Monday, 18 February 2013

Bahasa Inggeris

Assalamualaikum sahabat-sahabat  semua....

kejap ada kejap xde...dah macam chocalte chipsmore pula....... tapi chipsmore xperla boleh makan tpi kalau ana tentu xboleh makan kan.... hehehe.....

Alhamdulillah...hari nie ana panjatkan kesyukuran kerana masih lagi bernyawa dan menjalankan tugas sebagai hamba Allah di hari ini... moga setiap umur yang diberikan oleh Allah ini digunakan pada jalan yang sepatutnya...

erm...hari  nie ana ada interview... punyalah ana berdebar...habis zikir ana baca namun xhilang juga semua debaran di hati ana nie....bila tengok jer pintu dibuka memang rasa berdebar sangat sebab tunggu nak diinterview ini...huhuhu..... n then tibalah masa untuk ana diinterviw dan yang paling best soalan peertama yang ditanya ialah



"your english very kelantanis ek?"


ana apa lagi masa dapat soalan tue terus la ana gabra dan tetaplah seperti diduga sepanjang interview itu ALL IN ENGLISH.....

huhhuh....terasa begitu susah untuk ana mengeluarkan bicara-bicara yang mampu memberi keselesaan kepada telinga dan hati penemuduga......mulut ana nie tersa susah jer nak berbicara.... 2la, kalau dulu ana rajin belajar bahasa inggeris kan xde la jadi macam tadi...

habis interview jer berlumba-lumba air mata mengalir...... hahaha...xsabar kot.... kadang-kadang ana sendiri pun xfaham kenapa ana menangis seketika....cengeng betul la....

apapun ana harap ada rezeki yang telah Allah tetapkan untuk ana.....

Insya-Allah rezeki ana dan kawan-kawan ada..... Allahumma Amin...

::jadi, THE MORAL OF THE STORY :-

+ U MUST LEARN ENGLISH...DONT LAZY-LAZY OK....FOR THE FIRST TIME ITS SO HARD TO MAKE URSELF CONFIDENT TO WROTE OR SPEAKS ENGLISH....BUT U MUST TRY +


JUMPA LAGI....ASSALAMUALAIKUM




Thursday, 14 February 2013

soalan cepu cemas....

assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

seminggu bersarang blog ana nie kerana baru-baru nie ana balik kampung dan kat kampung ana xde line untuk update blog mahupun status fb ana sendiri pun... jadi bila ada kat sini ana manfaatkan dengan melayari blig-blog sahabat ana....

Alhamdulillah...hati yang rapuh menjadi kuat apabila membaca kata-kata bersemangat daripada kawan-kawan semua...terasa betapa besarnya anugerah yang dikurniakan oleh Allah ini.....

Tengah-tengah ushar blog ana terbaca artikel dalam blog nie

http://ptssrapi.blogspot.com/2012/09/adab-sebelum-tidur-sunnah-rasulullah.html

ternyata soalan-soalan cepu cemas yang diberikan ini mampu membuatkan ana terfikir balik tentang apa yang biasanya kita buat sebelum kita tidur...


JOM UBAH DIRI....

Thursday, 7 February 2013

kematian 2

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang ana sayang kerana Allah...

Sekali lagi ana menyeru sahabat-sahabat ana menucapkan Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk kita terus bernafas dan membuat perkara yang menjadi tugas sementara kita...... selain itu juga, nafas yang dipinjamkan oleh Allah ini juga menandakan bahawa peluang untuk bertaubat masih dibuka dan teruslah memohon pada DIA.

ana nak sambung, berkenaan dengan kematian kakak ipar ana... hari nie mengambil keberkatan hari jumaat dah juga hari dimana arwah pergi meninggalkan kami semua.... pada waktu subuh pagi sabtu sementara menunggu arwah yang belum dimandikan, dikafankan dan dikebumikan kami semua mengambil wudhuk dan sembahyang subuh berjemaah. selepas subuh berjmaah kami membaca yasin beramai-ramai dan suasana hening pagi itu dipecahkan dengan nada tangisan yang keluar dari anaknya dan dalam masa yang sama ana dapat lihat titisan air mata abang ana. saat itu, kolam air mata yang ana tahan itu mula mencuri keluar dan apabila melihat air mata ana makin kuat tangisan yang keluar daripada mereka....

