertambah dari hari ke  hari yer...dan harapanya semakin hari kita semakin baik dan semakin baik dan pastikan buku lama kita tertutup kemas dan marilah kita memohon ampun dan maaf untuk semua kesilapan yang pernah kita lakukan....Allahumma Amin....

hari nie ana terasa tergerak hati untuk menulis tentang seorang yang telah Allah anugerahkan pada ana, anugerah itu jika dilihat dengan mata kasar ianya biasa-biasa saja. kalau istimewa pun sebab wajahnya ala-ala Mikha yang berlakon dalam drama indonesia astro ria itu...opss, melalut pula ana ini......

apapun ana beersyukur sangat kerana mengenali insan ini.....dia sentiasa ada di saat ana memeerlukan....dia sentiasa ada untuk menenangkan tangisan ana....dia sentiasa memberi kata-kata nasihat pada ana..Terima Kasih Ya Allah atas anugerah ini.

nie kata-kata yang dia titipkan di FB di saat ana bersedih ::::



erm...ana suka dengan kata-kata ini kerana ana teringin menjadi seorang wanita yang kuat dan sabar seperti puteri Saidina Abu Bakar As Siddiq.....iaitu Asma Abu Bakar......

Terima kasih kakak kerana telah menyalurkan rasa kasihmu untuk diri adikmu yang kadangkala nakal dan bisa mengugat kesabaranmu itu....

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku ini dan semuanya . Kurniakanlah kami kesihatan yang baik , terangi hati kami  dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati kami Ya Allah, perluaskanlah rezeki kami , dekatkanlah hati kami kepada kebaikan, jauhkanlah hati kami pada kejahatan, tunaikanlah hajat baik 
kami   hajat dalam agama,dunia dan akhirat


Allahuma Amin


sayang kamu kerana Allah.....

jumpa lagi semua.....


Assalamualaikum.......

Sunday, 26 August 2012

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEMUA....

Erm...bersua kembali selepas beberapa minggu ana xmuncul dalam ruangan ini...ana pun xtahu kenapa ana xsempat untuk melayani ruangan ini namun ana tahu ALLAH ada perancangannya.....

ALHAMDULILLAH.....

berbalik kepada penulisan hari nie ana nak bercerita tentang satu kalimah yang selalu ana sebut tapi ana xbegitu  fasih Tentang maknanya iaitu TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. kalimah ini banyak sangat ana dapat masa ucapan raya hari tue. jadi masa ana search berkenaan dengan maksud kalimah ini maka terjumpa lah ana dengan maksudnya iaitu:


Allahurabbi.....begitu besar maksudnya.......

lagi satu nie ana ambil dalam blog sahabat ana 

: TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM ::http://imamyazidalsyifa.blogspot.com/



macam sahabat ana tue tahu jer yang ana memang nak tahu sangat maksudnya

jadi....


marilah sama-sama kita memperbaiki ucapan yang kita buat sempena Hari Raya yer,,,,,,

jumpa lagi

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

Thursday, 9 August 2012

ketahuilaH wahai insAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

sudah lama ana xmenulis dalam ruangan ini dan ana minta kepada semua pembaca ataupun pengunjung sebelum kita baca lebih lanjut tentang perkara yang ada di bawah nie marilah sama sama kita melafazkan syukur pada ALLAH kerana masih memberi kesempatan utk kita berada di bulan ramadhan....ALHAMDULILLAH.....:::.ALHAMDULILLAH.::::.ALHAMDULILLAH.

cerita ana bermula apabila ana terjumpa satu artikel dari FB sahabat ana yang ana rasakan sangat menarik dan mesti dikongsikan bersama. artikel ini bertajuk ::


"ANDA SEMUA HARUS KETAHUI"

Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita. 


Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita? 
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya. 


Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid? 
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha... Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran. 


Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita. 


Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah. 

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya.. Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) dan Alhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi). 


Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).


Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)

Selamat beramal..
Barakallhufik..

- Syeikh Muhamad Nuruddin al-Banjari-


::agak-agak ada tak yang terkena pada kita??

!! kalau ada marilah sama-sama kita memperbaiki diri...ambil kesempatan di 10 Ramadhan yang terakhr ini untuk bertaubat dan memperbaiki iman kita!!!

!!semoga semua sahabat mampu berfikir untuk kebaikan pada masa akan datang!!


ASSALAMUALAIKUM


Monday, 23 July 2012

al-quran n zikir


~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Asslamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
mungkin entry kali nie agak panjang...namun ana harap antum semua mampu luangkan masa untuk membacanya...semoga ianya berguna untuk semua....

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR.
 

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan quran-dan-berzikir.

jumpa lagi....ASSALAMUALAIKUM...
REBUTLAH PELUANG BULAN RAMADHAN YANG MULIA NIE.....

Sunday, 8 July 2012

PUASA DI BULAN SYAABAN

SELAMAT BERPUASA SAHABAT-SAHABAT.....

erm..hari tue kalut semua orang bila tersebar dalam FB mengatakan bahawa puasa selepas nisfu sya'ban xboleh kecuali puasa ganti...jadi untuk mententeramkkan hati semua...cuba baca terjemahan kita shahih bukhari di bawah...semoga ianya dapat membantu...

Dari Hisyam dari Yahya dari Abu Salamah bahwasanya 'Aisyah r.'anha memberitahukan kepadanya, katanya: "Tidak pernah Nabi s.a.w. itu berpuasa dalam suatu bulan lebih banyak daripada dalam bulan Sya'ban sebab sesungguhnya beliau s.a.w. itu pernah berpuasa dalam bulan Sya'ban selama sebulan penuh dan beliau s.a.w. bersabda: "Ambillah yakni kerjakanlah dari suatu amalan ibadat itu sesuai dengan kekuatanmu saja (dan ini tentu saja yang berupa amalan sunnah dan bukannya yang difardhukan atau diwajibkan). Sesungguhnya Allah itu tidak akan bosan-bosan menilai amalanmu dan memberikan pahalanya, sehingga kamu semua sendirilah yang merasa bosan mengerjakannya. Shalat yang paling disukai oleh Nabi s.a.w. ialah dilaksanakan secara terus-menerus, sekalipun hanya sedikit. Beliau s.a.w. apabila bersembahyang, maka beliau s.a.w. senantiasa mengerjakannya secara langsung atau terus-menerus yakni mengekalkannya". (Shahih Bukhary hadits no.1873)

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...