Friday, 7 February 2014

bercerita

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

semoga kita semua masih berada dalam rahmat dan redha Allah..... Alhamdulillah selepas sekian lama kembali mencoret di laman ini.....

erm...2 hari nie ana asyik terbayang dengan muka orang yang memarahi ana...sehinggakan ana buat kerja pun xsenang.... rasanya sangat teruk sehingga setiap kali teringat muka dia ana akan menangis....

tapi hari ini ana dah sedikit okey sebab saat ana bercerita dengan mek ana tadi banyak benda yang beliau sebut membuatkan ana berfikir bahawa banyak perkara yang telah Allah beri kepada ana dan kerana UJIAN yang sedikit ana sudah mengaku kalah 




ITULAH UJIAN DAN CABARAN....CUBA KAK TEH TENGOK SEMENJAK KAK TEH KERJA KAT PENANG NIE, ADA TAK PERKARA YANG KAK TEH RASA SANGAT SUSAH? SEMUANYA SENANG KAN....CONTOH XDE TEMPAT TINGGAL KAT PENANG, ALLAH HADIRKAN SEORANG MAK CIK DATANG TOLONG CARI RUMAH YANG XPERLU NAIK KENDERAAN PUN PERGI SEKOLAH...ALLAH TOLONG KAK TEH PERGI SEKOLAH DAN BALIK SEKOLAH..BANYAK DAH ALLAH TOLONG.... SESEKALI TUE ALLAH NAK JUGA BAGI HAMBA DIA RASA SUSAH UNTUK ALLAH TAHU HAMBA DIA YANG MANA BERSABAR DENGAN UJIAN YANG DIA BERIKAN....BANYAK DAH ALLAH TOLONG KAK TEH KAN...XKAN KENA YANG MACAM NIE PUN KAK TEH DAH NAK MENGAKU KALAH....

ANAK MEK NIE KAN KUAT...XPAYAH RISAU LA....ORANG LAIN BOLEH BERJAYA XKAN ANAK MEK NIE XBOLEH BERJAYA KAN....DAH LA...JANGAN DIFIKIR SANGAT....BANYAKKAN BERDOA.... || itulah seorang IBU penuh sabar melayan anaknya.....

itulah ibu...sentiasa membuatkan kita tenang dalam pelukan...

 


jom positifkan minda.... hanya kita yang mampu ubah nasib kita....teruskan perjalanan untuk mencipta sejarah...

Assalamualaikum....

Saturday, 11 January 2014

kasih bonda


Assalamualaiku sahabat-sahabat semua.....

Alhamdulillah....masih lagi dapat teruskan hidup dan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di muka bumi ini....semoga sahabat-sahabat pun terus melangkah dengan tenang menghadapi setiap suratan yang telah tertulis untuk kita....

erm...hari nie ana nak bercerita tentang kasih boonda...insan yang sangat ana sayang....semua orang sayang ibu masing-masing kan...jadi kalau sayang jom kita sedekahkan AL FATIHAH untuk kedua ibu dan bapa kita....xkira samada mereka masih ada ataupun tiada...

ALHAMDULILLAH .....

erm...bercerita tentang bonda nie boleh membuatkan ana sedih kerana merindui bonda yang berada di kelantan....namun ini semua tidak mematahkan semangat ana..... 

yup...setiap bonda saat kita menjengah bumi ini sudah memasang siap setiap impian untuk anak-anaknya...begitu juga dengan bonda ana yang mempunyai anak seramai 10 orang ini....ceritanya bermula dengan satu panggilan telefon :


ana ~ Assalamualaikum mek....wat gapow tue....sihat ke? (seperti biasa itu modalku memulakan perbualan kami)

mek ~ Waalaikumusalam...Alhamdulillah sihat ... kak teh pulak gano? (penuh kasih sayang suara itu bertanyakan khabarku...)

ana ~ kak teh pun sihat mek.... mek, kak teh nak tanya nie...kak long cakap mek ada impian mek untuk setiap anak...betul ker... (ana bertanya kerana ana xpernah dengar dia ceritakan pasal impian itu)

mek ~ mana ada impian...kak long mengarut jer tue...janji anak mek semua sihat dan baik sahajalah (katanya sambil ketawa kecil...jujur saat itu air mata ana sudah mula menitis)

ana ~ mek oyat betul-betulla...mesti mek ada simpan somethiing kan dari kak teh nie...sampai hati mek..apa yang mek impikan untuk kak teh nie... (penuh emosi saat kata-kata itu ana tanyakan)

mek ~ kak teh nie memang xberubah kan...kalau nak tahu mesti nak tahu jugak kan....okey2 dengar nie mek nak bagitahu.... masa kak long kerja tue mek nak kak long buat rumah untuk keluarga kita dan Alhamdulillah...kita ada rumah.... untuk anak mek yang no 3,4,5,6 mek nak mereka hantar mek pergi haji, dan untuk anak mek yang  no 7,8,9,10 nie mek nak jaga mek sampai mek mati.....(panjang lebar penjelasan dari bonda dan tersekat-sekat...mungkin sedih kot...ana memang dah nangis saat bonda bercerita lagi)

ana ~ mek, jadi apa yang boleh kak teh buat untuk jaga mek nie..... mek bagitahulah...kak teh nak mek dan abah bahagia...... 

