Saturday, 28 January 2012

cEritA di satu haRI

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
assalamualaikum semua...dengan lafaz mulia kalimah syukur di atas itu ana nak mengajak sahabat2 semua membaca tentang satu cerita yang ana rasakan sangat menarik dan mampu membuatkan ana berfikir semula dan bermuhasabah diri...harapnya sahabat-sahabat ana menghabiskan bacaan ini.....
ceritanya bermula apabila seorang anak gadis yang meningkat remaja telah memegang tangan ayahnya dan bertanyakan beberapa soalan yang dirasakan susah untuk dijelaskan oleh si ayah tersebut....soalan anak gadis itu berbunyi 
 Anak :~ “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
ayah :~ “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”...si ayah menyambunglagi.....“anakku sayang muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
ALLAHURABBI......
Tengok macam mana peribadi sebenar  muslimah sejati.....
susah kan nak sampai tahap itu tapi jangan risau sahabat-sahabat semua kerana  ALLAH sentiasa ada bersama dengan kita semua  untuk menyelesaikan masalah ini......
sama2lah berjuang di jalan ALLAH...

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...