Wednesday, 26 December 2012

lagu sahabat

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.......

erm...hari nie ana nak kongsi tentang lagu sahabat Najwa Latif yang telah sahabat ana kongsikan di wall FB ana....lagu nie sangat best dan menyentuh hati ana....
 
 
 
 
JOM NYANYI SAMA-SAMA

[Najwa Latif]
Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa

Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syam Kamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq]
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatah
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syam Kamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku


LAGU NIE SANGAT  BERMAKNA.....
 JUMPA LAGI
ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, 25 December 2012

kasih sayang Allah

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian......

selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW  serta sahabat-sahabat baginda dan juga ahli keluarga baginda...

 

 dah selawat kan? tentu dah tenang sikit rasa hati tue kan....

Alhamdulillah....

hari nie ana nak bercerita tentang kasih sayang Allah terhadap kita....namun adakah semua manusia sedar akan kasih sayang Allah ini? erm.....memang xdapat dinafikan masih ramai yang xsedar, xpercaya ek..jom ana bukitkan...

Bukti yang pertama
- kita tengok ramai kan orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna sedangkan memang sudah jelas bahawa dalam islam, kaum adam dan kaum hawa harus menjaga batas aurat kita. (agak-agak mereka sedar tak yang Allah nak tengok sangat mereka menutup aurat dengan sempurna)

Buktii yang kedua
- masih ramai lagi orang yang melewat-lewatkan solat dan kadangkala xsolat langsung....erm...agak-agaknya kalau kita melewat-lewatkan  solat tue dan Allah ambil nyawa kita, macam mana ek?tentu kita dah berhutang dengan Allah kan? (sedar xsedar waku sembahyang tue jer kita ingat Allah, sedangkan Allah sentiasa ingat kat kita...macam mana kalau tiba-tiba Allah lambat nak bagi oksigen pada kita..tentu kita dah matikan...)

Bukti yang ketiga
- erm...pakwe n makwe...tahukah mereka cinta yang ada dalam hati tue mesti dijaga kerana cinta ini anugerah Allah....kalau tengok muda mudi sekarang bercinta sangatlah ana takut kerana mereka sudah berani memeluk pasangan, sudah berani bercium dan lain-lain...

erm..betul tak apa yang ana cakap tue....ana harap sangat yang kita semua menyayangi Allah sepertimana Allah SWT  dan Rasulullah SAW menyayangi kita semua..... janganlah terlalu memikirkan cinta dunia kerana di akhirat nanti kita semua akan sengsara......

Allah SWT  dan Rasulullah SAW amat menyukai orang bertaubat... maka bertaubatlah sebelum terlambat... pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang ikhlas.....





jumpa lagi

Assalamualaikum....

Monday, 10 December 2012

sahabat ana

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang ana rindui.....semoga kalian semua berada dalam rahmat dan redha illahi. dan semoga kalian masih kukuh lagi berada dalam tali Allah.......

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkaan kesyukuran kepada Allah kerana hari nie kita masih lagi bernafas di bumi Allah dan mampu menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. namun sejauh manakah kita melaksanakan tangungjawab sebagai khalifah itu?? sama-sama kita fikirkan dan hayati persoalan ini.

bila bercerita tentang sahabat, hati kecil ana akan teringat dengan seorang sahabat yang telah Allah kirimkan pada ana disaat ana berjuang untuk meneruskan perjuangan dalam landasan Allah ini. berkali-kali ana call sahabat ana nie untuk mendengar celotehnya yang merdu, nasihat yang lembut lahir dari hatinya dan tangannya yang lembut menyapu air mata yang kadangkala mengalir saat lelah dengan dugaan yang melanda. namun pesanannya membuatkan diri ini kembali tabah dan mampu untuk mencorak dunia dengan kehendak Illahi.
 
hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu ana panjatkan diatas kesabaran beliau untuk mengendalikan emosi ana dan puisi ini ana nak tujukan pada dia ::: Fastabiqul Khairaat:::

wahai ukhti
tahukah ukhti di saat ini, ana merindui ukhti
rindukan tawa ukhti
rindukan pujukan 
dan segala-gala yang terdapat pada ukhti


tapi,
Alhamdulillah
kerinduan itu Allah ubati dengan menghadirkan mu dalam mimpiku.
Terima kasih ukhti kerana membhagiakan diri ana
 


Sesunguhnya ana sayangkan ukhti kerana Allah.....semoga suatu hari nanti Allah menghadirkan lagi saat untuk kita berdua bertemu kembali...Allahumma Amin.