mek ~ xdop gapo la...keluarga kita macam nie pun mek dah Alhamdulillah...rasanya Allah dan makbulkan doa mek...sekarang nie kak teh tunaikan la impian kak teh pula.... kak teh kan banyak impian.... nak mek sebut ker (tanya beliau sambil ketawa kecil)

ana ~ hahaha...mek nie memang la...kak teh memang anak mek yang banyak impian sebab kak teh kan suka berangan.... doakan kak teh deh .... 

:: BARU SEMALAM ANA TAHU, ITU IMPIAN IBU ANA UNTUK ANA :::

lepas ini...kena makin banyak buat perubahan pada diri....UTAMAKAN KELUARGA.....WALAUPUN KELUARGA DIUTAMAKAN PENCAPAIAN TIDAK AKAN DILUPAKAN....



jumpa lagi...

Assalamualaikum.... 

Wednesday, 8 January 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua....

erm...apa khabar hari nie.... ana harap semuanya sihat-sihat selalu yer....ops..bukan tubuh badan jer sihat tau...tapi iman pun kena sihat jugak yer.... harap-harap kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman masing-masing....Allahumma Amin...

Alhamdulillah....hari nie ana bersyukur sangat...Allah hadirkan seseorang sahabat yang mampu membuatkan ana tersenyum gembira.... 3 minggu nie ana teringin sangat nak berborak dengan seseorang....ana ingin dengar gelak tawa sahabat ana...ana ingin bermanja dengan dia...ana ingin berkongsi cerita dengan dia....

tapi disebabkan kesibukan beliau.... maka semua itu hanya dipendamkan dan dalam diam ana memohon sesuatu daripada Pencipta..dan hari ini doa ana termakbul tatkala hati ana tergerak untuk jumpa SESEORANG itu.....

semasa berbual tentang kerja, dia melayani ana dengan baik....dia tersenyum tatkala kami bercerita tentang  student.... dan yang paling mengejutkan ialah :

|| dengan pandangan yang mendamaikan dia berkata.... lama xborak dengan asmaq...asmaq okey ker ||

pada saat itu, terus ana alihkan muka ana supaya dia xnampak perubahan muka ana.....masa tue air mata ana dah tahap nak meleleh jer.... adoii...terharunya....hanya Allah yang tahu masa tue apa yang ana rasa.....

soalannya tidak ana jawab kerana belum sampai masanya untuk ana ceritakan pada dia...ana hanya balas dengan senyuman bahagia dan anggukan kecil.... 

Kadangkala kita langsung tidak menduga sebenarnya ramai orang yang Allah hantar pada kita untuk menguatkan kita ketika kita dalam kesusahan....


Alhamdulillah....KASIH ALLAH ITU SANGAT BANYAK....

BERSYUKUR  ITU  PENTING 


Friday, 27 December 2013

selamat hari lahir wahai sahabatku

Penang, 
jam 1.55 tengahari 
28/12/2013

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

kehadapan sahabatku yang kusayangi kerana Allah, saudari Azila Sahman yang berada jauh daripada jasadku tapi dekat di hatiku....apa khabar hari ini...saya harap awak sihat selalu dan sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah....

tentu awak tertanya-tanya kan kenapa saya menulis surat ini khas untuk awak.... ini sebabnya kerana saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada awak....walaupun terlambat 7 hari dari  tarikh yang sebenar....maaf yer sayang.... 

nie ucapan saya untuk awak .....

  SEMOGA AWAK SENTIASA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG TAAT DI MUKA BUMI INI....

SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR AWAK UNTUK AWAK BERIBADAT  DI BUMI ALLAH INI...

SEMOGA AWAK DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN MEMBOLEHKAN AWAK BERIBADAT DENGAN BAIK

SEMOGA DIBERKATI DI DUNIA DAN AKHIIRAT....

(ALLAHUMMA AMIN)

awak...terima kasih untuk semua kasih sayang yang diberikan....terima kasih untuk semua perhatian dan masa yang telah diluangkan bersama...

semoga awak terus jadi SAHABAT SAYA YANG BAIK..... IAITU SAHABAT YANG APABILA DIPANDANG WAJAHNYA AKAN MEMBAWA SAYA MENGINGATI ALLAH, APABILA MENDENGAR KATA-KATANYA  AKAN MENAMBAHKAN ILMU DI DADA SAYA, APABILA MELIHAT  GERAK GERINYA MEMBUATKAN SAYA SEMAKIN TAKUT DENGAN ALLAH....


SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SETIAP PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA....