Allah yang tahu apa perasaan ana waktu itu....sedih yang sangat sedih melihat nasib anak saudara yang kehilangan arwah mamanya disaat mereka ingin membesar di samping orang yang tersayang.....namun air mata itu ana kesat perlahan kerana aa tahu makin ana sedih makin xkuat dan goyahla hati anak-anaknya.

Namun...ana sangat bangga dengan arwah kerana dia pergi mengadai Illahi di saat 2 orang anaknya sudah khatam Al-Quran dan mereka mampu membaca tahlil untuk arwah walaupun mereka baru berumur 12 tahun dan 10 tahun...... Alhamdulillah, ana harapkan perkara itu mempu menjadi bekalan untuk arwah di dunia sana sebelum menuju akhirat.....Allahumma Amin...

Perkara ini membuatkan ana terfikir......

MACAM MANA AGAKNYA KALAU ANA YANG DIAMBIL OLEH ALLAH.....ANA TIADA ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ANA DI ALAM KUBUR SANA.......  

JADI BUAT IBU BAPA YANG TELAH DIBERI  PELUANG OLEH ALLAH UNTUK MEMPUNYAI ANAK, MAKA DIDIKLAH PENGHUNI SYURGA DALAM RUMAHMU UNTUK MENJADI YANG SOLEH DAN SOLEHAH.... JANGANLAH TERLAMPAU MENGEJAR KEMEWAHAN DAN KEMERIAHAN HIDUP SEBAGAI ORANG TERKENAL. KERANA DI DALAM ALAM KUBUR NANTI TIADA APA YANG DIBAWA KECUALI HANYA  3 PERKARA.....IAITU

1) SEDEKAH DAN  AMAL JARIAH
2) DOA ANAK YANG SOLEH SOLEHAH
3) ILMU YANG BERMANFAAT....


JUMPA LAGI :

 

ASSALAMUALAIKUM....
 


Wednesday, 6 February 2013

kematian

Assalamualaikum sahabat sekalian.......

Alhamdulillah, 2 minggu ana menyepi dan hari nie ana kembali menulis sehingga Allah takdirkan ana berhenti menulis kan....

Melihat tajuk entry ana,tentu sahabat-sahabat sekalian tahu apa yang akan ana perkatakan yer..... hari nie ana nak menulis berkenaan dengan kematian.....

Seminggu yang lepas, ana baru kehilangan kakak ipar yang telah kembali ke rahmatullah pada 25/01/2013 pada jam 7.43 minit petang (kalau xsalah ana la)..... serius masa ana dapat berita itu ana terus rasa macam hilang buat seketika.... sebab itu kali pertama ana menerima berita tentang kematian selepas 4 tahun ana kehilangan arwah datuk dan nenek..... (Al-Fatihah untuk mereka dan semoga roh  mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah... Amin...Amin )

selepas ana okey, ana terus mengambil wudhuk dan meniatkan untuk arwah dan selepas selesai ana meminta kawan ana menemani ana ke stesen bas dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan ana.... akhirnya jam 11.30 malam ana membelah malam untuk ke johor bagi menemui abang ana serta anak arwah yang 3 orang.. 

serius pada masa itu, yang ana fikir ialah ini ujian untuk kami sekeluarga. air mata yang mengalir pada diri ana, ana seka dengan tangan dan pantas tangan ana menaip mesej untuk abang ana yang sangat ana sayangi dan dalam masa yang sama ana harap dia tabah hadapi semua ini

" banyakkan bersabar abang...nie dugaan untuk kita semua dan insya-Allah kita akan hadapi bersama.....sesunguhnya Allah tetap bersama kita..berdoalah padaNYa...

selepas menghantar mesej tersebut,ana hanya mampu berdoa  dan terus berdoa dan Alhamdulillah ana sampai jam 3 pagi kat johor dan abang ana yang nombor 4 dan no 7 terus datang ambil ana dan kami membelah kesunyian malam untuk ke kampung baru dekat kota tinggi untuk ke rumah arwah... dan kami selamat sampai jam 4.45 pagi di rumah arwah..... muka pertama yang ana pandang  ketika ana turun daripada kereta ialah muka abang ana yang ke 3 (suami arwah). lantas, berlari ana cium tangannya dan ana raih dia dalam pelukan ana dan Alhamdulillah kami berdua rasa tenang..... (begitulah nikmat kasih sayang yang Allah ciptakan)......