Assalamualaikum


Sunday, 25 November 2012

Marah

 

Assalamualaikum sahabat-sahabat ana sekalian....

kalau 
tengok
gambar 
di atas
mesti 
tahu 
tentang
apa yang ana nak ana perkatakan kan???

marah
nie 
sangat 
bahaya
kerana denga marah kita akan hilang segalanya

marah
nie 
sangat
bahaya
kerana dengan marah syaitan akan bersorak gembira

marah 
nie 
bahaya
kerana dengan marah kita akan baling semua benda
kalau kena orang xke niaya
ish...ish....


ana buat entry nie sebab ana perasaan dari hari ke hari
hati ana nie panas jer
ana sedar perkara  tue
ana cuba nak elak 
tapi faham-fahamla dengan PAK TAN nie
menggoda jer kerja dia....

ana
kena 
usaha 
keras 
nie.....


xmau marah-marah.....

 


Alhamdulillah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

sebelum ana menulis ana nak ajak semua orang sebut Alhamdulillah terlebih dahulu dan cubalah untuk tersenyum kerana apabila kita semua tersenyum maka harapan baru akan muncul dan menghiasi diri kita.....

Alhamdulillah.....

hari nie ana terasa sangat teruja dan bersyukur kerana hari nie Allah ciptakan satu pertemuan dengan sahabat yang selalu ana rindui yang selalu ana titiskan air mata apabila merindui ukhti ini.....semuanya merluka dengan mesej beliau yang mengajak saya ke UPSI untuk ke pengajian pondok dan apabila kami tidak dapat menyertai pengajian pondok itu beliau mencadangkan untuk ana pergi ke rumah kakaknya.....ana yang memang dah rindukannya terus melangkah keluar rumah dengan berbekalkan doa keluar rumah maka ana pun meelangkah dengan yakinnya....

dan Alhamdulillah ana sampai dengan selamat ke rumah beliau..... dan apa lagi apabila kami berjumpa ada sahaja perkara yang dibincangkan oleh kami. dan yang paling ana banggakan dengan sahabat ana nie dia sentiasa tersenyum saat mendengar bicara ana dan ada sahaja kata yang mampu menenangkan hati ana.....

Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah......

Sebaik-baik sahabat ialah apabila memandang wajahnya maka ia akan mengingatkan dirimu pada Allah....

 

Alhamdulillah.....itulah sahabat ana......

jumpa lagi...

ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, 21 November 2012

Assalamualaikum

Sudah lama ana xbertamu dalam page nie...kesian kan blog ana duduk terbiar jer macam nie dan seandainya ada sahabat-sahabat ingin bertanyakan sesuautu yang ana xterbaca atau apa-apa, ana minta maaf dan ana harap kita masih terus berhubung dan semoga ukhuwah yang Allah telah jalinkan antara kita akan terus terjalin hingga ke syurga......Insya-Allah......

jika diizinkan Allah, ana akan terus menulis dan menulis.....



kematian

✿✿✿✿

Antara nafsu dan iman
apabila malam menjelma maka tatkala memejamkan mata maka akan terfikir agaknya bagaiman seandainya esok kita sudah tidak bernafas lagi di bumi Allah ini.....maka runsinglah hati saat terfikir tentang kematian...segalanya terjawab apabila membaca lembara Allah dalam Surah AL-AN'AM ayat 60, yang bermaksud :-

(Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari d
an Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada waktu siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan)

||kita dibangunkan supaya dengan berputarnya masa dan waktu maka habislah umur yang telah Allah tetapkan untuk kita||

:::::jadi, apapun yang berlaku kita tetap akan berjumpa dengan kematian...gentarlah wahai hati bahawa kematian itu ialah perkara yang benar dan alam barzakh serta alam akhirat itu juga benar :::::

 

✿✿✿✿


Antara nafsu dan iman

Monday, 8 October 2012

berpurdah


 Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

apa khabar iman, hati kita semua hari nie....harapnya makin baik dan kalau ada pincang janganlah mengeluh teruskan berdoa pada Allah.....

hari nie ana nak share gambar yang ana dapatjer......

semoga ianya bermanfaat....


 
 banyak kan yang kita dapat....sekeping gambar yang sangat bermakna.......

semoga niat semua niqabis adalah kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaan Allah.....Allahumma Amin.


Assalamualaikum....

Tuesday, 25 September 2012

seseorang yang beruntung



【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, "الله اكبر".


【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".


【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".


【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
 
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Alhamdulillah ツ

Sunday, 9 September 2012

anugerah Allah....