SAYANG  AWAK KERANA ALLAH....

JUMPA LAGI DI LEMBARAN AKAN DATANG =) 



yang merinduimu
(                  )
Siti Asmaq Muhammad
* surat ini tidak memerlukan tandatangan *
 

 


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

 

Malunyer

 ♥♥♥
♥♥
 
Assalamualaikum sahabat-sahabat....

erm....lagi berapa hari kita akan masuk tahun baru kan...Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan meneruskan perjuangan sebagai seorang guru...

hihih....cakap pasal guru nie..ana nak cerita pengalaman pertama ana berjumpa dengan my hero yang baru.... tahun nie ana dilantik jadi guru kelas.... punyalah berdebar-debar ana nak masuk kelas...maklumlah pertama kali jadi guru kelas....berdebarnya hanya Allah yang tahu....


CIKGU DAN MURID - Miro CornerZ

dengan Bismillah ana mulakan perjalanan sambil mengenggam erat fail dan tatkala disapa ana hanya menganggukkan kepala...ana takut untuk senyum sebab  bagi ana first date ana dengan mereka, ana mesti kelihatan tegas walaupun senyum di bibir xdapat disembunyikan...

sekali apabila ana melangkah dalam kelas, 64 mata memandang ana dan ana mulalah gabra semacam...rasa setiap langkah seperti diperhatikan...atoiiii...hero2...janganlah tengok saya macam tue....

ALHAMDULILLAH....♥♥♥♥♥

di saat diri ana yang tidak terdaya untuk melihat senyuman my hero itu..(macam mana nak teruskan taklimat kerana setiap kali ana cakap dan pandang mereka, mereka hanya senyum sahaja, langsung tidak bebunyi apa2) .datanglah seorang hamba Allah yang merupakan  penolong guru tingkatan untuk kelas ana tue...dialah yang banyak membantu ana untuk menyelesaikan sesi suai kenal untuk hari ini..... 

hihihi....kelakar rasanya....time ana buat lawak pun mereka xgelak...mereka hanya memperhatikan ana seperti baru pertama kali melihat ana...setiap kali ana sebut:

OKEY CLASS......

Terus sunyi sepi kelas tue.... sampaikan kalau  ada orang cicak jatuh pun ana rasa akan bunyi kuat.... hihi..hero2...

Okey semua...nanti ana sambung cerita lagi yer...apappun ana harap my hero tahun nie baik2 lagi....sahabat-sahabat tolong doakan ana dan my hero yer.... (kenapa my hero..sebab my student all boy maaa xde girl...hihihi...)

 
Assalamualaikum ..... ♥♥♥♥♥

Monday, 2 December 2013

bertemu cinta hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.....

Alhamdulillah....anugerah terindah saat Allah temukan ana dengan cinta hati ana.... (opss....jangan fikir cinta hati ana itu kaum lawan jenis ana yer....hihi) ...cinta hati ana nie ialah sahabat baik ana...yang sentiasa bersabar dengan segala tindak tanduk dan sentiasa menasihati dan menegur ana.....

sebenarnya dah lama ana berpisah dengan cinta hati ana nie....ataupun ana panggil dia cik angin...kenapa cik angin? sebab dia sangat sukakan angin.... kami berpisah saat kami menghabiskan pengajian di UPSI pada tahun 2012.... namun dalam keadaan yang terpisah itu kami masing-masing mesej dan bertanya khabar.... last kami jumpa ialah bulan 4 tahun nie....di putrajaya....

erm...apabila masing2 dan begelar cikgu, cik angin ana nie sangat lah sibuk, ana call xpernah angkat....pernah satu ketika tue dalam sebulan kami langsung tidak berbicara...setiap kali mesej dia sentiasa membisikkan kata-kata sabar untuk ana dan perantara cinta kami pada saat itu  ialah doa kepada Allah....

DAN PENANTIAN KAMI BERAKHIR APABILA....

cik angin datang penang bersama dengan adik dan anak saudaranya untuk menziarah ana kat sini..... hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ana untuk bertemu dengan cik angin nie....punyalah teruja dan yang paling best ialah ana dapat membawa dia naik feri....merasai angin yang berhembus....Subhanallah, indahnya ciptaan Allah dan Alhamdulillah di atas pertemuan ini.....


3 hari kami bersama...banyak cerita dikongsi...banyak nasihat yang disisip di hati ... kata-kata rindu yang tidak terluah juga diutarakan saat ini...

sesunguhnya cik angin ana itu sangat prihatin.... hanya Allah tahu betapa ana menyayangi cik angin ana nie....

TASBIH CINTA KAMI


SEMOGA SATU HARI NANTI ANA BERPELUANG UNTUK MELAWAT DIA PULA....ALLAHUMMA AMIN

SEMOGA PERTEMUAN KITA KERANA ALLAH DAN PERPISAHAN INI JUGA KERANA ALLAH...

jumpa lagi semua....

Assalamualaikum

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...