sebaik menjejakkan kaki..... arwah yang sedang terbaring kaku ana pandang dan terus diambil sekali lagi surah Yasin untuk dibacakan buat arwah kakak ipar yang ana sayangi itu... telefon yang berbunyi ana bagi pada abang ana untuk dijawab. apa yang tidak disangka ialah sesampainya ana dirumah arwah, 2 orang anaknya yang ana gelar kakak dan abang terus tersedar manakala yang paling kecil sedang tidur di tepi arwah mamanya dan pandangan mereka membuatkan ana terasa sangat sayu...lantas ana larikan pandangan dan membisikkan sesuatu dalam hati " aku mesti kuat, aku xnak mereka sedih'...tolonglah YA Allah "........


Allahurabbi...xsanggup ana nak sambung cerita nie..... Insya-Allah kalau ada kekuatan ana akan tulis lagi cerita ini sebagai renungan kepada kita semua.....

SEMOGA ARWAH ROSLINDA BINTI SIDEK DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SOLEHAH.... ALLAHUMMA AMIN....

AL-FATIHAH


Sunday, 20 January 2013

Istighfarlah wahai sayang

Insan Yang Mulia

Assalamualaikum semua....

Apa khabar emosi dan diri sahabat-sahabat pada hari nie...... 

Ana harap semuanya okey dan sihat serta baik-baik sahaja yer.....apapun yang berlaku tabahkan hati dan teruskan tersenyum yer,....

Allahumma solli 'ala Muhammad... .rindunya ana pada Rasulullah SAW.... namun rindu Baginda pada Umatnya adalah lebih besar berbanding rindu ana untuk Baginda....



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

 
 
SEMOGA SUATU HARI NANTI, KAMI MAMPU UNTUK MELIHAT WAJAHMU YANG INDAH ITU WAHAI RASULULLAH..... ALLAHUMMA AMIN....

Saturday, 19 January 2013

Bercuti

Assalamualaikum....

hari nie ana nak bercerita tentang pengalaman ana bercuti setelah sekian lama ana sibuk dengan kerja.... amboi-amboi kalau cakapp bercuti jer semua orang senyum dan xkurang pula yang mula membayangkan destinasi indah tempat ana bercuti kan?? hehehe....ana pergi xjauh pun tapi bagi ana jauh la.....

erm...semalam kami pergi

 

Alhamdulillah...itu la tempat yang kami pergi semalam....Bagan Lalang.....tpi gambar tue bukan yang dalam simpanan ana sebab sebab gambar nie ana ambil daripada cik google.... hehehe..... tpi tempat dalam gambar ni memang Bagan Lalang pun..

tapi serius pantai bagan lalang nie sangat cantikk. kami berempat telah sampai dalam jam 5 lebih.... jadi kami semua  pun lepak dan menikmati alam sekeliling yang sangat indah dan mampu memukau semua orang

SubhanAllah... Alam ini sangat indah.... Allah jadikan supaya kita semua mampu berfikir dan belajarlah daripada kejadian Alam......ana nak bagi dua contoh...yang lain pejam mata dan fikir-fikirkan......hihihi

Ombak yang pasang surut tanpa lelah memberi makna kepada ana, bahawa berbaktilah kita tanpa penat kerana lambat laun akan ada hadiah yang indah untuk kita.....

Daun yang rendang di tepi pantai pula sentiiasa bertindak menjadi tempat yang meneduhkan orang ramai daripada pancaran matahari walaupun daunnya sudah berubah warna dibakar dek mentari..... sama lah konsep kita sebagai manusia mesti sentiasa bersifat melindungi walaupun kadang kala diri kita pun ada masalah....

Ajaibnya setiap perkara yang Allah buat.... 

jadi, ambillah masa terluang untuk menghayati keindahan alam ciptaan Allah ini....


Jumpa lagi semua....


Assalamualaikum.....

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...