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.....

apa khabar iman kita hari nie...harapnya iman kita makin bertambah dari hari ke  hari yer...dan harapanya semakin hari kita semakin baik dan semakin baik dan pastikan buku lama kita tertutup kemas dan marilah kita memohon ampun dan maaf untuk semua kesilapan yang pernah kita lakukan....Allahumma Amin....

hari nie ana terasa tergerak hati untuk menulis tentang seorang yang telah Allah anugerahkan pada ana, anugerah itu jika dilihat dengan mata kasar ianya biasa-biasa saja. kalau istimewa pun sebab wajahnya ala-ala Mikha yang berlakon dalam drama indonesia astro ria itu...opss, melalut pula ana ini......

apapun ana beersyukur sangat kerana mengenali insan ini.....dia sentiasa ada di saat ana memeerlukan....dia sentiasa ada untuk menenangkan tangisan ana....dia sentiasa memberi kata-kata nasihat pada ana..Terima Kasih Ya Allah atas anugerah ini.

nie kata-kata yang dia titipkan di FB di saat ana bersedih ::::



erm...ana suka dengan kata-kata ini kerana ana teringin menjadi seorang wanita yang kuat dan sabar seperti puteri Saidina Abu Bakar As Siddiq.....iaitu Asma Abu Bakar......

Terima kasih kakak kerana telah menyalurkan rasa kasihmu untuk diri adikmu yang kadangkala nakal dan bisa mengugat kesabaranmu itu....

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku ini dan semuanya . Kurniakanlah kami kesihatan yang baik , terangi hati kami  dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati kami Ya Allah, perluaskanlah rezeki kami , dekatkanlah hati kami kepada kebaikan, jauhkanlah hati kami pada kejahatan, tunaikanlah hajat baik 
kami   hajat dalam agama,dunia dan akhirat


Allahuma Amin


sayang kamu kerana Allah.....

jumpa lagi semua.....


Assalamualaikum.......

Sunday, 26 August 2012

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEMUA....

Erm...bersua kembali selepas beberapa minggu ana xmuncul dalam ruangan ini...ana pun xtahu kenapa ana xsempat untuk melayani ruangan ini namun ana tahu ALLAH ada perancangannya.....

ALHAMDULILLAH.....

berbalik kepada penulisan hari nie ana nak bercerita tentang satu kalimah yang selalu ana sebut tapi ana xbegitu  fasih Tentang maknanya iaitu TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. kalimah ini banyak sangat ana dapat masa ucapan raya hari tue. jadi masa ana search berkenaan dengan maksud kalimah ini maka terjumpa lah ana dengan maksudnya iaitu:


Allahurabbi.....begitu besar maksudnya.......

lagi satu nie ana ambil dalam blog sahabat ana 

: TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM ::http://imamyazidalsyifa.blogspot.com/



macam sahabat ana tue tahu jer yang ana memang nak tahu sangat maksudnya

jadi....


marilah sama-sama kita memperbaiki ucapan yang kita buat sempena Hari Raya yer,,,,,,

jumpa lagi

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

Thursday, 9 August 2012

ketahuilaH wahai insAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

sudah lama ana xmenulis dalam ruangan ini dan ana minta kepada semua pembaca ataupun pengunjung sebelum kita baca lebih lanjut tentang perkara yang ada di bawah nie marilah sama sama kita melafazkan syukur pada ALLAH kerana masih memberi kesempatan utk kita berada di bulan ramadhan....ALHAMDULILLAH.....:::.ALHAMDULILLAH.::::.ALHAMDULILLAH.

cerita ana bermula apabila ana terjumpa satu artikel dari FB sahabat ana yang ana rasakan sangat menarik dan mesti dikongsikan bersama. artikel ini bertajuk ::


"ANDA SEMUA HARUS KETAHUI"

Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita. 


Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita? 
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya. 


Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid? 
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha... Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran. 


Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita. 


Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah. 

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya.. Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) dan Alhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi). 


Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).


Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)

Selamat beramal..
Barakallhufik..

- Syeikh Muhamad Nuruddin al-Banjari-


::agak-agak ada tak yang terkena pada kita??

!! kalau ada marilah sama-sama kita memperbaiki diri...ambil kesempatan di 10 Ramadhan yang terakhr ini untuk bertaubat dan memperbaiki iman kita!!!

!!semoga semua sahabat mampu berfikir untuk kebaikan pada masa akan datang!!


ASSALAMUALAIKUM


Monday, 23 July 2012

al-quran n zikir


~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Asslamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
mungkin entry kali nie agak panjang...namun ana harap antum semua mampu luangkan masa untuk membacanya...semoga ianya berguna untuk semua....

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR.
 

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan quran-dan-berzikir.

jumpa lagi....ASSALAMUALAIKUM...
REBUTLAH PELUANG BULAN RAMADHAN YANG MULIA NIE.....

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...